Pages

Friday, December 31, 2010

La Novella...

Herm korang tau kan aku ni suka gak bacer novel. Before dis i did mention bout fulus yang tidak berapa mengizinkan aku meneruskan niat suci mengkoleksikan bebuku novel yang aku suka. Nak di jadikan ceritera, aku terjumpa blog novel2 lama and terpakai. So aku telah mendecide untuk merealisasikan impian sekerat jalan aku dulu tapi aku beli novel terpakai. Save budget huhu.
Dan sekarang koleksi aku dah bertambah. Tapi novel-novel ni hanya yang bisa buat tido malam aku di buai mimpi indah jer. Yang tahap hot dan patut di cari segenap pelosok negeri baru akan masuk dalam koleksi aku. hihi kalo setakat suam-suam kuku tu akan di timbang berat dan diukur darjah ke'best'an ceritanya baru lah akan di beli untuk menjadi koleksi peribadiku. hehehe...
Setakat ni aku dah simpan dalam 20-30 buah kot. Entah lupa pulak rasanya aku nak menghisab jumlah novel yang aku ada. Ni antara tajuk2nya:-
-Cinta Pertama
- Yang Terindah
-Tak secantik Husna
-Rindu Untuk Dia
-Nota Cinta Buatmu
-Bayangan Rindu
-Manisnya Cinta
-Dia lebih mengerti
-Tarikh Luput Cinta
-5 Tahun 5 Bulan
-Aa+Bb
-Tunas
-Rooftop Rant
-Versus
-Untuk Awak Teja Aulia
-Setulus Janji

Hlovate- tulisannya sempoi tapi penuh dengan mesej berguna. Islamic tapi tetap modern dan up to date. Aku sendiri tak sangka dia ni tahu dunia skaters tahu pasal X-games. Aku tahu pasal dis Hlovate ni dari adik aku yang tengah study kat Cairo nun. First novel Hlovate yang aku baca 5 tahun 5 bulan. Cinta budak medic ngan budak engine. Joe/Ana budak medic dan Along/Afiq engineer. huhuhu dalam novel Aa+Bb pun sama watak Addin seorang HO( houseman) atau ngan kata lain Doktor Residen atau Doktor Pelatih. Benz plak engineer. hmmmm......
Aku dapat tau Hlovate ni pon student lagi skunk ader kat oversea study. Tapi amik kos aper and kat maner tak plak aku tau. Perahsia jugak Hlovate ni. Tapi tak de hal. Tu hak dia kan! Skarang ni aku nak kumpul semua novel dia. Aku baru order Pelangi and gurindam Jiwa. Dua novel ni compilation dengan penulis2 lain macam Syud, Imaen dan ader lah 2-3 orang lagi.

Novel pertama yang aku nak cari sebenarnya Pergilah Sepi tapi tak jumpa2 sampai skarang. Macam nak give up dah. Rasanya novel ni lah yang buatkan semangat aku naik untuk continue baca novel sampai bila-bila. Kenapa, aku tak tau. Mungkin jalan citer or cara penulisan Kak Fauziah Ashari tu yang best. Entah. Tapi yang pasti citer tu best la.

Novel yang pertama aku beli kalau tak silap aku Jauh, Aisya Sofea. Tapi rasanya dah hilang. Ralat giler aku. Lepas tu aku dah tak mao bagi orang pinjam lagi dah. Takut tak reti nak pulang. Serik aku! Aku jenis yang kalau novel yang aku baca tu best aku akan simpan elok-elok sebab aku akan baca berulang kali. Sebab tu aku akan buat koleksi. Aisya Sofea, banyak jugak novel dia yang aku baca cuma yang latest ni aje belum tergerak hati nak beli. Aku nak cari yang sempoi dan sesuai ngan jiwa remaja.

Aku suka Alaf 21 sebab selain bagi keseronokan membaca, novel-novelnya penuh dengan fakta. Satu-satu cerita tu bukan sekadar cerita tapi ada jugak di selit info tentang penyakit, undang-undang, dan fakta-fakta lain siap dengan reference lagi. Syabas!

Tuesday, December 28, 2010

Budget Lari!!!!


Cakap pasal bajet buat aku rase senak perut. Disember tahun ni memang mencabar kewanitaan dan kestabilan otak putih aku. Bila tengok bajet dengan spending mata aku jadi berpinar plus berpusing mungkin tak capai tahap 360 degrees tapi boleh tahan jugak lah darjah kepusingannya. Hmm banyak duit keluar dari yang masuk.
Memang bajet lari dan tak kan dan nak kejar tahun ni tapi idup still kena maintain. Takkan nak naik hantu bila tahu duit makin kontang. Tak apa lah... ayat pujuk diri!! Aku bukan nak kata nyesal. Takkan!! Itu semua mungkin cubaan dan ujian untuk aku. Bayang lah duit tinggal ciput coet tapi bulan Januari belum lagi tunjuk muka terang-terang. Baru nak intai-intai dari balik tirai Disember yang akan berlabuh dalam masa 3 hari.
Perancangan strategik hidup aku untuk tahun depan iaitu 2011 boleh tahan banyak jugak bajet dan plan nyer. Adakah tercapai??? sama-sama lah kita tunggu! Aku sendiri pon tak sabar nak nengok kemampuan akal dan nafsu aku saling berperang antara keduanya. Mana taknya akal kata Jangan tapi nafsu kata Ya. Jadi kita tengok mampu tak seorang aku mengawal nafsu dan mengikut kewarasan akal untuk mendecide satu keputusan yang betul dan terbaik.Ya Allah, semoga segala perancanganku berjalan lancar. Amin!

Monday, December 20, 2010

Penang!!!!



Trip to Penang untuk xtvt akhir tahun cum famili day unit aku. Memasing ada yang bawak famili so aku decided tuk bawak niece aku. Syakirah. sesaja la bawak dia. herm we all stay kat hotel Taha (Tabung Haji). Rase cam jemaah haji nak gi Mekah plak kan.hihihi.. On da way ke Penang tu ada lah menyinggah. biase lah. Nilai dan Beryl's Confectionary jadi pilihan. Kat nilai sempat gak aku sebat tudung selai ngan kain pasang satu. cotton. huhu haha melayang dah duit blom lagi jejak tanah jajahan Penang. Kilang coklat tu pon same. Dah bawak budak kecik takkan nak bagi dia tengok saja. Kena jugak beli sikit. Hmm alasan jer tuk budak tapi yang makcik dia ni pon memang nak jugak. hihihi. Sampai Taha lam kol 10 malam lebih. Singgah makan. Pekena char kuey teow Penang. Biase jer!! Xtvt dua hari sebelah pagi official petang plak jom ronda keliling Penang. Pegi Bukit Merah jugak. Mandi manda! Aku x mandi tapi gaya macam mandi jugak sebab hujan. Kerja aku jadi tukang tangkap gambar tak berbayar. Kang kalo aku terjun ada pulak tak leh naik bas. Pakaian tukar tak de. Nak beli?? huh mencekik darah dan leher dan segenap inci tubuh badan. Harga ya ampun!!! Lari bajet cik Kiah!huhuhu
Pesta Penang. hmm langkah jugak lah kaki aku masuk ke dalam tu walau ati memang dah xde rase nak masuk. Tapi nak wat camne. Orang dah masuk ikut ajer lah. Dapat jugak anak buah aku tu selai baju and belon. haha kes belon tu. Aku tengah duduk ngan Syakirah. Yer lah rehat2. Penat and malas nak berjalan. Tiba-tiba ader satu budak pompuan ni. Dah remaja lah.Dia kasi lah Syakirah belon Twister. Syakirah ni bukan lah hantu belon tapi orang dah bagi amik ajerlah. Aku terkejut kambing jugak bila dia hulur. Ner la tau nak offer beli barang ke. Rupanya budak pompuan tu ngan famili dia. Bila nampak aku hesitate sesangat mak dia cakap amik je anak dia dah besar tak nak main belon2 dah. Cakap dengan nada lembut laaa...huwaaa aku ingat budak promoter tadi rupanya dia ngan famili daa. Malu pulak tadi wat muka kelat2 masam masa dia hulur mula2 tadi.Aku sebenarnya tak ada mood masa tu jadi sorry lah yer pak cik mak cik dan adik2 sekalian. Aku sengih jugak lah masa amik belon tu dan ucap time kaceh huhu.. Aku beli jeruk Pak Ali. Alah yang glamer sampai masuk Tv tu. hihihi tapi skit jer nak borong banyak2 pegi sendiri. Tak kuasa aku! huhu aku memang tak suka orang kirim2 nih. kalo setakat kirim salam tu insyaAllah. kalo kirim barang tu tahap kemalasan tiba-tiba memuncak. sebab aku tak suka nak bawak barang banyak-banyak ni naik bas. Nanti kang ader yang aku lupa sebab banyak sangat plastik beg nyer. huiiii tak suka lah mak macam ni!!!!!! Peace!!

Novel Lagi..


Novel SD ni macam berat sikitlah. mungkin bagi orang lain ok. tapi citer Doa Buat Suamiku lain. Aku baca citer tu sampai habis. rasa macam tak percaya aku boleh baca novel SD. hmm mahligai cinta ni macam menarik hati aku untuk baca namun masih dalam tempoh pertimbangan. takut nyesal di kendian hari huwaaa...
Aku masih terbuai-buai dengan citer Tak Secantik Husna. Tengah mencari untuk di buat koleksi.hihihi bila masuk mall karangkraf ade offer 25% hurm sounds good. tapi search punya search tader la plak novel tak secantik husna tuh! hadoi la... taper lah tak dapat itu cari lain la kot.hihihi...

Friday, November 26, 2010

i.d.e.a

Kepala tengah kureng sket nih. hm ada kerja plak bos bagi.Huhu...nak kena set balik kepala ni. idea bos da terang tadi. Terang lagi bersuluh tapi aku rase ntah ngape idea tu makin kabur plak tetibe?? huaaaa caner?? Adakah kepale otak ku sudah mula merosot tahap kecemerlangannya dalam mengingat sesuatu??? huhu nauzubillah...x mo la camtu..muda lagi ni.Taper kot kita rest dulu tengok camne, pujuk hati sendiri. Esok mungkin otak akan lebey fresh dan kita akan mulakan kerja ini. ok stop here. see ya next blog.
p/s: Malas nak bayar bil brudband so terpaksa lah stay out of line not online. huk huk huk

Thursday, October 21, 2010

Grrr...


Grr geram sesangat ngan sorang student nih. Datang2 nak amik ubat. Rasa cam baru je datang. semalam ke dua ari lpas. ntah aku da lupe! ok fine la. x kesah pon. Then aku belek kad rawatan. hm tengok2 history. ok. ubat sume da habis?? Hah dah masuk bab ubat ni buat aku hangin satu badan.'saya makan yang itu 5 kali sehari kak.' what????
tak pnah plak dr bagi ubat suh makan sampai 5x sehari. aku cakap la mane buleh. eh eh eh dia cakap tak ape dia tahu ubat dia. dia naikkan dose sesuki hati ayam dia. yer lah alasan dia lebih tahu. hantu betul!!! aku yang medical pon x berani nak ejas2 sendiri ubat dia main taram ikut sedap hati kering dia jer. ahhh lantak ko la dik. aku dah cakap. jadi ape2 kang aku tak nak tanggung. ko punye pasal nak mampos ke hape!!!
huh lega seket!!! hihihii smile!!!! :)

Wednesday, October 20, 2010


wat r u doin?? hihihi...
aku aja yang tader pape nak di buat. rase sedikit bosan dan sedikit tensen. Segalanya serba sedikit.
Saat ni banyak perkara yang ade kat dalam pale otak aku. ader yg gumbira, sedey, heppi2, ntah pape pon ade jugak.
plan! plan! dan tak habeh2 ngan plan tapi jalannye tak tau bila. geram bila da plan tapi tak plak buleh jalan.huwaaaa!!

Tuesday, August 31, 2010

Tak Tenang

Alahai hati... macam mana ni??
Alahai mata... janganlah nangis!!!
Alahai akal... fikirkanlah sesuatu...

Ntah macam mana nak buat. Kenapa masih jadi perkara sama??
Risau nye hati. Tak apa mak ok. Dia takkan apa-apa coz adik2 and along ada!
She's not alone!! Relax!!!
Ya Allah, tak sabarnya aku nak tunggu surat itu. Surat Keramat yang bisa mengubah seluruh hidupku yang muram jadi ceria.Ya Allah, tabahkan hati aku menunggu saat itu tiba. Ya Allah, makbulkan doaku supaya aku dapat cepat-cepat bertukar tempat kerja supaya aku dapat jaga mak. Hummm memang tak sabar tunggu saat itu!!! Alhamdulillah. KAU permudahkanlah segala urusanku Ya Allah!!
Ya Allah, lindungilah mak. Aku doakan mak sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Jauhkan lah mak dan adik2 daripada segala musibah. Stabilkanlah gula mak. Stabilkanlah penyakit mak, Ya Allah. Sembuhkan lah dia Ya Allah. Amiin amin ya Rabbul Alamin.

Monday, August 23, 2010

Air kelapa..???


Hmm young coconut juice. My feveret. Tapi bila aku ke bazar atau ke pasar malam sekali pon, air yang aku beli pastinya soya panas!! Knape?? Ntah. Feveret aku no 2 mungkin coz i dont drink milk. hihihi.. Ntah namun yang pasti aku memang akan selalu beli soya panas 2-3 bungkus and wat stock lam fridge.
Jumaat- 2 ari lepas. Aku ke bazar untuk beli makanan berbuka. Lalu gerai first- jual air. Cendol jadi pilihan. Dan aku jalan lagi tengok makanan apa yang ada- walaupun aku memang tahu makanan apa yang ada sebenarnya. Nasi kerabu satu!! Sebenarnya makanan yang boleh masuk dalam tekak aku di bazaar ni adalah nasi kerabu dan char kuey teow. setakat ni lah. Aku cuba try yang lain namun x kena dengan selera aku. hummm....
Aku jalan lagi. Jumpa lagi orang jual air. Air Kelapa Muda!!! Aku berhenti dan..
"Em tak nak ais boleh?" Ujarku sambil tersenyum pada si pemuda yang sedang mengisi air kelapa untuk pelanggan sebelumku. Jawapan balas yang diterima- positif!!
Aku menjengah kotak politirena di hadapanku. Coconut jelly pula jadi pilihan.
jadinya aku beli air kelapa dan jelly. Setelah berpuas hati dengan menu yang di beli aku bergerak ke kereta untuk pulang.
Berbuka. Air kelapa dah sedia beserta makanan. Azan berkummandang. Kurma di capai - ops lupa plak. Kurma ini adalah pemberian ikhlas seorang colleague. Aku pernah cakap kat rumah x ada kurma, sebenarnya lupa nak ambik masa balik kampung aritu. hihihi...
Okay, kurma dah makan. Aku capai air.......
SEDAP!! Ada rasa air kelapa muda yang manis.
Sebenarnya aku memang sukakan air kelapa muda, tapi aku jarang beli kerana takut kecewa dengan rasanya. Aku takut aair yang ku beli beli nanti rasanya lebih kepada air dan bukannya air kelapa. Namun, kali ini aku silap. Aku benar2 menikmati coconut juice yang ku beli. Alhamdulillah!!! Terlintas jugak dalam kepala otak aku- air kelapa ni manis semanis orang yang menjualnya.Ahaks!!!
SELAMAT BERBUKA to all MUSLEMS out there!!!

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan...

Semua orang pasti menantikan bulan ramadhan ni. Bukan saja umat islam malah kaum lain pon samer. Apa taknya, dalam bulan ni semua jenis kuih muih dan juadah akan muncul. Tentu saja dorang takkan lepaskan peluang untuk merasainya kan. humm banyak hal yang berlaku bila aku balik rumah kali lepas. Mungkin kerana itu aku rasa tempoh seminggu itu sedikit panjang dan lama. Entahlah.. namun hati masih juga tak puas dan kalo boleh aku nak berlama lagi di rumah. Dalam hati aku tertanye jugak bila lah aku dapat tukar ke sini? Tak sabar rasanya nak bersama mak.
Masa itu akan tiba jugak nanti. InsyaAllah.. dengan izin-NYA, hasrat aku itu akan dikabulkan ILAHI.
Hari ni dah 10 Ramadhan.. terus terang aku rasa macam dah lama walaupun orang lain cakap masih baru... Sekarang dah 20 ogos, sekejap lagi dah habis ogos, akan datang pula september. Cepatnya masa berlalu...
Aku tunggu raya kah? Entah, rasa macam sayang pulak nak lepaskan ramadhan yang hanya menjengah sekali setahun ni. Mulanya niat aku nak khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang ramadhan ni, namun rasa macam tak dapatlah pulak. Tak apalah akan aku usahakan semampu aku. mungkin ramadhan akan datang aku akan berjaya khatam. InsyaAllah!!!
Mercun! mak cakap jangan, tapi hati rasa macam nak. Tapi macam kata mak dan mungkin ramai lagi orang lain- membazir. Ntah lah.. tengoklah macam mana...

Tuesday, August 3, 2010


Rindu untuk dia...

Hmm aku dah semingu lebih abes baca novel ni. Tapi ntah ngape minda aku ni masih dok teringat tentang kisah novel tu. Memang menakjubkan sebab pertama kali rase nye aku nangis baca novel. Ngape?? Sedih la kot. Citer ni masa mula2 aku baca hati aku dan kondem siap2 macam x best la macam citer budak sekolah la tapi bila masuk part yang Amie Najlaa dah dapat balik ingatan dia, terus kepala otak aku berputar 360 darjah. Bagi aku watak dia seorang gadis yang cukup tabah, sebenarnya teramat tabah. Sampai ke akhir kisah duka silam itu disembunyi di sorok dan dia dia menderita sendirian. Mungkin ada yang sepertinya namun aku betul2 kagum dengan dirinya.
Jad Imran, seorang yang betul2 tersepit di antara cinta dan tanggungjawab. Tetapi tarikan novel ini tetap pada Amie Najlaa. Aku salute penulisnya yang berjaya meruntuhkan tembok air mata aku dengan ketabahan hati seorang Amie Najlaa.. Syabas Dhiya Zafira. Novel ini mungkin akan ku jadikan penghuni di rak buku ku bersama rakan-rakan novel yang lain.. :)

Will you marry me??

Yes i do!!!!

huhu mimpi je la..
knape la orang suka tanya soklan menjerut leher macam tu?? jerut leher ke? Yer la.. sebabnya nak menjawab soklan cepuput tu rasa macam sesak nafas je..huhuhu
Apa aku nak jawab kalo aku maintain solo sejak dulu. Takkan aku nak tipu kata bakal laki aku tu kna pegi perang dengan militan kat negara ntah memana.. hah?? macam ok plak idea tuh. huhuhu idea tipu mmg salu ok!!!
Hmm orang ni asik tanya soklan camni tak penat ke?? Tak pun carik kanlah sorg tuk aku kan senang. Ni idak, tanya beria carikan x pulak beria...
hehehehe lagak macam la aku setuju kalo orang kenenkan...huwaaaa
tanak!!!! takot ar!!!! nanti indah rupa dari kabar, ehh ok lah camtu.
Sorii silap lah, indah kabar dari rupa...huhuhhu
Endingnye tolong la jangan tanya soklan tu.. seksa pale otak aku nak jawab.
huwaaaa!!!! sendiri itu sepi.. sepi itu bosan.. sendiri itu bosan...ERK???? ntah lah.. rasa cam best plak sendiri nih. bebas giler!! hahaha...

Sunday, July 25, 2010


Seeing dis pic membuatkan aku rasa sedih.rindu.terkilan.nyesal.
segala macam rasa yang datang singgah tanpa perlu aku menjemput.Hmm memot!! Walau hanya seekor kucing tapi dia berjaya membuat aku mengalir air mata bila aku menatap kembali gambarnya. Dis pic was taken masa hari pertama memot jejak kaki ke rumah aku dan juga ke dalam hidup aku. Tak biasa dengan tempat baru. Memot tak duduk diam. Aku hanya memerhati gerak gerinya. Penat menjelajah, dia mahu tidur. Tapi dia mahu aku berada dekat dengannya baru lah dia berani tidur. Aku tahu dia takut sendirian, takut ditinggalkan. Setelah seminggu rasanya memot makin dapat sesuaikan diri. Aku belikan sangkar. Lebih mudah mahu menguruskannya jika ada sangkar.
Balik kerja aku akan buka sangkar dan biarkan dia bermain dengan bebas. Kadang geram sebab bila dah keluar tak reti nak masuk lagi. Terpaksa berkejar nak tangkap dia.
Mandi. Adalah 2-3 kali seminggu. Atau bila aku rasa perlu. Menggigil sejuk bila kena mandi. hihihi kesian tapi lepas tu memot bau wangi!!Memot suka gigit kaki! Gigi dia tajam. Sakit kena gigit tapi memot tetap cute!!
Sepanjang dengan aku sekali memot masuk klinik jumpa vet. Severe constipation. Kata doc tu mungkin sebab pernah jatuh dulu and affect pada dia punya tulang punggung or back bone. Mungkin lah!! Kena tahan sehari. Kesian memot!!
Aku decide nak hantar ke kampung coz susah kalau aku kena kursus nanti. Tak ada orang nak jaga dia. Seminggu cuti balik hantar dia. Macam ok. Lega nak tinggalkan dia. Mak ada nak tengok2 dia bagi dia makan.Tapi tak sangka dia tak ok. Dia sakit!! Memot, please bertahan!! Tunggu aku balik!! Tapi... Akhirnya memot mati.Adik cakap ngan aku petang tu. Aku masa tu kat lobby admin nak e-jari. Nak kata apa? Aku cakap ngan kawan aku. Mata bergenang. Kawan aku yang sorang lagi ingat aku cakap pakwe aku yang mati. Lebih kurang la...
Memot dah tak ada... salah aku ke?? Dia sakit sebab aku tinggal dia ke?? Memot, soriii!! Gambar ni aku akan simpan. Kenangan hari pertama Memot came into my life!!!
Cayang memot sesangat. Sori i fail to care for you... M.E.M.O.T = comel but comot!!

kenangan dolu-dolu...

Tuesday, July 6, 2010

Pesanan untuk diri sendiri daaa...

Have you ever wondered which hurts the most?

Saying something and wishing you hadn't?, or
Saying
nothing and wishing you had?

I guess the
most important things are the hardest things to say. Don't be afraid to tell someone you love them. If you do, they might break your heart...if you don't, you might break theirs.

Have u ever decided not 2 become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person?

Your heart decides whom it likes and whom it doesn't.
You can't tell your heart what to do. It does it on its own........when you least
suspect it, or even when you don't want it to.

Have you ever
wanted to love someone with everything you had, but that other person was too afraid to let you?

Too many of us stay walled up because we are too afraid to care too much...for fear that the other person does not care as much, or even at all.

Have you ever denied your
feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?

We tell lies when we are afraid... afraid of what we
don't know, afraid of what others will think, afraid of what will be found out about us.

But every time we tell a lie, the thing we fear grows stronger.

Life is all about risks and it requires you to jump.

Don't be a person who has to look back and wonder what they would have done, or could have had.

* What would you do if every time you fell in love you had to say good-bye?

*What would you do if every time you wanted someone they would never
be there?

*What would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you felt? (even if it is that you don't care anymore)

*What would you do if you loved someone more than ever and you couldn't have them?

*What would you do if you never got the chance to say I am friends with all of my family and they know I love them?*

People live, but people die. I want to tell you that
you are a friend.

If you died tomorrow (God Forbid)

You would be in my heart.
Would I be in yours?


If you care about me as much as I care about you

you will send this back

We
might be best friends one year, pretty good friends the next year, don't talk that often the next, and don't want to talk at all the year after that.

So, I just wanted to say, even if I never talk to you again in my life, you are special to me and you have made a difference in my life,

I look up to you, respect you, truly cherish you , most of all I CARE about friends

Send this to all your friends, no matter how often you talk, or how close you are, and send it to the person who sent it to you.


Let old friends
know you haven't forgotten them, and tell new friends you never will.

Remember, everyone needs a friend someday you might feel like you have NO FRIENDS at all, just remember this e-mail and take comfort in knowing somebody out there cares about you and always will..


**** keeping that thought in mind wont made you a good friend. Sometimes action is needed to show dat you really care.*****

Tuesday, June 29, 2010

little kitten at the back of my house!

Hmm cuti seminggu balik kampung.Sebelum tu plak g Kuantan ada kursus.Lama jugak la rumah aku tak berpenghuni. Aku pergi ke belakang rumah aku. sekali ada 3 ekor anak kucing plus mak dia jadik la 4 ekor. hurm upenyer time aku cuti aritu dia dah selamat bersalin kat belakang rumah aku. tapi comel jugak anak-anak kucing tu. sekor pon x ikut mak dia. Kalo ikut mesti x comel camtu..haha kesian mak dia! hmm bulu dia macam Mimo dan Nezhu, kucing aku yang sedang berbahagia dok kat kampung nun.
Tapi anak-anak kucing ni pandai, bila aja aku bukak pintu terus dia lari susup sasap untuk nyorok. Takut sangat kot2 aku nak culik dia!! Tapi memang dalam ati aku ada niat tu pon. Ahaks!
Aku dah berjaya mencandid beberapa keping gambar anak-anak kucing tu ngan mummy dia. Ala-ala paparazzi kononnye! hik hik hik
nama apa nak bagi ehhh??? tak tau lagi huhuhuhu....

Tuesday, June 8, 2010

xoxoxo

Danya termenung sendirian. Dia merenung jauh ke tengah lautan dan tiba-tiba melepaskan satu keluhan berat. Kata-kata ummi dan abah pagi tadi benar-benar memeranjatkannya.
"Kakak, ummi panggil balik. Ada hal penting." Ujar Eddy,satu-satu adik Danya. Danya pulang ke rumah yang hanya beberapa ratus meter dari laut. Dari jauh, kelihatan ada dua buah kereta di halaman rumahnya. Dia sedikit hairan. Rasanya itu bukan kereta pak cik dan makciknya.Sejak bila ummi dan abah ada saudara mara pakai kereta besar-besar ni?..getus hatinya.
Dia menuju ke pintu belakang. Sudah menjadi kebiasaannya untuk masuk melalui pintu dapur sekiranya ada tetamu yang datang.
"Kakak, mari kita ke depan. Mereka datang untuk bertemu dengan kakak." Ujar ummi yang sedang membancuh minuman. Danya diam dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia mencapai novel Jauh dan membacanya. Sangkanya itu dapat mengalih perhatiannya dari terus memikirkan tentang hal yang telah diberitahu pagi tadi namun dia silap. Novel Aisya Sofea itu akhirnya diletak kembali ke rak buku. Dia berbaring di katilnya.
Tok! Tok! Pintu biliknya dibuka. Ummi masuk dan duduk di birai katil.
"Kakak, ummi dan abah tahu kakak masih terkejut dan tidak dapat menerimanya. Tapi ummi dan abah harap sangat kakak dapat faham. Ummi dan abah sendiri tak sanggup nak lepaskan kakak namun kami tak terdaya." Ujar Ummi sebak.
Danya bangkit dan memeluk umminya. keduanya tenggelam dalam tangisan.Ummi pernah memberitahunya hakikat sebenarnya yang dia hanya seorang anak angkat. Seminggu dia mengurung diri di dalam bilik. Dan kini setelah bertahun berlalu, dia diberitahu akan kemunculan keluarga kandungnya.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Telah seminggu Danya berada di rumah banglo besar itu. Walau hidupnya kini di selubungi kemewahan namun jiwanya tetap kosong dan sunyi. Rumah besar itu terlalu asing bagi dirinya. Mama dan papa, kekok sekali untuk memanggil kedua mereka begitu. Hanya setelah 15 tahun berlalu, dan kini tiba-tiba kedua papa dan mama itu datang mengaku yang mereka adalah ibu dan bapa kandungnya. Penjelasan telah di berikan namun hatinya masih terlalu berat untuk menerimanya.
Dia ditinggalkan bersama keluarga itu kerana satu kejadian. "Papa kemalangan ketika berurusan di London dan mama terpaksa ke sana. Along dan Angah mama tinggalkan pada Mak Long. Tapi Nia masih kecil. Nia baru berusia 5 bulan ketika itu dan masih menyusu badan. Mama minta tolong pada kawan mama yang kebetulan masih menyusu anaknya. Mama terpaksa. Mama panik masa itu dan mama langsung tak dapat berfikir dengan betul. Mama terlalu risaukan keadaan papa masa itu. Mama tahu Nia marahkan mama, salahkan mama tapi mama terpaksa. Mama minta maaf, sayang. Mungkin ini ujian ALLAH buat mama. Mama sangka mama akan tinggalkan Nia mungkin hanya seminggu dua tapi tak sangka banyak hal yang terjadi setelah itu. Setelah 2 bulan berlalu baru mama dapat pulang ke Malaysia. Mama terus nak ambil Nia tapi mama tak sangka pemergian mama terlalu lama. Nia hilang dari mama. Mama tak tentu arah. Mama macam orang sasau kerana kehilangan anak. Kerana terlalu tertekan dengan kehilangan Nia dan keadaan papa, mama jadi murung. Mama jadi pendiam dan mengasingkan diri. Along dan angah terus di jaga oleh Mak Long. Urusan syarikat mama serahkan bulat-bulat pada orang kanan papa. Bertahun mama tak dapat cari diri mama. Hanya setelah beberapa tahun menjalani rawatan mama mula beransur pulih. Namun segalanya semakin terlewat. Mama semakin kehilangan jejak Nia. Mama tak salahkan Ummi Nia. Mereka tak bersalah. Keadaan yang memaksa ketika itu yang menuntut mereka pulang ke kampung. Silap mama kerana terlalu panik mama lupa tinggalkan alamat mama. Mama tak sangka akan jadi macam ini. Mama hanya mahu tinggalkan Nia sekejap."

Danya termenung sendirian menghadap ke luar tingkap banglo 2 tingkat itu. Pandangannya jauh ke langit yangg membiru. Beberapa ekor burung layang-layang berterbangan bebas. Dia tiba-tiba rasa sayu. Ingatannya kembali ke kampungnya. Selalunya, bila waktu petang dia akan berjalan-jalan di tepi pantai yang tidak jauh dari rumahnya. 'Abah,ummi. kakak rindukan abah dan ummi.Eddy, kakak rindukan Eddy.' Nia mengesat air mata yang mengalir laju ke pipinya.
"Nia!" Danya pantas menyapu sisa air matanya. Dia tidak sedar sejak bila mamanya masuk dan berada di belakangnya.
"Mama minta maaf tak ketuk pintu sebelum masuk. Mama tengok pintu tak tutup rapat jadi mama terus masuk."
Datin Maria memeluk bahu anaknya yang sejak sekian lama dirindui. "Nia rindukan keluarga di kampung?" Datin Maria sengaja bertanya meskipun dia tahu jawapannya. Danya diam. Membisu tanpa sebarang jawapan.
Datin Maria mengeluh tiba-tiba. Pelukannnya di lepaskan. Dia bergerak dan duduk di birai katil anaknya itu. "Mama tahu Nia belum maafkan mama dan tak sudi tinggal bersama mama. Mama sedar, 20 tahun itu takkan dapat mama tebus kembali. Mama tak sanggup kehilangan Nia lagi namun mama tak sampai hati mendera perasaan Nia. Mama..." Datin Maria tak dapat meneruskan kata-kata dek kerana sebak yang menguasai diri. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan harapan mendapat sedikit kekuatan untuk menyambung kata-katanya. Danya masih di tepi tingkap itu. Tidak berganjak walau seinci.
"Mama akan...mama akan hantar Nia pulang esok. Ma..mama harap Nia takkan lupakan mama." Datin Maria bangun dan berlalu. Dia tidak mungkin akan melepaskan Danya namun melihat Danya murung begitu hanya membuatkan hati ibunya lebih terseksa.

Datin Maria sedang memberi ikan-ikannya makan. Dia ingin melarikan fikirannya tentang keputusannya itu yang telah menjauhkan lagi dia dengan Danya.
"Mama!" Datin Maria cam suara itu walaupun hanya beberapa kali mendengarnya. Hati ibunya tersentuh dan sebak mula menyelubungi dirinya. Namun dia takut untuk berpaling. Takut jika suara itu hanyalah igauannya semata.
Tiba-tiba dia dipeluk. "Nia minta maaf." Dan serentak itu dia berpaling dan memeluk anak kesayangannya yang kini berada di depannya.
"Mama sangka Nia tak mungkin akan balik ke sisi mama lagi, sayang." Datin Maria mencium pipi anaknya itu berkali-kali. Dia terlalu gembira.
"Mar, dia tetap anak kau. Aku dan abang hanya sebagai penjaga amanah." Ujar Syidah mendekati kedua beranak itu. "Terima kasih,Da. Aku terhutang budi pada kau sekeluarga."
Datin Maria mengajak sahabatnya itu sekeluarga masuk.
"Nia harap mama izinkan Nia untuk terus tinggal dengan Ummi. Mama jangan risau Nia akan tetap balik ke sini. Nia kan study kat sini.Bila Nia di sini, Nia akan pulang ke rumah mama. Cuti semester Nia akan pulang ke kampung berjumpa abah dan Ummi. Bolehkan, mama?"
Datin Maria mengangguk.Dia bersyukur kerana anaknya yang pernah hilang satu masa dulu kini kembali ke sisinya.

***

Ashraff merenung wajah di hadapannya itu yang jauh tenggelam dalam lamunan. Entah ke mana fikirannya melayang. Nasi goreng hanya sedikit sahaja terusik.
"Nia!" Panggil Asyraff. Hanya setelah tiga kali barulah Danya kembali ke alam nyata. Asyraff mengangkat kening bila Danya yang baru tersedar dari lamunan itu memandangnya. Ada masalahkah dia?, fikir Asyraff. Danya dilihat selalu saja termenung sejak akhir-akhir ini. Dan pernah sekali Danya tertangkap berkhayal di dalam kelas ekonomi. Kesudahannya Danya di beri amaran oleh Puan Aida.
"Aku tengok kau selalu termenung. Ada masalah? Storylah, aku sudi pinjamkan telinga aku. Kalau kau nak pinjam bahu aku pun tak apa. hihihi" Ujar Asyraff sambil tersengih. Danya hanya mencebik. Asyraff dan Danya rapat sejak sekolah menengah. Mereka berempat sebenarnya. Nani dapat memasuki UKM sementara Syahmi bekas pelajar terbaik sekolah kini sedang menyambung pelajaran di Rusia dalam bidang kedoktoran. Asyraff dan Danya kebetulan sama-sama dapat memasuki UiTM. Perbezaan kursus membataskan masa untuk mereka selalu berjumpa namun itu tidak merenggangkan hubungan baik antara mereka. Begitu juga dengan Nani. Hanya Syahmi yang hanya sesekali mengutus poskad untuk bertanya khabar.
"Oii mak cik. Sempat lagi kau sambung balik berangan." Marah Asyraff. Danya tersengih menyedari kesilapannya.
"Kenapa dengan kau ni. Pelik aku. Tak selesai lagi ke masalah keluarga kau?" Asyraff cuba meneka. Danya pernah memberitahunya tentang masalah keluarganya namun tak diterangkan dengan jelas. Asyraff tidak mahu memaksa jika Danya belum sedia membuka cerita. Dia akan menunggu dengan sabar.
" hehehe...Kau ni aku nak berangan jumpa putera raja pun tak senang." Jawab Danya masih lagi tersengih macam kerang busuk.
"Hah dari kau berangan nak anak raja baik kau ambil aku. Handsome ada, duit pon tak ada lah sengkek sangat. Takat belanja kau tiap-tiap hari kat cafe tu insyaAllah tak jadi hal." Balas Asyraff. Geram kerana dia tahu Danya sengaja berkata demikian mengelak untuk berterus terang padanya.
"Nasi goreng tu bila nak habis? Tak nak lah aku belanja kau lagi kalau kau tak habiskan." Asyraff berpura-pura serius.
" Yelah aku nak makan lah ni. Membebel ngalahkan nenek tua." Danya menyambung kembali suapannya yang tergendala kerana melayan perasaan.


2

Masuk bulan ini genap 6 bulan Syahmi menyepikan diri. Mungkin dia tengah sibuk menghadapi peperiksaan sepertinya, fikir Danya. Dia menghalau fikiran-fikiran jahat yang cuba meracuni kotak fikirannya. Syahmi tentu sahaja akan setia dengannya. Dia teringatkan janji Syahmi sehari sebelum berangkat ke Rusia. 'Mi akan selalu tulis surat atau poskad pada Nia. Nia janji akan tunggu Mi tau.' Itulah kata-kata terakhir Syahmi sebelum mereka berpisah. Dan dia masih setia berpegang pada janji itu.
Hubungan cinta mereka sengaja dirahsiakan daripada rakan-rakan termasuklah Nani dan Asyraff. Mereka malu andai dijadikan bahan usikan. Status Syahmi yang merupakan pelajar terbaik sekolah dan juga Ketua Pengawas menghalangnya dari membuka kisah cinta antara mereka. Syahmi yang begitu terkenal dirasakan tidak sepadan dengan dirinya.

"Raff, Nani ni aku kenalkan mama dan papa aku. Ummi dengan abah aku kau dah kenal kan. Em ni bodyguard dua orang ni abang-abang aku.Along aku, Damian dan Angah, Darwish." Danya memperkenalkan Asyraff dan Nani pada ahli keluarga kandungnya. Dia terasa lucu melihat muka sahabat baiknya yang kebingungan. Mereka berdua saling berpandangan dan sedikit blurr!
Danya yang tidak mahu lagi menyeksa fikiran dua orang teman baiknya itu akhirnya membuka cerita sebenar. Barulah keduanya mengangguk-angguk kepala memahami keadaan sebenarnya. "Kelakar gila tengok muka tenuk korang tadi." Danya berkata sambil menahan tawa. Mama dan papanya hanya mampu menggeleng kepala melihat karenah Danya.
Danya sengaja mengajak Nani dan Asyraff ke rumahnya untuk berkenalan dengan keluarganya kandungnya. Sengaja dia tidak memberitahu ke mana tujuan mereka. Asyraff yang memandu kereta hanya mengikut arahan daripadanya memandangkan dia sendiri tidak tahu kemana tujuan sebenar mereka. Danya mahu sahaja ketawa melihat wajah keduanya bila mereka tiba di hadapan banglo mewah milik orang tuanya. Macam muka ayam yang menunggu masa untuk disembelih. Ehh iya ke?? Entahlah tak sempat nak buat eksperimen.
Nani kaku dan hanya memandang wajah Asyraff bila Danya menarik tangannya untuk masuk.
Pucat dan takut.
"Aku dah panick gila. Aku ingat nak pusing masuk dalam kereta dan blah. Ya lah sepatah haram kau tak cerita tup tup dah ada depan banglo sikit punya besar. Kalau kena tangkap kata aku nak mencuri ke apa ke tak ke haru." Luah Asyraff. Nani hanya diam masih terkejut dengan gimik yang dicipta oleh Danya.Danya ketawa. Berjaya juga dia mengenakan rakan-rakannya tanpa perlu bantuan krew-krew Wakenabeb ataupun Bang Bang Boom!
"Sorilah kawan. Macam ni baru lah gempak. Ini kenangan kita sebelum grad. Lepas ni tentu kita dah susah nak berjumpa lagi." Ujar Danya.
"Gempak kau kata. Aku dah nak luruh jantung takut salah ceroboh rumah orang. Nia Nia betullah kau ni gila." Luah Nani geram. Danya masih lagi ketawa. Kerinduannya pada Syahmi sedikit terubat dengan kehadiran Nani dan Asyraff.
"Tapi,kenapa baru hari ni kau cerita pasal famili kau? Aku tengok kau dengan famili kau baik saja. Habis tu yang kau asyik monyok kenapa?" Tanya Asyraff mengingatkannya kembali pada hal itu. Danya gelak lagi."Saja nak bagi kau risau. Nak tengok kau tak care tak kawan kau ni!" Ujarnya selamba cuba menutup hal sebenar.
"Ada pulak macam tu. Kita kawan dah lama takkan kau tak yakin ngan kitorang. Buat sesak nafas orang sajalah dia ni." Balas Nani.
"Nia, ajak kawan-kawan masuk sayang. Mak Mah dah siapkan makan tengahari." Panggil mamanya. Danya mengajak kedua temannya itu masuk dan menutup perbualan mereka.

"Aku sayang pada kau lebih daripada seorang kawan, Nia. Namun aku tahu kita takkan mungkin bersama. Sebelum aku pergi, aku mahu kau tahu kau istimewa di dalam hati aku." Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia tidak menyangka Asyraff menyimpan perasaan padanya selama ini. Sejak di SMKTM lagi.
Danya duduk di atas batu besar itu sambil pandannganya jauh ke tengah lautan. Tempat itu menjadi 'markas' mereka berempat untuk melepaskan tekanan setelah penat mengulangkaji bersama. Dan batu besar itu juga menjadi saksi cintanya dan Syahmi. Cinta monyet mungkin lebih tepat. Dan kini dia kembali lagi ke situ. Sendirian. Asyraff sudah berpindah! Itu berita yang diterimanya bila dia ke rumah Asyraff setelah dia tiba di kampungnya pagi tadi. Syahmi sudah lama menyepi. Dan kini Asyraff pula menghilang daripadanya. Nani kini bekerja di utara Malaysia. Walaupun agak jauh dari kampung halaman namun yang penting pengalaman kata Nani.
"Best la tempat ni. Boleh along join?" Danya berpaling. Damian mengambil tempat di sisinya. "Jadi inilah 'Markas' yang Ummi maksudkan. Hmm best. Boleh tenangkan jiwa." Ujar Damian berpaling memandangnya.Pandangan along seakan tahu dia sedang memendam sesuatu. Ahh along memang amat memahaminya.
"Sudi ceritakan pada Along? Telinga along sedia mendengar. Kalau nak pinjam bahu Along pun tak apa." Kata-kata alongnya mengingatkannya pada Asyraff. Dia mengalihkan pandangannya ke lautan yang terbentang luas di hadapannya.
Setelah melepaskan satu keluhan berat, dia akhirnya menceritakan segala yang terjadi. Danya melentokkan kepalanya ke bahu Damian.
Dari jauh, sepasang mata menyaksikan segalanya. Dengan perasaan yang berbaur, dia melangkah pergi.

3

Danya kembali ke tanah air setelah 4 tahun berada jauh di perantauan. Kini, sudah sampai masanya dia membalas budi papanya yang sanggup menghantarnya ke UK semata-mata untuk merealisasikan impiannya untuk belajar di luar negara. Dan kini dia pulang bersama segulung ijazah.
"Apa kata Nia kerja dengan papa?" Usul Papanya ketika sedang menikmati minum petang di luar. Danya mengangguk setuju. Papanya telah membantu merealisasikan impiannya dan kini sudah tiba gilirannya untuk membantu papa dan angahnya di syarikat.Dia setuju akan mengikut papanya ke pejabat selepas 2 minggu. Dia mahu merehatkan fikiran setelah penat memerah otak belajar.
"Esok angah cuti. Jom keluar. Dari Nia duduk rumah tak buat apa-apa baik teman angah keluar."Ajak Darwish.
"Angah ni Nia nak manja-manja ngan mama pun tak senang. Angah ajak awek angah temankan angah." Balas Danya.
"Dia outstation la." Jawab Darwish pendek. Serentak tiga pasang mata memandang ke arah Darwish membuatkan Darwish tersedar dia telah membongkar rahsianya sendiri tanpa sengaja.
"Ops. Kantoi." Darwish tersengih menyedari silapnya."Oleh kerana disebabkan Nia angah dah terkantoi depan mama papa jadi Nia kena temankan angah keluar esok." Sambung Darwish cuba mengelak persoalan tentang kekasihnya.
"Mama tak nak cakap banyak. Nanti dah sedia ajak makan di rumah. Jumpa mama dan papa." Ujar mamanya pada angah.
Darwish hanya mengangguk setuju dengan permintaan mamanya. Lagipun dia memang merancang untuk mengenalkan teman wanitanya pada keluarganya. Hanya menunggu masa yang sesuai.

*****

Syahmi baru selesai memeriksa seorang pesakit baru. Dia bertanya lanjut tentang permasalahan sakit yang dihadapi beserta segala tanda dan gejala yang berlaku. Pemeriksaan yang perlu dilakukan dan dia kemudian mencatat segala keputusan ke dalam fail laporan pesakit tersebut.
"Dr Syah, pesakit katil 16 masuk untuk complete 6th cycle of his chemo." Jururawat yang memakai tanda nama Fatimah itu menghulur Fail bernombor 16 kepadanya.
"Thanks kak." Ujar Syahmi dan menuju ke katil yang dimaksudkan oleh jururawat tadi.
Pesakit ini tentu adalah pesakit tetap wad itu kerana dia datang untuk melengkapkan pusingan rawatannya.
"Assalamualaikum, En Asyraff." Syahmi membiasakan dirinya memberi salam atau mengucap selamat kepada pesakitnya. Dia terkejut bila pesakit itu berpaling kepadanya.
"Raff!" Panggilnya. Dan lelaki di hadapannya itu membalas dengan lemah.
"Syahmi. Ops Dr Syahmi."
Syahmi terus memeluk lelaki itu. Beberapa tahun berlalu dan dia sedikit tidak menyangka berjumpa kembali sahabatnya itu.
"Aku sangka aku takkan jumpa kau lagi, kawan." Ujar Asyraff.
"Kau yang tak nak berjumpa. Tapi aku tak faham. kemana kau menghilang? Aku balik Malaysia untuk jumpa kau tapi aku dapat tahu kau dah pindah. Aku tanya Nani tapi dia sendiri tak tahu kau kemana. Kau seperti mengelak dari kami. Kenapa?" Syahmi meluahkan persoalan yang menghantui benaknya sejak beberapa tahun.
"Aku tak mahu korang risaukan aku." Jawab Asyraff lemah.
"Dr Syah, Dr Damian is on the phone now. He wants to talk to you regarding this patients." Syahmi mengangguk. Dia meminta diri daripada Asyraff untuk menjawab panggilan.

Syahmi bersemuka dengan Dr Damian, pakar onkologi yang bertanggungjawab merawat Asyraff. Dia perlu tahu segalanya tentang Asyraff.
"Dr Syahmi? And you are a close friend of Raff?" Tanya Dr Damian. Syahmi mengangguk.
Dr Damian ternyata masih mengingatinya sekalipun mereka baru berjumpa sekali.
"Okay, lets clear everything. I am Danya's brother. And i am prefer to be called Along since you also Danya's bestfriend." Syahmi ternyata terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Danya, nama itu kembali menghuni mindanya setelah bertahun dia cuba melupakannya. Dia tidak mahu memikirkan tentang nama itu. Setidaknya bukan sekarang. Asyraff yang menjadi keutamaan.
"Aku tahu kau sukakan Nia. Aku gembira kalau kau dengan dia. Aku harap kau jaga dia sebaiknya." Kata-kata Asyraff bertahun dulu kembali terngiang di telinganya. Ketika itu Danya mahu merahsiakan hubungan cinta antara mereka namun Asyraff dapat juga menghidunya. Dan kini setelah bertahun masa berlalu, dia terkesan sesuatu dalam kata-kata Asyraff. Adakah benar apa yang difikirkannya?

4
"Raff, bila nak keluar dari persembunyian ni? Along rasa Nia perlu tahu keadaan ini. Along tahu dia rindukan Raff. Sesekali bila Along balik, Along perasan dia kadang-kadang termenung. Kamu kata kamu kawan baiknya. But I don't think this is how a friend should be." Damian tahu Asyraff perlukan sokongan teman-temannya selain daripada kaum keluarga saat ini. Syahmi hanya membisu di sisinya. Damian tahu semangat Asyraff semakin pudar setelah mengetahui keadaannya semakin merisaukan. Damian tidak mahu Asyraff berputus asa kerana itu hanya akan memburukkan keadaan."Syahmi, i need to talk to you." Syahmi akur dan mengekori Damian.
"As I told you before, the prognosis is getting bad. The cancer cells already metastasize to the CNS. But I need you to convince him to continue to the plan. It's for him. And I am thinking of taking Danya in. She have to know and I don't want her to be sorry when the time is too late. Really late. I want you guys to be on his side and give him support which is he needs the most right now." Damian tahu apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan semua. Dia tidak mahu ada kekesalan di kemudian hari dan baginya masa adalah perkara paling penting buat masa ini. Masa yang ada perlu digunakan sebaiknya.

****

Danya pertama kali melangkah ke pejabat Alongnya. Dia hairan kerana Damian tiba-tiba menyuruhnya ke situ. Damian tahu dia takut dengan suasana hospital jadi selalunya dia yang akan datang ke tempat Danya. Tetapi kali ini berlaianan. Namun begitu Danya tetap akur.
"Along." Danya masuk setelah mengetuk pintu pejabat yang tertulis nama Dr Damian
Dahlan. Dia terkaku di situ bila terpandang seseorang yang ada bersama Damian. Danya masuk dan mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
Danya ternyata terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Damian. Terlalu banyak kejutan yang diterimanya. Leukemia? Kesuntukan masa?
Danya memandang wajah Alongnya dan beralih pula kepada Syahmi.Tiba-tiba ada air hangat mengalir ke pipinya. Damian merapatinya dan sekelip mata dia berada dalam pelukan Damian.Damian menasihatinya supaya kuat. Dia harus kuat dan memberi kekuatan kepada Asyraff.
"Kenapa Along. Kenapa Along rahsiakan hal ni?" Tanya Danya dalam esak tangis. Damian melepaskan satu keluhan berat. Dia menjelaskan segalanya kerana menghormati permintaan Asyraff."Nia, Raff dapat tahu his leukemia relapses seminggu sebelum graduation.Along ambil kesnya daripada kawan Along yang akan ke US untuk buat PHD.Masa tu Nia dah ada di UK. Raff minta along rahsiakan if not he won't comply with the treatments." Jelas Damian.
"Patutlah dia menghilang. Last Nia jumpa dia masa graduation day. Dia bagi CD tu dan terus lenyap." Danya mula faham kenapa Asyraff pergi setelah meluahkan perasaan hatinya.
"Nia nak jumpa dia, Along." Rayunya.Damian mengangguk.
"Tapi Along tak nak Nia jumpa dia dalam keadaan macam ni. Nia kena kuat and Along tahu you can do that. For Raff." Danya Mengangguk dengan kata-kata Damian.

5

Dia hanya melihatnya dari jauh. Dia merasa bersalah kerana terlalu lama menyepi. Dan kini dia tidak mampu menemani gadis itu menghadapi masa-masa sukar kehilangan sahabat yang amat penting dalam hidupnya.
"Don't you think your place is right on her side now? Along tak rasa kamu datang sini semata-mata untuk melihatnya dari jauh."
Syahmi berpaling kepada Damian. Entah sejak bila Damian berada di sebelahnya. Tumpuannya hanya kepada Danya yang berada di atas batu besar itu sedang bersedih.
"8 tahun dulu, di atas batu besar itu Along temankan Danya. Dia mengadu pada Along. Orang yang dia sayangi sudah melupakannya. Dan sahabat yang paling dia sayangi pula meninggalkannya. Dia menangis kerana kamu berdua. Dan sekarang, dia menangis sama seperti 8 tahun lalu. Bezanya kini dia sendirian." Ujar Damian.
Syahmi memandangnya Damian. Dia terfikir sesuatu bila mendengar kata-kata Damian.
"8 tahun dulu, saya balik untuk berjumpanya. Niat asal untuk memberi kejutan padanya. Tapi setelah ternampak dia dengan seorang lelaki, begitu mesra jadi saya membuat keputusan untuk berundur.Salah saya kerana terlalu lama menyepi." Luah Syahmi. Damian memandangnya dan tiba-tiba ketawa.
"Lain kali jangan terburu-buru. Itulah masalah orang muda sekarang. Suka buat sesuatu terburu-buru dan tak selidik betul-betul kejadian sebenar." Ujar Damian menggeleng kepala.Syahmi tidak mengerti.
"Along pinjamkan bahu Along untuk Danya. Salah kah tindakan Along?" Damian menjungkitkan keningnya.Syahmi mengerutkan dahinya dan tiba-tiba...
"Jadi, lelaki itu...yang saya nampak...itu.. adalah Along?" Tanya Syahmi seperti orang bodoh. Damian tersenyum dan mengangguk. Dia faham akhirnya. Segala yang terjadi hanya kerana sedikit salah faham. Dan silap faham itu adalah berpunca daripada dirinya.

***

"Salah faham? Hanya kerana Mi tersilap Mi tinggalkan Nia sendirian. Raff mengaku ssayangkan Nia tapi sama macam Mi, dia tinggalkan Nia. Kenapa semua orang nak tinggalkan Nia?" Danya semakin geram setelah mendengar penjelasan Syahmi. Geram kerana sikap terburu-burunya.
"Mi minta maaf. Mi tak sanggka Mi tersilap. Mi tak tahu tentang keluarga kandung Nia." Jelas lelaki itu. Danya mengesat air mata yang semakin laju turun ke pipinya.
"Jadi, Nia yang salah sebab tak ceritakan pada Mi segala yang berlaku?"
Syahmi menarik nafas dan melepaskannya.
"Nia tak salah. Mi yang salah. Mi gagal jadi seorang kekasih yang baik. Mi juga gagal jadi seorang kawan yang baik untuk Nia dan arwah Raff. Tapi Mi harap Mi dapat tebus salah Mi yang dulu.Mi sanggup lakukan apa saja asalkan Nia sanggup maafkan Mi."
Ujar lelaki itu. Danya tahu hatinya masih milik lelaki itu. Walaupun setelah bertahun dia ditinggalkan tanpa sebab dan alasan.
"Mi mahu bersama Nia sampai akhir hayat Mi. Mi mahu berada di sisi Nia saat suka dan duka. Mi mahu pinjamkan bahu Mi bila-bila masa Nia perlukan.Mi..."
"Nia tak mahu Mi banyak berjanji..cukuplah Nia nak Mi janji takkan tinggalkan Nia lagi dan hanya Nia di hati Mi." Ujarnya memotong kata-kata Syahmi.
"Nia!" Panggil Syahmi lembut. Dia berpaling.
Syahmi melutut di hadapannya."Nur Danya Dahlan. Saya, Syahmi Fikry Ahmad berjanji akan menyayangi Nur Danya Dahlan sepenuh hati sehingga akhir hayat dan hanya Nur Danya Dahlan di hati saya sampai bila-bila."
Danya akhirnya tersenyum.Syahmi gembira melihat senyuman yang sekian lama di rinduinya itu. Syahmi berdiri di hadapannya."I love you,Nia forever.Dan sekali lagi batu besar ini menjadi saksi cinta kita." Ujar Syahmi seraya menyapu sisa air mata di pipi Danya.Tangan Danya digenggam erat dan mereka bersama-sama memandang ke lautan yang luas.Menikmati pemandangan matahari terbenam yang begitu indah.Seindah taman hati mereka yang kini dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang mekar untuk selamanya.



Wednesday, June 2, 2010

Grr...

Kenapa la novel2 ni cam hampeh jer?? Yang satu aku bace ending dia mati coz kna dera ngan laki sendiri. Then tukar lain plak, cam hampeh je jalan citer tah pape. Kna jual jadik pelacur ape la bla bla..trus tolak tepi.xmo bace!! hampeh!
Mik lain plak. Hmm bace sambil gelak sorang2. Nasib dok sorang kalo x kna kate sewel..tapi tengah2 syok layan, citer dia asyik ulang2 plak. herrr hampeh lagi! Tukar lagi. xpe novel banyak lagi ni..Best. Syok. Citer dak2 U..tapi ending tergantung. Ayark?? Dah tulis kat depan buku tu 'Sebuah Prolog' hape lagi aku nak kate?? Reject lagi. Huaaaa....aku da geram nih. Baru je niat nak idupkan hobi giler novel tapi sekerat jalan aku dah nak gila ngan penulis2 novel nih. Huhuhu kenapa??
Aku rasa lebih baik aku concentrate finishkan aku punye citer yang banyak x siap tu. Lagi baik!!!
Aku macam nak carik novel baru tapi bila ngenangkan duit yang x bape nak bagi izin ni terus terbantut niat aku. Ada dalam sepuluh @ lebih novel yang aku nak beli tapi hadui bab fulus mania ni la wat aku berhenti sekerat jalan. Kan best kalo ade yang sudi hadiahkan novel pada aku? Uhuk uhuk...ahaks

Monday, May 31, 2010

Kau laksana bulan....

Hasil nukilan penulis Aina Emir ini dijadikan drama. Macam cinta pertama.. hmm taapi aku lum baca lagi citer ni so aku x tau macam mana ending citer ni. Tapi pekon utamanya Ayu Raudhah. Sesuai ke?? entah aku x boleh komen coz aku belum lagi baca novel nih. hmm tapi aku suka Ashraff Muslim. Dia salah sorang lelaki yang aku rasa agak menepati ciri-ciri seorang hero(hero novel yang pastinya hahaha...).
hmm aku cam x sangka ada jugak hero malaya yang dapat mencuit hati aku ni. hik hik hik
Setakat cuit hati aku untuk minat jer la.. nak lelebih tu rasa cam hahaha gelak sampai tergolek and jatuh katil mwahahahaha...
Hmm aku dapat banyak novel nih. Alah akak ex-hosemet adik haku tu upenyer giler novel. hmmm dia da malas nak hangkut novel2 dia yang melambak tu so haku sebat la. hik hik hik rezeki jangan di tolak n musuh jangan ko nak ajak2 gaduh. muahhhaaaahahaha...
Bila nak start eh??? Hmmm aku kna stop facebok aka petani berhemah kat farmville aku tuh kalo betul aku nak concenteret kat hobi lapuk haku tuh (bace novel).
wokey jugak kot... esok mula projek 'novel to novel' aku..huih huih huih ahaks!!
Eh eh tetiba teringat pulak aku kat mukai nih. huhu tadi check on his blog hmm tapi dia kat new york lagi. hmm ontah bilo la dio tu nak balik. huk huk huk

Rindu...

Rindu... tetiba aku rindu. Aku rindu pada mak, aku rindu arwah ayah. aku rindu semua... Aku nak jumpa mak.... Aku tau aku takkan dapat jumpa arwah ayah lagi. Tapi insyaAllah di sana nanti kami akan bertemu. Moga2 dimakbulkan kami satu keluarga dipertemukan di sana nanti. Amiin...
Sunyi... aku selalu rasa sunyi dan alone. Ye la kan aku dok sorang (huk huk huk gelak...). Tu lah padan muka aku sape suh berlagak dulu.. hik hik hik.
Bahagia... susah nak definisikan bahagia ni. sesetengah orang akan rasa bahagia bila dia banyak duit dan dikelilingi kemewahan. Sesetengahnya pulak bahagia bila ada keluarga yang besar.. meriah katanya. Bagi sesetengah yang lain pula bahagia dengan segala apa yang di milikinya.
Aku?? Ya, aku bahagia punya keluargaku. kebahagiaanku adalah keluargaku. Walau kami selalu tidak sependapat, berbeza kesukaan dan minat, berlainan kerjaya dan prinsip hidup namun ada ketika kami duduk bersama dan bergelak ketawa. Dalam banyak2 perbezaan antara kami anak-anak Pak Ngah & Mak Ngah, tetap ada persamaan antara kami.
Walau jauh di mata namun tetap dekat di hati... itu lah kami. Perbezaan kerjaya dan tuntutan kehidupan memisahkan kami. Mak kekal di rumah usang tinggalan arwah ayah tercinta ditemani si bongsu yang gigih menagih ilmu sebelum berdepan SPM yang akan tiba. Along pula di bandar... Busy busy dan busy memberi ilmu nan secubit kepada anak-anak didiknya. Aku di sini, menanti satu hari yang bakal memberiku khabar2 gembira yang sekian lama ku tunggu... Nuna, nun di JB. Di tengah kota yang di penuhi manusia yang gigih dan tekun mencari rezeki dan tidak kurang yang gila mengejar harta dunia. Demi mencari rezeki yang halal, segala cabaran dan dugaan akan di hadapinya dengan tabah. InsyaAllah ALLAH itu MAHA PEMURAH & PENYAYANG. Akeem, ilmu di timba sebanyak mungkin untuk jaminan masa depan yang cerah. Semoga mendapat keberkatan dan segala kemudahan... Chiyo yang nun jauh di sana. Doa bonda tercinta tak putus mengharapkan keselamatan dan kesejahteraannya. Mohon dipermudahkan segala urusannya...pada YANG MAHA KUASA tempat bergantung. Demi segulung ijazah dan satu cita-cita murni, kau nun jauh di seberang laut. Kau adalah kebanggaan kami, dik.
Kasih ibu membawa ke syurga... kasih bapa berkorban nyawa... Kasih si anak tiada akhirnya...Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhirnya.