Semua orang pasti menantikan bulan ramadhan ni. Bukan saja umat islam malah kaum lain pon samer. Apa taknya, dalam bulan ni semua jenis kuih muih dan juadah akan muncul. Tentu saja dorang takkan lepaskan peluang untuk merasainya kan. humm banyak hal yang berlaku bila aku balik rumah kali lepas. Mungkin kerana itu aku rasa tempoh seminggu itu sedikit panjang dan lama. Entahlah.. namun hati masih juga tak puas dan kalo boleh aku nak berlama lagi di rumah. Dalam hati aku tertanye jugak bila lah aku dapat tukar ke sini? Tak sabar rasanya nak bersama mak.
Masa itu akan tiba jugak nanti. InsyaAllah.. dengan izin-NYA, hasrat aku itu akan dikabulkan ILAHI.
Hari ni dah 10 Ramadhan.. terus terang aku rasa macam dah lama walaupun orang lain cakap masih baru... Sekarang dah 20 ogos, sekejap lagi dah habis ogos, akan datang pula september. Cepatnya masa berlalu...
Aku tunggu raya kah? Entah, rasa macam sayang pulak nak lepaskan ramadhan yang hanya menjengah sekali setahun ni. Mulanya niat aku nak khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang ramadhan ni, namun rasa macam tak dapatlah pulak. Tak apalah akan aku usahakan semampu aku. mungkin ramadhan akan datang aku akan berjaya khatam. InsyaAllah!!!
Mercun! mak cakap jangan, tapi hati rasa macam nak. Tapi macam kata mak dan mungkin ramai lagi orang lain- membazir. Ntah lah.. tengoklah macam mana...
No comments:
Post a Comment