Pages

Monday, May 31, 2010

Kau laksana bulan....

Hasil nukilan penulis Aina Emir ini dijadikan drama. Macam cinta pertama.. hmm taapi aku lum baca lagi citer ni so aku x tau macam mana ending citer ni. Tapi pekon utamanya Ayu Raudhah. Sesuai ke?? entah aku x boleh komen coz aku belum lagi baca novel nih. hmm tapi aku suka Ashraff Muslim. Dia salah sorang lelaki yang aku rasa agak menepati ciri-ciri seorang hero(hero novel yang pastinya hahaha...).
hmm aku cam x sangka ada jugak hero malaya yang dapat mencuit hati aku ni. hik hik hik
Setakat cuit hati aku untuk minat jer la.. nak lelebih tu rasa cam hahaha gelak sampai tergolek and jatuh katil mwahahahaha...
Hmm aku dapat banyak novel nih. Alah akak ex-hosemet adik haku tu upenyer giler novel. hmmm dia da malas nak hangkut novel2 dia yang melambak tu so haku sebat la. hik hik hik rezeki jangan di tolak n musuh jangan ko nak ajak2 gaduh. muahhhaaaahahaha...
Bila nak start eh??? Hmmm aku kna stop facebok aka petani berhemah kat farmville aku tuh kalo betul aku nak concenteret kat hobi lapuk haku tuh (bace novel).
wokey jugak kot... esok mula projek 'novel to novel' aku..huih huih huih ahaks!!
Eh eh tetiba teringat pulak aku kat mukai nih. huhu tadi check on his blog hmm tapi dia kat new york lagi. hmm ontah bilo la dio tu nak balik. huk huk huk

Rindu...

Rindu... tetiba aku rindu. Aku rindu pada mak, aku rindu arwah ayah. aku rindu semua... Aku nak jumpa mak.... Aku tau aku takkan dapat jumpa arwah ayah lagi. Tapi insyaAllah di sana nanti kami akan bertemu. Moga2 dimakbulkan kami satu keluarga dipertemukan di sana nanti. Amiin...
Sunyi... aku selalu rasa sunyi dan alone. Ye la kan aku dok sorang (huk huk huk gelak...). Tu lah padan muka aku sape suh berlagak dulu.. hik hik hik.
Bahagia... susah nak definisikan bahagia ni. sesetengah orang akan rasa bahagia bila dia banyak duit dan dikelilingi kemewahan. Sesetengahnya pulak bahagia bila ada keluarga yang besar.. meriah katanya. Bagi sesetengah yang lain pula bahagia dengan segala apa yang di milikinya.
Aku?? Ya, aku bahagia punya keluargaku. kebahagiaanku adalah keluargaku. Walau kami selalu tidak sependapat, berbeza kesukaan dan minat, berlainan kerjaya dan prinsip hidup namun ada ketika kami duduk bersama dan bergelak ketawa. Dalam banyak2 perbezaan antara kami anak-anak Pak Ngah & Mak Ngah, tetap ada persamaan antara kami.
Walau jauh di mata namun tetap dekat di hati... itu lah kami. Perbezaan kerjaya dan tuntutan kehidupan memisahkan kami. Mak kekal di rumah usang tinggalan arwah ayah tercinta ditemani si bongsu yang gigih menagih ilmu sebelum berdepan SPM yang akan tiba. Along pula di bandar... Busy busy dan busy memberi ilmu nan secubit kepada anak-anak didiknya. Aku di sini, menanti satu hari yang bakal memberiku khabar2 gembira yang sekian lama ku tunggu... Nuna, nun di JB. Di tengah kota yang di penuhi manusia yang gigih dan tekun mencari rezeki dan tidak kurang yang gila mengejar harta dunia. Demi mencari rezeki yang halal, segala cabaran dan dugaan akan di hadapinya dengan tabah. InsyaAllah ALLAH itu MAHA PEMURAH & PENYAYANG. Akeem, ilmu di timba sebanyak mungkin untuk jaminan masa depan yang cerah. Semoga mendapat keberkatan dan segala kemudahan... Chiyo yang nun jauh di sana. Doa bonda tercinta tak putus mengharapkan keselamatan dan kesejahteraannya. Mohon dipermudahkan segala urusannya...pada YANG MAHA KUASA tempat bergantung. Demi segulung ijazah dan satu cita-cita murni, kau nun jauh di seberang laut. Kau adalah kebanggaan kami, dik.
Kasih ibu membawa ke syurga... kasih bapa berkorban nyawa... Kasih si anak tiada akhirnya...Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhirnya.

Sunday, May 23, 2010

Pangkat tinggi dan pangkat rendah

Bila aku melihat pages kekawan di facebook, aku rasa diri aku begitu kecil walaupun realitinya badan aku besar (hahaha..gelak). Ada ramai yang sambung study ke peringkat yang lebih tinggi dan berjawatan penting. Tapi aku?? Aku mula rasa sedikit menyesal kenapa aku tak bersungguh sambung study dulu. Namun aku harus sedar keluarga aku bukanlah dari golongan yang berada. Duit adalah sesuatu yang amat terhad dan setiap sen amat bernilai bagi kami. Takkan aku nak susahkan parents aku lagi nak cari duit tanggung aku. Walaupun duit gaji kadang2 tak banyak yang lebih namun aku rasa sedikit sebanyak dapat lah ku hulurkan pada ibu di kampung.
Aku tahu walau aku belajar tak tinggi mana tapi insyaAllah adik2 aku akan berjaya ke peringkat lebih tinggi.
Sebenarnya aku pernah memohon untuk further setelah 4 tahun bekerja namun permohon au tak sampai ke IPTA itu dan dipulangkan padaku kembali. Aku sedikit terkilan namun bila di fikr balik aku sebenarnya tidak bersedia lagi untuk menyambung pelajaran. Aku takut kesempitan duit. Aku takut aku tak mampu nak sediakan duit. Yuran adik aku, yuran aku, duit mak lagi, duit kereta, sewa rumah, minyak kereta... terlalu banyak nak dikejar dan aku takut jika aku tersilap perkiraan aku akan tersungkur.
Masa tu aku mungkin menyesal dengan penyesalan yang teramat sangat. Aku harus sedar akan kemampuan diri sebelum melakukan sesuatu.
Namun, walau macam mana pun aku tetap terasa bila kawan-kawan sekeling semuanya berjawatan gred A dan paling tidak ada segulung ijazah di tangan. Hanya aku yang ketinggalan di belakang...
Disebabkan rasa rendah diri, aku selalu mengasingkan diri aku dari teman-teman. Aku malu untuk berdamping dengan mereka-mereka yang bagi aku terlalu tinggi... Aku tahu ramai yang mengatakan aku sombong dan lupa kawan tapi kalau lah mereka tahu betapa aku malu sebenarnya.... Sekarang pun ada kawan-kawan sekerja ku dari kalangan pegawai A. Aku kadang-kadang terasa jugak ketidakselesaannya, tapi sedaya boleh aku melawan perasaan itu. Aku tak ingin di katakan sombong dengan kawan-kawan dan aku juga risau jika ada yang mengatakan aku berlagak. Entah lah..
Jika satu hari nanti, segala hal aku telah selesai dan aku ada kemampuan untuk belajar dan mendapat keizinan untuk berbuat demikian jika ketika itu aku bukan lagi berstatus bujang InsyaAllah aku akan mengejar segulung ijazah yang ku impikan.
Aku redha dengan qada' dan qadar Allah S.W.T...Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI sesuatu yang terbaik buat hambanya.

Saturday, May 22, 2010

Some tips to share...

10 REASONS GUYS ARENT'S APPROACHING YOU...


Recently, at a wedding, I witnessed a dance floor scene with a friend who is an ecologist. In the middle of this dance floor, a girl approached a guy in a pretty provocative way, all the while looking him in the eye.


You don't have to emulate an Animal Planet mating documentary to get a guy approach you when you're out, but body language is important. You have to give a guy an opening,and make yourself available.

I want my approach toa appear to be well-timed, and I don't like it when I feel like I'm interrupting. Sometimes the situation lends itself to an approach: there's something extraordinary to talk about, or we just bump into each other.Pay attention to your actions when you're out. If you want guys to approach you, are you making it easy on them-are you available ?

Some girls might want the guy to work as part of the approach; but, for every one of you that make it tough for a guy to approach, there are women who make it easier to approach that a guy might go for instead.

Here are a few things women do, that prevent guys from approaching them:


1. You're Surrounded by Lots (I mean LOTS) of Friends

When girls are in a group,I know that I'm going to be evaluated as soon as I walk away.It's tough enough to walk up to one girl, let alone a group.

2. You're Too Hot

If she's super hot, sometimes I assume I have no chance or I'm just plain intimidated. Most guys will give it the old college try though. This, by the way, is the best reason for your ego why guys aren't approaching: "I'm just so hot I'm intimidating."

3. Getting Too Tipsy

One night, we were out and a girl intermittently stood up on the seat of her booth and did stripper-type dances. The guys in the bar looked, but never approached. It's tough to approach a whirling dervish and no one could take her seriously. And sometimes the "too drunk" girl gets approached by guys who are interested in one thing only.

4. Looking Sloppy

I don't usually approach girls who don't look stylish and put together. Now, if you want to keep guys away from you, doing the celeb in public homeless looks might be a good strategy.

5. Downer Demeanor

Smiling and eye contact is inviting, while anger, and looking like you're too good for everyone drives people away. Try to give off positive vibes, and more people will approach.


6. You're With Another Guy In Any Capacity

You appear to be taken if you arrive with guys, or meet guys while you're out. Guys have no way of knowing if you're with a guy. Some guys might ask, but some might just move on to someone who looks more available.

7. You have a Ring

Now I'll admit that I'm clueless, even for a guy. I'm not sure about the wedding ring/engagement rules: which hand/finger gets the ring? I know one has a big diamond, and one looks like a simple ring. But unmarried women wear all sorts of rings. Your ring that looks like a wedding ring might be keeping guys away (or maybe stupid guys like me, which is probably a good thing).

8. You seem Busy

It's easier to approach a girl who looks bored, like she wants someone to talk to. In a caf , if she's reading a book, or has her face in her laptop, I assume she's busy and doesn't want to deal with my stupid pick up attempt.In a bar, if she seems content doing whatever she's doing, I won't want to interrupt.

9. You're Literally Tough To Catch

I've devised strategic plans to make a move, waiting for a girl to go to the bar, or bathroom. But when she finally gets up she walks too fast, or takes bodyguards (tons of friends)with her.Bottom line, some women just don't give that opening physically for the approach. Remember, your migratory patterns might be exactly what that guy is waiting for, so be on the lookout when you're on the move.

10. You're a Wall Flower

If you're in the corner all night, or buried behind chairs and tables, you not only cut yourself off from the rest of the world, but some guys don't want to slalom obstacles to get to you. If you want guys to approach you, you might want to move or try out some other spots.

Wednesday, May 19, 2010

Terasa hati...

Aku rasa aku ni boleh tahan jugak kalo bab terasa hati ni. Entah la... aku dan E dah lama renggang. Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba jadi macam tawar hati ngan dia. Macam semalam, aku ingatkan bila aku buat cam tu dia akan dapat rasa yang aku tetap anggap dia kawan aku tapi aku silap. Dia langsung tak terima apa yang aku buat. Kenapa?? Dia betul2 tak nak ada apa-apa langsung dengan aku kah?? Entah la aku dah malas nak ambil pusing tentang dia. Biarlah aku dengan hal aku dan dia dengan halnya. Itu lah yang terbaik untuk kami.
Aku bukan marahkan dia tapi ntah lah... kalo nak kata aku ni ego dan tak nak mengalah, aku rasa tak. Aku bukanlah langsung tak bercakap. Bila melibatkan urusan penting aku akan bercakap lah jugak barang sepatah dua. hmm ntah la, kadang2 aku rasa bersalah pada dia tapi rasa itu tak mampu mengatasi rasa tawar hati aku. Aku rasa agak mustahil untuk kami kembali seperti dulu...
Mungkinkah dia juga rasa seperti aku atau dia dah membenci aku?? Mungkin juga... aku tiada di sisinya di saat dia sunyi dan di landa masalah. Maafkan aku teman... aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan akan selalu mengiringi perjalanan hidupmu teman. Dan semoga kau berjumpa dengan seorang teman hidup yang benar-benar menghargaimu dan menyayangimu sepenuh hatinya...Amiiin!!

Tuesday, May 18, 2010

Kad Kredit...hutang??

Aku selalu berdoa agar dijauhkan dari bebanan hutang. Aku tak tahu apakah doaku itu sampai?? Iyalah aku sedar aku selalu terleka dengan hal dunia. Astaghfirullah hal 'aziim..
Tadi aku diberitahu permohonan kad kerditku tak dapat di lakukan. Aku sedikit hairan. Kenapa? Setahu aku, tiada masalah antara aku dan bank rakyat. Duit pinjaman selalu dijelaskan tiap2 bulan tepat pada waktunya. Tentu lah sebab aku buat potongan angkasa. Cuma satu yang aku stuck. PTPTN. Dah 2 tahun aku x bayar. Sejak aku bertukar kerja. Aku pernah membuat permohohnan untuk buat potongan gaji namun entah kenapa hal itu diam begitu sahaja. Tanpa ada sebarang maklumbalas daripada pihak UiTM dan juga pihak PTPTN.
Berbalik pada hal kad kredit tadi, aku terfikir mungkin ALLAH telah makbulkan doaku agar tidak dibebani hutang. Aku tahu ALLAH itu MAHA ADIL dan DIA MAHA TAHU apa yang terbaik untuk aku dan kehidupanku...
Aku redha dengan ketentuanNYA...

Monday, May 17, 2010

Hari Minggu...keja

Peralihan... haha semalam cuti ari ni keja.. arghh malasnye nak keja!! Boleh x kalo cuti saja arini??? huhuhu...
Sampai rumah check fb dulu..bukan nak tgk update page kwan2 tapi tgk ladang dan cafe.. kuang3
Seperti yang along aku cakapkan pada aku, gile game. hihihi...
Da setel hihihi tersengih je la. Busan dan busan..
Tengok plak citer milik siapa hati ini... best gak citer tu. for me la owang len aku x tau n aku x amik kisah! hahahaha
Hensem x Nazim Othman tu?? Bagi aku boleh tahan la.. kalo lakun jadi baik ok tapi kalo jahat KO.hihihi..
Hmm malam tadi S8 balas balik mesej aku. kol 11 lebih. Ajaib jugak aku rasa coz setahu aku dia sharp 10.30 dah tido!! Lantak dia la..
Malas... monday blues...huhuhu
Cepatlah datang tuesday... kembalikan semangat keja ku yang hilang!!!!ngeh ngeh ngeh

Tuesday, May 11, 2010

Dia..

Dia datang dan pergi sesuka hati, macam biskut chipsmore...hahaha klakar kan?
Aku tak tau knape kalau dengan dia aku jadi lain. Aku macam x boleh jadi macam aku yang dulu.. Kawan aku pernah cakap aku ego..mungkin tapi itu dulu...lama dulu sebelum dia muncul..
Aku tak mungkin harapkan sesuatu daripada dia. Tak! Aku sebenarnya tak yakin dengan dirinya. Jurang antara kami terlalu luas dan jauh. Dunianya dan duniaku tak mungkin akan bertemu.. Hmm kadang2 aku macam menyesal kerana memulakan perhubungan dengannya dulu. Tapi tak baik menyesali akan hal yang telah terjadi.
Perjalananku maasih jauh..jadi tak seharusnya aku menyesakkan otak dan fikiran dengan hal yang telah lalu..hidup mesti ke depan. Terus ke depan... Kisah lalu nan silam biarkan saja ia semakin berlalu jauh. Jauh meninggalkan aku yang sedang mengorak langkah ke depan.
Macam mana aku nak lupakan dia?? Patutkah aku seing someone utk distract mind aku dari teringat akan dia saja?? Betul ke tindakan aku ni?? Akal waras aku menolak dia namun hati aku seakan tetap berdegil...tak mahu melepaskan dia dan membiarkan dia bertakhta dia satu sudut di hati..
TEKAD!!! Ya aku harus nekad jika benar aku ingin dia pergi dari hati ku... aku harus kuat!!! Ya, hanya itu caranya. Semoga berjaya wahai hati...

Sunday, May 9, 2010

hepi mom's day!!!

Hepi mother's day to all mom's out there especially to my mom, my sis, kak sue and my sis in-law, kak ya. Hepi mother's day. Hope you all live a happy life and always be blessed by Allah. InsyaAllah..
Aku baru saja call mak and kak sue and wish them hepi mother's day. And sent out a message to my sis in-law to wish her the same.
Juga kepada sahabat dan rakan yang telah dan akan menjadi ibu, selamat hari ibu to all of you...

Saturday, May 8, 2010

Bekerja...


Hari minggu yang sendu..huhuhu
Hari ni aku bertanggungjawab untuk stanby minggu exam. Bosan dan malas?? Tentu sekali ada namun aku cuba pujuk hati dan diri. Tadi ada seorang pelajar datang dan setelah itu tiada lagi.. Tadi aku macam malas nak melayan pelajar itu. Namun cepat2 aku sedar.. tanpa kehadirannya maka aku akan hanya melepak dan makan gaji buta saja lah hari ni. hihihi entah kenapa dengan aku ni. Susah sangat nak berlembut...
Dan di waktu tengahari seorang lagi muncul. Sakit mata! Ya, matanya memang merah. Namun seperti biasa aku menerangkan hanya ubat yang akan di beri bukan MC, seperti yang dikehendakinya. Aku bukan mahu menunjuk pandai tapi melihat pada pengalaman sepanjang berada di sini, aku memang tak puas hati dengan sikap pelajar di sini..terlalu di beri muka. Mungkin juga kerana itu aku jadi agak malas dan tiada hati untuk melayan mereka sebaiknya. Lihat sajalah... sekarang waktu exam. Setiap hari akan ada pelajar yang datang dengan pelbagai alasan hanya untuk mendapatkan MC. Kenapa?? Sakit?? Sakit mungkin hanya satu bonus kerana apa yang utamanya adalah mereka tidak bersedia untuk jawab exam. Kenapa?? mungkin x cukup preparation, biasalah study last minute mana nak cover semua benda.
Selalunya yang datang aku lihat physically mereka stable dan fit to sit for da exam. Tapi sebab hati tak yakin dan tak ready jadi timbullah idea2 bijak dalam kepala otak memasing mencari alasan untuk mengelakkan exam. Datanglah pelbagai sakit yang kadang2 terang-terangan semua itu helah dan tipu semata-mata. Bagaimana anak melayu nak maju?? Aku rasa pihak U sudah banyak memberi peluang dan beri muka semata-mata mahu anak melayu ini maju dan memajukan masyarakat dan negara tanah tumpah darahnya. Namun anak2 melayu ini tidak pernah mahu menghargainya. Kenapa? Di mana silapnya? Dan salah siapakah?

Friday, May 7, 2010

Grr..gembira..sedih..derita dan duka

Grrr geramnyer!!! Marah?? Tidaklah...Tiada sebab untuk aku marah..
Lantas apa yang kau rasa?? Jika bukan marah, apakah perasaan itu??
Entah lah hati...aku sendiri tidak tahu. Patutkah aku marah?? Sedangkah apa yang dilakukannya bukanlah satu kesalahan. Namun hati, perasaanku tidak merelakan tindakannya itu. Kerana apa yang dilakukannya tidak lain hanya akan membuat perasaanku yang selama ini tenang bergelora kembali. Tidak salah untuk dia kembali dalam hidupku namun perasaanku yang mulai dapat melupakannya akan kembali bergetar dan fikiran warasku sama sekali tidak menyetujui keadaan itu.
Aku benar-benar tidak selesa dengan situasi ini. Di mana perasaan dan hati tidak seiring dengan kehendak akal fikiranku yang waras. Bagaimanakah dan apakah yang harus aku lakukan?? Pepatah melayu menyebut: Ikut hati, mati..ikut rasa binasa...
Aku keliru...aku buntu...dan aku perlu pertolonganMU...Ya ILAHI...

Kau buatku tersenyum..

Jarang kita jumpa orang yang betul2 sesuai dan serasi ngan kita dan dapat membuat kita tersenyum. peneman di saat kita sunyi, membawa ceria di saat kita hiba dan berada di sisi saat kita suka dan duka, susah dan senang...
Tapi kadang2 aku terfikir jugak. Kita menginginkan seorang teman yang sempurna yang sentiasa bersama tak kira susah dan senang. Aku pasti semua orang mahukan yang terbaik. Namun adakah kita melayan teman kita begitu juga? Sama seperti yang apa kita mahu? Mungkin kita terlupa...sebagaimana kita mahu teman kita baik terhadap kita, begitu juga dia. Tentu juga dia mengharapkan kebaikan yang di terimanya setimpal dengan apa yang telah diberi dan di curahkannya. Dia bukan mengharap kesempurnaan jauh sekali mengharapkan balasan. Dalam kehidupan harmoni mesti ada give and take. Barulah ada keseimbangan. Pepatah orang tua2 : kalau kita nak orang hormati kita, kita kena hormati orang lain dahulu. Begitu juga jika kita mahu orang baik dan hargai kita, kita seharusnya belajar menghargai orang dan sentiasa berbuat baik terhadap orang terlebih dahulu.
Hukum karma. Kalau kita buat jahat pada orang, tak mustahil suatu hari nanti kita pula yang akan terkena. ALLAH S.W.T itu MAHA ADIL. DIA MAHA MENGETAHUI...
Susah untuk berbuat baik!! Ya, tak dinafikan teramat susah untuk berbuat baik, mencari pahala..namun sebaliknya jika berbuat dosa dan mendekati kemungkaran...
Kerana apa??? Diri kita yang lemah untuk melawan godaan dan bisikan syaitan laknatullah... Namun kiranya niat di hati untuk kebaikan dan ditambah pula dengan keyakinan bahwa ALLAH itu sentiasa bersama hamba2nya, InsyaALLAH kita akan dapat menangkis segala hasutan dan godaan syaitan laknatullah...InsyaALLAH... Ya ALLAH, jauhkanlah kami daripada perkara2 yang mungkar dan tidak engkau redhai dan pandulah kami ke jalan yang lurus, iaitu yang engkau redhai..Amiin..

Thursday, May 6, 2010

Sendiri...

Bosan dan sendirian... itulah yang aku rasa sekarang. Aku tak tahu bila aku akan dapat bersama ngan famili kat kampung. Bersendirian di tempat orang bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Sedih lagi ada. Asyik menghitung hari bila la cuti panjang nak balik kampung. Raya time!! Cuti raya, semua nak cuti. Masa ni aku mula risau takut x dapat cuti lama. Takkan just nak cuti 2-3 ari saja. Tak cukup. Kadang2 seminggu pown belum cukup. Kan best kalo dapat tengok mak tiap-tiap hari... mmm bila lah hari itu akan tiba??
Aku mintak tukar bukan sebab nak lari dari masalah. Aku sedar setiap tempat kerja ada masalah dan cabaran yang tersendiri dan berbeza. Aku juga tahu aku kena hadapinya bukan mengelak. Masalah yang ada pon bukan lah terlalu besar dan aku yakin aku dapat mengatasinya.
Namun rasa rindu dan ingin berada bersama mak terlalu menebal dan membuatkan aku yakin dengan tindakan aku ni. Aku harap segala urusanku dipermudahkan.InsyaAllah...