Dia datang dan pergi sesuka hati, macam biskut chipsmore...hahaha klakar kan?
Aku tak tau knape kalau dengan dia aku jadi lain. Aku macam x boleh jadi macam aku yang dulu.. Kawan aku pernah cakap aku ego..mungkin tapi itu dulu...lama dulu sebelum dia muncul..
Aku tak mungkin harapkan sesuatu daripada dia. Tak! Aku sebenarnya tak yakin dengan dirinya. Jurang antara kami terlalu luas dan jauh. Dunianya dan duniaku tak mungkin akan bertemu.. Hmm kadang2 aku macam menyesal kerana memulakan perhubungan dengannya dulu. Tapi tak baik menyesali akan hal yang telah terjadi.
Perjalananku maasih jauh..jadi tak seharusnya aku menyesakkan otak dan fikiran dengan hal yang telah lalu..hidup mesti ke depan. Terus ke depan... Kisah lalu nan silam biarkan saja ia semakin berlalu jauh. Jauh meninggalkan aku yang sedang mengorak langkah ke depan.
Macam mana aku nak lupakan dia?? Patutkah aku seing someone utk distract mind aku dari teringat akan dia saja?? Betul ke tindakan aku ni?? Akal waras aku menolak dia namun hati aku seakan tetap berdegil...tak mahu melepaskan dia dan membiarkan dia bertakhta dia satu sudut di hati..
TEKAD!!! Ya aku harus nekad jika benar aku ingin dia pergi dari hati ku... aku harus kuat!!! Ya, hanya itu caranya. Semoga berjaya wahai hati...
No comments:
Post a Comment