Pages

Wednesday, March 17, 2010

Further or Quit??hmmmm...

Aku memang teringin nak further study tapi aku rasa keazaman aku tak cukup kuat dan mudah surrender bila saja masalah menjengah. Aku dah pun apply online dan dalam proses menyiapkan dokumen berkaitan untuk permohonan aku tu. Aku sengaja minta bos yang sahkan all da certificates coz aku nak dia aware tentang hal aku nak sambung ni. Aku boleh ajer mintak my frens yang sahkan. Aku perasan makin lama makin aku tak sebulu ngan my boss nih. Aku really dont kno why. Makin lama makin aku hilang perasaan yang dia tu bos aku. Dan dia plak aku rasa macam nak halau aku cepat-cepat from here. Ntah la mungkin aku yang paranoid atau mungkin jugak sangkaan aku tu. Aku tahu aku bukan pekerja yang disukainya. Aku admit la aku pon not da best staff here.
So, now he noted la aku nak further study. He did asked me bout my application to KUSZA. Hati aku tiba2 terdetik. Kenapa? Cam nak aku blah jer. Ntah aku tetiba rasa camtu. Cara dia tanya buatkan aku rasa macam dia nak aku blah. Dia macam support tapi macam cynical jugak. aku kah yang tersalah menilai??? Macam jugak one of my colleague. Kadang aku pon rasa macam tu but bila difikir2 it is not like dat.
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....
Bila difikir-fikir nak aja aku quit dis job and do wat i wanna do. But i need to think of my family. When it comes to family of cos la kita kena fikir sedalam-dalamnya cos apa jua decision kita buat ia akan affect family kita jugak. Kalo ikutkan aku, kerja apa pun aku dont mind janji cukup untuk hidup aku. Tapi kalo aku fikir camtu macam mana ngan my mom. Adik-adik aku? Aku tak boleh fikir untuk diri aku saja. Aku still have mom and adik2 dat i need to think of.

Aku ada benda yang belum settle lagi. Tapi kerana ada hal lain yang lebih penting aku terpaksa hold dulu yang itu. Aku pun kadang-kadang rasa tense sebab apa yang aku nak and harap tak menjadi. And sometimes aku macam lupa apa plan asal aku. Aku selalu lupa janji aku pada orang2 terdekat aku. Aku bukan sengaja tapi kadang2 ada hal yang lebih penting tiba di waktu yang sama yang menuntut aku untuk menyelesaikannya terlebih dahulu. So aku terpaksa hold dulu hal lain2.
Dua minggu lepas aku ada satu hal yang baru ada kata putus. Dan aku sekarang kena cari jalan untuk settlekan. Hal itu melibatkan duit yang mana aku kena sediakan dalam masa singkat. Aku mahu hal itu lancar cos aku ada perancangan yang lebih besar untuk hal itu. Aku risau kalau aku melengah-lengah hal itu akan jadi satu masalah besar yang sukar untuk aku selesaikan. Nauzubillah...
Apa yang aku mampu hanya berdoa pada-NYA agar dipermudahkan segala urusanku dan mohon petunjuk dari-NYA.Amiin...

Tuesday, March 16, 2010

Beach...

Aku memang gemarkan laut. Suasananya yang damai dan tenang.
Aku memang sukakan laut tapi sebenarnya aku juga phobia dengan air. Aku takut melihat air yang tenang dan kadang-kadang laut juga menakutkan aku. Kadang-kadang bila aku bercakap tentang ketakutan aku ni iaitu tentang air aku akan mula rasa berdebar-debar. Pernah di dalam kelas Psychology dulu aku di dedahkan dengan satu cara mengatasi phobiaku ini. Namun aku belum bersedia untuk menggunakan cara itu.
Aku tidak boleh membayangkan aku berada di tengah2 lautan atau jambatan. Aku akan mula resah. Aku tidak boleh berada di tempat yang di kelilingi oleh air. Banjir. Aku belum pernah mengalaminya. Dan aku sedikit gusar bila memikirkan hal itu kerana kawasanku kini dulu pernah dilanda banjir besar. Aku berdoa agar dijauhkan bencana alam itu.
Selalunya bila aku memandu dan akan melalui jambatan yang merentasi
sungai aku akan memfokuskan pandangan betul-betul ke hadapan selari dengan stereng keretaku. Aku juga akan mengecilkan mata agar sudut pandanganku berkurang dan aku hanya nampak jalan dan bukan air sungai.
Aku tahu ramai yang tak percaya dengan phobiaku ini. Ini kerana ada ketikanya aku tidak phobia dengan laut. Contohnya semasa aku ke Pulau Pangkor. Aku menaiki feri dan boleh bersama teman-teman berada di dek dan bukannya di dalam feri. Aku sendiri terkejut kerana aku tidak sedikit pun phobia walau pun sebenarnya aku berada di tengah2 laut. Mungkin kerana aku tidak bersendirian. Entah lah aku sendiri kurang pasti. Namun yang pasti aku akan mencuba dan terus mencuba untuk melawan rasa takut itu. Dan aku takkan membiarkan rasa takut itu menyekat hasratku untuk bercuti ke pulau-pulau yang cantik di Malaysia ni...

Monday, March 15, 2010

Headache!!!

Sakit kepala. huhuu walau pon kepala terasa berat je tapi aku pegi gak keja. Sampai tadi lam kol 5 am. Balik umah aku membuta jap pastu bangun iron baju nak gi keja. Masuk opis badan cam sengal2 ubi jer. Aku layan mata jap. Tak samapai 10 minit aku bangkit wat keja. huhuhu kepala dah sakit ni. Aku try distract my pain ngan wat keja. Alhamdulillah...
Tengahari kuar. Dalam kepala sakit2 camni aku tetap kuar. X nak hampakan kawan. Sian dia sorang nanti. Sori, kak terlewat balik opis huhuhu...
Hairan gak aku ni. kepala denyut2 tapi aku tetap setia ngadap pc. huhuu... cari penyakit betul ni. Ntah la aku kadang2 rasa mata cam panas jer. Nak demam ker? Tak kot. Aku i susah demam. Hmm baik aku restkan diri skunk jugak. K la my body needs rest. Aku nak tido la skejap. So adiosss babeh!!!!

Friday, March 12, 2010

Menempel jer...

Malam ni aku akan menjalankan sesi baru aku iaitu menempel. hihihi aku akan menempel kawan aku punya dept punya function iaitu "famili day" hahaha. Katne? Ntah somewhere kat kelate. Aku pon tak tanye banyak hui hui hui sebab terlalu excited dapat 'menempel'. Bertolak malam ni tapi baju n beg tak siap kemas lagi ni. Balik ni nak pack lah. hmm agak2 best tak arr?? segan pon ader gak ni. Yer la 'menempel' orang punya program hihihi tak malu. Tapi kawan aku yang ajak. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak ikut. hihihi cover line sikit. hihihi
Aku duit tengah sengkek gila sebenarnya ni. hahaha tapi masih nak pegi. hui cari pasal betul. Minggu depan aku nak balik kampung ni. mintak2 lah budget aku pass. InsyaAllah yang penting jangan kena sawan shopping kat sana nanti. huhuhu

Alah kalo ikutkan apa sangat lah aku nak beli. Baju, dah penuh almari tu. Tudung, hmm yang ada pun tak habis pakai. hihii so tak ada sebab la kan aku nak abiskan duit kat sana. InsyaAllah.Ya ALLAH kuatkan hati ku. Jangan la aku tergoda dengan segala macam benda kat sana nanti. Amiiin..

Thursday, March 11, 2010

hepi besday Payid!

Aku baru terperasan awal petang ni yang ari ni adalah birthday Payid,rakan kelas yang aku admire dulu. Masa tu akuu form 3. Hmm ramai kekawan aku tahu aku syok kat mamat ni n oone of my fren la yang bagi nama Payid tu kat dia n aku Nagiha. Nama tu adalah watak kartun dalam majalah Ujang. hiihihi
Ntah camne keadaan dia skunk ni..dah kawen kot dia. x apa lah lagipun just kisah budak2 zaman sekolah.
Aku suka Payid @ nama sebenarnya Amirul fahmi ni sebab dia specky. Aku suka lelaki yang specky. Nampak hensem and intelligent. Smart la sket nampak kan.hihihi
Tapi skunk ni aku dah x ada minat sape2 lagi dah. Ntah la....
Kalo minat artist tu adalah. I really like dis one japanese guy ni. Mukai Osamu. kawaiii. Itu lah yang selalu disebut bila tengok muka hensem n cute dia tu. Hmmm mungkin kalo aku jumpa lelaki yang hensem camni kot. hahaha berangan je la...
Apa pun ganbatte kudasai, osamu-kun. And aku harap aku akan jumpa lelaki yang baik, bertanggungjawab dan beriman untuk menjadi teman hidup, bestfren dan yang paling penting untuk jadi pembimbing aku ke jalan yang diredhai ALLAH..Amiiin!!

Thursday, March 4, 2010

Risiko..dah jadik pon!!!

Bercakap tentang risiko.Hmm Setiap yang kita lakukan pasti ada risiko. Macam gak Blog dan laman social yang hangat seperti twitter dan facebook. Apa yang di tulis bebas dan tiada sebarang sekatan. Dan kekadang ada yang melampaui batas dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan kemarahan individu atau pihak lain. Itu lah penangan dunia tanpa sempadan. Tapi bagi aku bukan salah teknologi atau kemodenan tetapi sikap diri masing2 dan nilai2 murni dah semakin pudar dari dalam diri kita masing2.. Teknologi atau apa sahaja jika di guna sebaiknya dan tidak dimanipulasikan memberikan kesenangan, kemudahan dan keselesaan kepada kita. Sebaliknya pelbagai masalah timbul adalah kerana penyalahgunaannya.
Blog. Setiap blogger bertanggungjawab atas setiap apa dan perkara yang di tulisnya. Aku tahu dan sedar hakikat ini. Bagi aku blog adalah ruang atau lapangan untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati yang tak mampu aku luahkan pada insan bergelar manusia.
Aku tidak bermaksud nak menyakitkan hati sesaper walau pun mungkin ade yang terasa. Aku rasa aku dah cukup menjaga dan menapis kata-kata aku sebelum aku publishkan.

Pengalaman kawan aku menyebabkan aku kena lebih berhati-hati. Dia sendiri tak tahu macam mana rakan sekerjanya yang busuk hati dengannya itu dapat tahu blognya sedangkan selama ini blog itu hanya 'dilawati' oleh rakan-rakannya sahaja. Rakannya yang 'baik hati' itu menunjukkan isi blognya itu kepada bosnya. Dan dia juga mengugut untuk menyaman kerana kononnya blog itu memperkatakan tentangnya. Aku rasa ingin tergelak kerana hal yang kecil dan remeh di besar-besarkan. Tapi aku tahu sikapnya yang selalu mencari salah orang, menjatuhkan orang dan memburukkan atasannya di hadapan bos. Kaki bodek bos memang tak usah cakap. Itu memang sikapnya. Tapi kenapa ada manusia begini? Tak adalah rasa hormat dan timbangrasa sehinggakan sanggup melihat rakan sekerja yang juga atasannya tersungkur. Ini lah realiti suasana kerja masyarakat Melayu kita. Tak senang kalau melihat rakan kita berjaya.
Melayu melayu...bilakah kamu akan maju, bila kah kamu akan bersatu!!! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Wednesday, March 3, 2010

Ada la tu...

Hmm bos aku da naik keja ni.
Aku tau suka atau tak aku yang akan kena keja minggu ni. Dia memang tak le di kacau kalo ari minggu ni. Alergic betul dia. Big B kate nak dia tapi dia x kan nak nyer. So nanti kalo jadik pape pandai2 aku n sorang lagi handle. X per...bertindak mengikut arahan. Agak yang tu pon x leh harap nanti aku blah je la. Lantak nak jadi ape pon.


Kadang aku geram jugak ngan dia ni. Patut jadi teladan anak buah tapi dia cam hampeh jer. Caner nak jadikan contoh?? Kater banyak pengalaman tapi macam biasa jer.
Aku kagum ngan dia tapi dulu la. Masa aku tak berapa kenal dia lagi. Skarang aku rasa aku dah kenal dia. Aku tau dia ada EGO. Tapi kadang2 kena lah ketepikan EGO menggunung tu dan dengar pandangan anak buah yang lebih memahami keadaan. Sebab, dia dikira baru di sini dan ada yang dah lama di sini. Jadi, untuk kelancaran sesuatu projek @ kerja aku rasa tak salah kalo dia dengar pandangan yang lebih senior. Kalo pon nak jaga airmuka sebagai orang atas tapi jangan lah sampai amik tindakan yang boleh anak buah cam aku ni katakan sebagai "BODOH". Aku x per lah sebab aku tak belajar tinggi. Nak di banding ngan dia yang belajar tinggi dan berpengalaman luas tu memang x dapatlah. Aku pon tahu sebab aku taklah "BENGAP" sangat.
Aku paling tak suka nak attend orang yang ada rasa kurang yakin@ x percaya pada kemampuan aku. Aku tahu aku kena lawan dan buktikan yang aku sebenarnya. Sebab itu ke dia arahkan aku untuk bertugas?? Aku rasa tak. Pasti!! Sebab utama dia semua tahu. Dia takkan nak rajin dan nak menyusahkan diri untuk bekerja hari cuti. Hari minggu dia adalah hak keluarga. Ya ker?? Abes kitorang semua ni??? Bagi aku, dia sebagai seorang pro x patut la camtu. Bidang ni bukan macam keja opis biasa. Orang cuti kita pon goyang kaki kat rumah. Maner boleh senang2 malas nak jawab phone @ off kan handset bila meeting. Kalo ada urgency macam mane??? x ke haru nak menjawab bila dah jadi kes??? Dia ni kadang nampak cam ambik mudah. Ntah lah. Yang pasti aku x segembira dulu berada di sini. Aku semakin hari menghitung detik dan waktu bilakah aku akan keluar dari sini???