Pages

Tuesday, March 16, 2010

Beach...

Aku memang gemarkan laut. Suasananya yang damai dan tenang.
Aku memang sukakan laut tapi sebenarnya aku juga phobia dengan air. Aku takut melihat air yang tenang dan kadang-kadang laut juga menakutkan aku. Kadang-kadang bila aku bercakap tentang ketakutan aku ni iaitu tentang air aku akan mula rasa berdebar-debar. Pernah di dalam kelas Psychology dulu aku di dedahkan dengan satu cara mengatasi phobiaku ini. Namun aku belum bersedia untuk menggunakan cara itu.
Aku tidak boleh membayangkan aku berada di tengah2 lautan atau jambatan. Aku akan mula resah. Aku tidak boleh berada di tempat yang di kelilingi oleh air. Banjir. Aku belum pernah mengalaminya. Dan aku sedikit gusar bila memikirkan hal itu kerana kawasanku kini dulu pernah dilanda banjir besar. Aku berdoa agar dijauhkan bencana alam itu.
Selalunya bila aku memandu dan akan melalui jambatan yang merentasi
sungai aku akan memfokuskan pandangan betul-betul ke hadapan selari dengan stereng keretaku. Aku juga akan mengecilkan mata agar sudut pandanganku berkurang dan aku hanya nampak jalan dan bukan air sungai.
Aku tahu ramai yang tak percaya dengan phobiaku ini. Ini kerana ada ketikanya aku tidak phobia dengan laut. Contohnya semasa aku ke Pulau Pangkor. Aku menaiki feri dan boleh bersama teman-teman berada di dek dan bukannya di dalam feri. Aku sendiri terkejut kerana aku tidak sedikit pun phobia walau pun sebenarnya aku berada di tengah2 laut. Mungkin kerana aku tidak bersendirian. Entah lah aku sendiri kurang pasti. Namun yang pasti aku akan mencuba dan terus mencuba untuk melawan rasa takut itu. Dan aku takkan membiarkan rasa takut itu menyekat hasratku untuk bercuti ke pulau-pulau yang cantik di Malaysia ni...

No comments:

Post a Comment