Blog. Setiap blogger bertanggungjawab atas setiap apa dan perkara yang di tulisnya. Aku tahu dan sedar hakikat ini. Bagi aku blog adalah ruang atau lapangan untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati yang tak mampu aku luahkan pada insan bergelar manusia.
Aku tidak bermaksud nak menyakitkan hati sesaper walau pun mungkin ade yang terasa. Aku rasa aku dah cukup menjaga dan menapis kata-kata aku sebelum aku publishkan.
Pengalaman kawan aku menyebabkan aku kena lebih berhati-hati. Dia sendiri tak tahu macam mana rakan sekerjanya yang busuk hati dengannya itu dapat tahu blognya sedangkan selama ini blog itu hanya 'dilawati' oleh rakan-rakannya sahaja. Rakannya yang 'baik hati' itu menunjukkan isi blognya itu kepada bosnya. Dan dia juga mengugut untuk menyaman kerana kononnya blog itu memperkatakan tentangnya. Aku rasa ingin tergelak kerana hal yang kecil dan remeh di besar-besarkan. Tapi aku tahu sikapnya yang selalu mencari salah orang, menjatuhkan orang dan memburukkan atasannya di hadapan bos. Kaki bodek bos memang tak usah cakap. Itu memang sikapnya. Tapi kenapa ada manusia begini? Tak adalah rasa hormat dan timbangrasa sehinggakan sanggup melihat rakan sekerja yang juga atasannya tersungkur. Ini lah realiti suasana kerja masyarakat Melayu kita. Tak senang kalau melihat rakan kita berjaya.
Melayu melayu...bilakah kamu akan maju, bila kah kamu akan bersatu!!! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh...
No comments:
Post a Comment