Jarang kita jumpa orang yang betul2 sesuai dan serasi ngan kita dan dapat membuat kita tersenyum. peneman di saat kita sunyi, membawa ceria di saat kita hiba dan berada di sisi saat kita suka dan duka, susah dan senang...
Tapi kadang2 aku terfikir jugak. Kita menginginkan seorang teman yang sempurna yang sentiasa bersama tak kira susah dan senang. Aku pasti semua orang mahukan yang terbaik. Namun adakah kita melayan teman kita begitu juga? Sama seperti yang apa kita mahu? Mungkin kita terlupa...sebagaimana kita mahu teman kita baik terhadap kita, begitu juga dia. Tentu juga dia mengharapkan kebaikan yang di terimanya setimpal dengan apa yang telah diberi dan di curahkannya. Dia bukan mengharap kesempurnaan jauh sekali mengharapkan balasan. Dalam kehidupan harmoni mesti ada give and take. Barulah ada keseimbangan. Pepatah orang tua2 : kalau kita nak orang hormati kita, kita kena hormati orang lain dahulu. Begitu juga jika kita mahu orang baik dan hargai kita, kita seharusnya belajar menghargai orang dan sentiasa berbuat baik terhadap orang terlebih dahulu.
Hukum karma. Kalau kita buat jahat pada orang, tak mustahil suatu hari nanti kita pula yang akan terkena. ALLAH S.W.T itu MAHA ADIL. DIA MAHA MENGETAHUI...
Susah untuk berbuat baik!! Ya, tak dinafikan teramat susah untuk berbuat baik, mencari pahala..namun sebaliknya jika berbuat dosa dan mendekati kemungkaran...
Kerana apa??? Diri kita yang lemah untuk melawan godaan dan bisikan syaitan laknatullah... Namun kiranya niat di hati untuk kebaikan dan ditambah pula dengan keyakinan bahwa ALLAH itu sentiasa bersama hamba2nya, InsyaALLAH kita akan dapat menangkis segala hasutan dan godaan syaitan laknatullah...InsyaALLAH... Ya ALLAH, jauhkanlah kami daripada perkara2 yang mungkar dan tidak engkau redhai dan pandulah kami ke jalan yang lurus, iaitu yang engkau redhai..Amiin..
salam tie...
ReplyDeletesihat ke?
awat lame x on9?
bz benarkah cik misi?hii:D
like this post..
hit me in the head dush!
hoho
neway nice entry..
may it benefits others also..
insyaAllah