Pages

Tuesday, May 18, 2010

Kad Kredit...hutang??

Aku selalu berdoa agar dijauhkan dari bebanan hutang. Aku tak tahu apakah doaku itu sampai?? Iyalah aku sedar aku selalu terleka dengan hal dunia. Astaghfirullah hal 'aziim..
Tadi aku diberitahu permohonan kad kerditku tak dapat di lakukan. Aku sedikit hairan. Kenapa? Setahu aku, tiada masalah antara aku dan bank rakyat. Duit pinjaman selalu dijelaskan tiap2 bulan tepat pada waktunya. Tentu lah sebab aku buat potongan angkasa. Cuma satu yang aku stuck. PTPTN. Dah 2 tahun aku x bayar. Sejak aku bertukar kerja. Aku pernah membuat permohohnan untuk buat potongan gaji namun entah kenapa hal itu diam begitu sahaja. Tanpa ada sebarang maklumbalas daripada pihak UiTM dan juga pihak PTPTN.
Berbalik pada hal kad kredit tadi, aku terfikir mungkin ALLAH telah makbulkan doaku agar tidak dibebani hutang. Aku tahu ALLAH itu MAHA ADIL dan DIA MAHA TAHU apa yang terbaik untuk aku dan kehidupanku...
Aku redha dengan ketentuanNYA...

No comments:

Post a Comment