Pages

Saturday, May 8, 2010

Bekerja...


Hari minggu yang sendu..huhuhu
Hari ni aku bertanggungjawab untuk stanby minggu exam. Bosan dan malas?? Tentu sekali ada namun aku cuba pujuk hati dan diri. Tadi ada seorang pelajar datang dan setelah itu tiada lagi.. Tadi aku macam malas nak melayan pelajar itu. Namun cepat2 aku sedar.. tanpa kehadirannya maka aku akan hanya melepak dan makan gaji buta saja lah hari ni. hihihi entah kenapa dengan aku ni. Susah sangat nak berlembut...
Dan di waktu tengahari seorang lagi muncul. Sakit mata! Ya, matanya memang merah. Namun seperti biasa aku menerangkan hanya ubat yang akan di beri bukan MC, seperti yang dikehendakinya. Aku bukan mahu menunjuk pandai tapi melihat pada pengalaman sepanjang berada di sini, aku memang tak puas hati dengan sikap pelajar di sini..terlalu di beri muka. Mungkin juga kerana itu aku jadi agak malas dan tiada hati untuk melayan mereka sebaiknya. Lihat sajalah... sekarang waktu exam. Setiap hari akan ada pelajar yang datang dengan pelbagai alasan hanya untuk mendapatkan MC. Kenapa?? Sakit?? Sakit mungkin hanya satu bonus kerana apa yang utamanya adalah mereka tidak bersedia untuk jawab exam. Kenapa?? mungkin x cukup preparation, biasalah study last minute mana nak cover semua benda.
Selalunya yang datang aku lihat physically mereka stable dan fit to sit for da exam. Tapi sebab hati tak yakin dan tak ready jadi timbullah idea2 bijak dalam kepala otak memasing mencari alasan untuk mengelakkan exam. Datanglah pelbagai sakit yang kadang2 terang-terangan semua itu helah dan tipu semata-mata. Bagaimana anak melayu nak maju?? Aku rasa pihak U sudah banyak memberi peluang dan beri muka semata-mata mahu anak melayu ini maju dan memajukan masyarakat dan negara tanah tumpah darahnya. Namun anak2 melayu ini tidak pernah mahu menghargainya. Kenapa? Di mana silapnya? Dan salah siapakah?

No comments:

Post a Comment