Pages
Monday, August 23, 2010
Air kelapa..???
Hmm young coconut juice. My feveret. Tapi bila aku ke bazar atau ke pasar malam sekali pon, air yang aku beli pastinya soya panas!! Knape?? Ntah. Feveret aku no 2 mungkin coz i dont drink milk. hihihi.. Ntah namun yang pasti aku memang akan selalu beli soya panas 2-3 bungkus and wat stock lam fridge.
Jumaat- 2 ari lepas. Aku ke bazar untuk beli makanan berbuka. Lalu gerai first- jual air. Cendol jadi pilihan. Dan aku jalan lagi tengok makanan apa yang ada- walaupun aku memang tahu makanan apa yang ada sebenarnya. Nasi kerabu satu!! Sebenarnya makanan yang boleh masuk dalam tekak aku di bazaar ni adalah nasi kerabu dan char kuey teow. setakat ni lah. Aku cuba try yang lain namun x kena dengan selera aku. hummm....
Aku jalan lagi. Jumpa lagi orang jual air. Air Kelapa Muda!!! Aku berhenti dan..
"Em tak nak ais boleh?" Ujarku sambil tersenyum pada si pemuda yang sedang mengisi air kelapa untuk pelanggan sebelumku. Jawapan balas yang diterima- positif!!
Aku menjengah kotak politirena di hadapanku. Coconut jelly pula jadi pilihan.
jadinya aku beli air kelapa dan jelly. Setelah berpuas hati dengan menu yang di beli aku bergerak ke kereta untuk pulang.
Berbuka. Air kelapa dah sedia beserta makanan. Azan berkummandang. Kurma di capai - ops lupa plak. Kurma ini adalah pemberian ikhlas seorang colleague. Aku pernah cakap kat rumah x ada kurma, sebenarnya lupa nak ambik masa balik kampung aritu. hihihi...
Okay, kurma dah makan. Aku capai air.......
SEDAP!! Ada rasa air kelapa muda yang manis.
Sebenarnya aku memang sukakan air kelapa muda, tapi aku jarang beli kerana takut kecewa dengan rasanya. Aku takut aair yang ku beli beli nanti rasanya lebih kepada air dan bukannya air kelapa. Namun, kali ini aku silap. Aku benar2 menikmati coconut juice yang ku beli. Alhamdulillah!!! Terlintas jugak dalam kepala otak aku- air kelapa ni manis semanis orang yang menjualnya.Ahaks!!!
SELAMAT BERBUKA to all MUSLEMS out there!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment