Pages

Monday, December 20, 2010

Penang!!!!



Trip to Penang untuk xtvt akhir tahun cum famili day unit aku. Memasing ada yang bawak famili so aku decided tuk bawak niece aku. Syakirah. sesaja la bawak dia. herm we all stay kat hotel Taha (Tabung Haji). Rase cam jemaah haji nak gi Mekah plak kan.hihihi.. On da way ke Penang tu ada lah menyinggah. biase lah. Nilai dan Beryl's Confectionary jadi pilihan. Kat nilai sempat gak aku sebat tudung selai ngan kain pasang satu. cotton. huhu haha melayang dah duit blom lagi jejak tanah jajahan Penang. Kilang coklat tu pon same. Dah bawak budak kecik takkan nak bagi dia tengok saja. Kena jugak beli sikit. Hmm alasan jer tuk budak tapi yang makcik dia ni pon memang nak jugak. hihihi. Sampai Taha lam kol 10 malam lebih. Singgah makan. Pekena char kuey teow Penang. Biase jer!! Xtvt dua hari sebelah pagi official petang plak jom ronda keliling Penang. Pegi Bukit Merah jugak. Mandi manda! Aku x mandi tapi gaya macam mandi jugak sebab hujan. Kerja aku jadi tukang tangkap gambar tak berbayar. Kang kalo aku terjun ada pulak tak leh naik bas. Pakaian tukar tak de. Nak beli?? huh mencekik darah dan leher dan segenap inci tubuh badan. Harga ya ampun!!! Lari bajet cik Kiah!huhuhu
Pesta Penang. hmm langkah jugak lah kaki aku masuk ke dalam tu walau ati memang dah xde rase nak masuk. Tapi nak wat camne. Orang dah masuk ikut ajer lah. Dapat jugak anak buah aku tu selai baju and belon. haha kes belon tu. Aku tengah duduk ngan Syakirah. Yer lah rehat2. Penat and malas nak berjalan. Tiba-tiba ader satu budak pompuan ni. Dah remaja lah.Dia kasi lah Syakirah belon Twister. Syakirah ni bukan lah hantu belon tapi orang dah bagi amik ajerlah. Aku terkejut kambing jugak bila dia hulur. Ner la tau nak offer beli barang ke. Rupanya budak pompuan tu ngan famili dia. Bila nampak aku hesitate sesangat mak dia cakap amik je anak dia dah besar tak nak main belon2 dah. Cakap dengan nada lembut laaa...huwaaa aku ingat budak promoter tadi rupanya dia ngan famili daa. Malu pulak tadi wat muka kelat2 masam masa dia hulur mula2 tadi.Aku sebenarnya tak ada mood masa tu jadi sorry lah yer pak cik mak cik dan adik2 sekalian. Aku sengih jugak lah masa amik belon tu dan ucap time kaceh huhu.. Aku beli jeruk Pak Ali. Alah yang glamer sampai masuk Tv tu. hihihi tapi skit jer nak borong banyak2 pegi sendiri. Tak kuasa aku! huhu aku memang tak suka orang kirim2 nih. kalo setakat kirim salam tu insyaAllah. kalo kirim barang tu tahap kemalasan tiba-tiba memuncak. sebab aku tak suka nak bawak barang banyak-banyak ni naik bas. Nanti kang ader yang aku lupa sebab banyak sangat plastik beg nyer. huiiii tak suka lah mak macam ni!!!!!! Peace!!

No comments:

Post a Comment