Pages
Tuesday, December 28, 2010
Budget Lari!!!!
Cakap pasal bajet buat aku rase senak perut. Disember tahun ni memang mencabar kewanitaan dan kestabilan otak putih aku. Bila tengok bajet dengan spending mata aku jadi berpinar plus berpusing mungkin tak capai tahap 360 degrees tapi boleh tahan jugak lah darjah kepusingannya. Hmm banyak duit keluar dari yang masuk.
Memang bajet lari dan tak kan dan nak kejar tahun ni tapi idup still kena maintain. Takkan nak naik hantu bila tahu duit makin kontang. Tak apa lah... ayat pujuk diri!! Aku bukan nak kata nyesal. Takkan!! Itu semua mungkin cubaan dan ujian untuk aku. Bayang lah duit tinggal ciput coet tapi bulan Januari belum lagi tunjuk muka terang-terang. Baru nak intai-intai dari balik tirai Disember yang akan berlabuh dalam masa 3 hari.
Perancangan strategik hidup aku untuk tahun depan iaitu 2011 boleh tahan banyak jugak bajet dan plan nyer. Adakah tercapai??? sama-sama lah kita tunggu! Aku sendiri pon tak sabar nak nengok kemampuan akal dan nafsu aku saling berperang antara keduanya. Mana taknya akal kata Jangan tapi nafsu kata Ya. Jadi kita tengok mampu tak seorang aku mengawal nafsu dan mengikut kewarasan akal untuk mendecide satu keputusan yang betul dan terbaik.Ya Allah, semoga segala perancanganku berjalan lancar. Amin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment