Pages

Friday, December 31, 2010

La Novella...

Herm korang tau kan aku ni suka gak bacer novel. Before dis i did mention bout fulus yang tidak berapa mengizinkan aku meneruskan niat suci mengkoleksikan bebuku novel yang aku suka. Nak di jadikan ceritera, aku terjumpa blog novel2 lama and terpakai. So aku telah mendecide untuk merealisasikan impian sekerat jalan aku dulu tapi aku beli novel terpakai. Save budget huhu.
Dan sekarang koleksi aku dah bertambah. Tapi novel-novel ni hanya yang bisa buat tido malam aku di buai mimpi indah jer. Yang tahap hot dan patut di cari segenap pelosok negeri baru akan masuk dalam koleksi aku. hihi kalo setakat suam-suam kuku tu akan di timbang berat dan diukur darjah ke'best'an ceritanya baru lah akan di beli untuk menjadi koleksi peribadiku. hehehe...
Setakat ni aku dah simpan dalam 20-30 buah kot. Entah lupa pulak rasanya aku nak menghisab jumlah novel yang aku ada. Ni antara tajuk2nya:-
-Cinta Pertama
- Yang Terindah
-Tak secantik Husna
-Rindu Untuk Dia
-Nota Cinta Buatmu
-Bayangan Rindu
-Manisnya Cinta
-Dia lebih mengerti
-Tarikh Luput Cinta
-5 Tahun 5 Bulan
-Aa+Bb
-Tunas
-Rooftop Rant
-Versus
-Untuk Awak Teja Aulia
-Setulus Janji

Hlovate- tulisannya sempoi tapi penuh dengan mesej berguna. Islamic tapi tetap modern dan up to date. Aku sendiri tak sangka dia ni tahu dunia skaters tahu pasal X-games. Aku tahu pasal dis Hlovate ni dari adik aku yang tengah study kat Cairo nun. First novel Hlovate yang aku baca 5 tahun 5 bulan. Cinta budak medic ngan budak engine. Joe/Ana budak medic dan Along/Afiq engineer. huhuhu dalam novel Aa+Bb pun sama watak Addin seorang HO( houseman) atau ngan kata lain Doktor Residen atau Doktor Pelatih. Benz plak engineer. hmmmm......
Aku dapat tau Hlovate ni pon student lagi skunk ader kat oversea study. Tapi amik kos aper and kat maner tak plak aku tau. Perahsia jugak Hlovate ni. Tapi tak de hal. Tu hak dia kan! Skarang ni aku nak kumpul semua novel dia. Aku baru order Pelangi and gurindam Jiwa. Dua novel ni compilation dengan penulis2 lain macam Syud, Imaen dan ader lah 2-3 orang lagi.

Novel pertama yang aku nak cari sebenarnya Pergilah Sepi tapi tak jumpa2 sampai skarang. Macam nak give up dah. Rasanya novel ni lah yang buatkan semangat aku naik untuk continue baca novel sampai bila-bila. Kenapa, aku tak tau. Mungkin jalan citer or cara penulisan Kak Fauziah Ashari tu yang best. Entah. Tapi yang pasti citer tu best la.

Novel yang pertama aku beli kalau tak silap aku Jauh, Aisya Sofea. Tapi rasanya dah hilang. Ralat giler aku. Lepas tu aku dah tak mao bagi orang pinjam lagi dah. Takut tak reti nak pulang. Serik aku! Aku jenis yang kalau novel yang aku baca tu best aku akan simpan elok-elok sebab aku akan baca berulang kali. Sebab tu aku akan buat koleksi. Aisya Sofea, banyak jugak novel dia yang aku baca cuma yang latest ni aje belum tergerak hati nak beli. Aku nak cari yang sempoi dan sesuai ngan jiwa remaja.

Aku suka Alaf 21 sebab selain bagi keseronokan membaca, novel-novelnya penuh dengan fakta. Satu-satu cerita tu bukan sekadar cerita tapi ada jugak di selit info tentang penyakit, undang-undang, dan fakta-fakta lain siap dengan reference lagi. Syabas!

No comments:

Post a Comment