Danya termenung sendirian. Dia merenung jauh ke tengah lautan dan tiba-tiba melepaskan satu keluhan berat. Kata-kata ummi dan abah pagi tadi benar-benar memeranjatkannya.
"Kakak, ummi panggil balik. Ada hal penting." Ujar Eddy,satu-satu adik Danya. Danya pulang ke rumah yang hanya beberapa ratus meter dari laut. Dari jauh, kelihatan ada dua buah kereta di halaman rumahnya. Dia sedikit hairan. Rasanya itu bukan kereta pak cik dan makciknya.Sejak bila ummi dan abah ada saudara mara pakai kereta besar-besar ni?..getus hatinya.
Dia menuju ke pintu belakang. Sudah menjadi kebiasaannya untuk masuk melalui pintu dapur sekiranya ada tetamu yang datang.
"Kakak, mari kita ke depan. Mereka datang untuk bertemu dengan kakak." Ujar ummi yang sedang membancuh minuman. Danya diam dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia mencapai novel Jauh dan membacanya. Sangkanya itu dapat mengalih perhatiannya dari terus memikirkan tentang hal yang telah diberitahu pagi tadi namun dia silap. Novel Aisya Sofea itu akhirnya diletak kembali ke rak buku. Dia berbaring di katilnya.
Tok! Tok! Pintu biliknya dibuka. Ummi masuk dan duduk di birai katil.
"Kakak, ummi dan abah tahu kakak masih terkejut dan tidak dapat menerimanya. Tapi ummi dan abah harap sangat kakak dapat faham. Ummi dan abah sendiri tak sanggup nak lepaskan kakak namun kami tak terdaya." Ujar Ummi sebak.
Danya bangkit dan memeluk umminya. keduanya tenggelam dalam tangisan.Ummi pernah memberitahunya hakikat sebenarnya yang dia hanya seorang anak angkat. Seminggu dia mengurung diri di dalam bilik. Dan kini setelah bertahun berlalu, dia diberitahu akan kemunculan keluarga kandungnya.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Telah seminggu Danya berada di rumah banglo besar itu. Walau hidupnya kini di selubungi kemewahan namun jiwanya tetap kosong dan sunyi. Rumah besar itu terlalu asing bagi dirinya. Mama dan papa, kekok sekali untuk memanggil kedua mereka begitu. Hanya setelah 15 tahun berlalu, dan kini tiba-tiba kedua papa dan mama itu datang mengaku yang mereka adalah ibu dan bapa kandungnya. Penjelasan telah di berikan namun hatinya masih terlalu berat untuk menerimanya.
Dia ditinggalkan bersama keluarga itu kerana satu kejadian. "Papa kemalangan ketika berurusan di London dan mama terpaksa ke sana. Along dan Angah mama tinggalkan pada Mak Long. Tapi Nia masih kecil. Nia baru berusia 5 bulan ketika itu dan masih menyusu badan. Mama minta tolong pada kawan mama yang kebetulan masih menyusu anaknya. Mama terpaksa. Mama panik masa itu dan mama langsung tak dapat berfikir dengan betul. Mama terlalu risaukan keadaan papa masa itu. Mama tahu Nia marahkan mama, salahkan mama tapi mama terpaksa. Mama minta maaf, sayang. Mungkin ini ujian ALLAH buat mama. Mama sangka mama akan tinggalkan Nia mungkin hanya seminggu dua tapi tak sangka banyak hal yang terjadi setelah itu. Setelah 2 bulan berlalu baru mama dapat pulang ke Malaysia. Mama terus nak ambil Nia tapi mama tak sangka pemergian mama terlalu lama. Nia hilang dari mama. Mama tak tentu arah. Mama macam orang sasau kerana kehilangan anak. Kerana terlalu tertekan dengan kehilangan Nia dan keadaan papa, mama jadi murung. Mama jadi pendiam dan mengasingkan diri. Along dan angah terus di jaga oleh Mak Long. Urusan syarikat mama serahkan bulat-bulat pada orang kanan papa. Bertahun mama tak dapat cari diri mama. Hanya setelah beberapa tahun menjalani rawatan mama mula beransur pulih. Namun segalanya semakin terlewat. Mama semakin kehilangan jejak Nia. Mama tak salahkan Ummi Nia. Mereka tak bersalah. Keadaan yang memaksa ketika itu yang menuntut mereka pulang ke kampung. Silap mama kerana terlalu panik mama lupa tinggalkan alamat mama. Mama tak sangka akan jadi macam ini. Mama hanya mahu tinggalkan Nia sekejap."
Danya termenung sendirian menghadap ke luar tingkap banglo 2 tingkat itu. Pandangannya jauh ke langit yangg membiru. Beberapa ekor burung layang-layang berterbangan bebas. Dia tiba-tiba rasa sayu. Ingatannya kembali ke kampungnya. Selalunya, bila waktu petang dia akan berjalan-jalan di tepi pantai yang tidak jauh dari rumahnya. 'Abah,ummi. kakak rindukan abah dan ummi.Eddy, kakak rindukan Eddy.' Nia mengesat air mata yang mengalir laju ke pipinya.
"Nia!" Danya pantas menyapu sisa air matanya. Dia tidak sedar sejak bila mamanya masuk dan berada di belakangnya.
"Mama minta maaf tak ketuk pintu sebelum masuk. Mama tengok pintu tak tutup rapat jadi mama terus masuk."
Datin Maria memeluk bahu anaknya yang sejak sekian lama dirindui. "Nia rindukan keluarga di kampung?" Datin Maria sengaja bertanya meskipun dia tahu jawapannya. Danya diam. Membisu tanpa sebarang jawapan.
Datin Maria mengeluh tiba-tiba. Pelukannnya di lepaskan. Dia bergerak dan duduk di birai katil anaknya itu. "Mama tahu Nia belum maafkan mama dan tak sudi tinggal bersama mama. Mama sedar, 20 tahun itu takkan dapat mama tebus kembali. Mama tak sanggup kehilangan Nia lagi namun mama tak sampai hati mendera perasaan Nia. Mama..." Datin Maria tak dapat meneruskan kata-kata dek kerana sebak yang menguasai diri. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan harapan mendapat sedikit kekuatan untuk menyambung kata-katanya. Danya masih di tepi tingkap itu. Tidak berganjak walau seinci.
"Mama akan...mama akan hantar Nia pulang esok. Ma..mama harap Nia takkan lupakan mama." Datin Maria bangun dan berlalu. Dia tidak mungkin akan melepaskan Danya namun melihat Danya murung begitu hanya membuatkan hati ibunya lebih terseksa.
Datin Maria sedang memberi ikan-ikannya makan. Dia ingin melarikan fikirannya tentang keputusannya itu yang telah menjauhkan lagi dia dengan Danya.
"Mama!" Datin Maria cam suara itu walaupun hanya beberapa kali mendengarnya. Hati ibunya tersentuh dan sebak mula menyelubungi dirinya. Namun dia takut untuk berpaling. Takut jika suara itu hanyalah igauannya semata.
Tiba-tiba dia dipeluk. "Nia minta maaf." Dan serentak itu dia berpaling dan memeluk anak kesayangannya yang kini berada di depannya.
"Mama sangka Nia tak mungkin akan balik ke sisi mama lagi, sayang." Datin Maria mencium pipi anaknya itu berkali-kali. Dia terlalu gembira.
"Mar, dia tetap anak kau. Aku dan abang hanya sebagai penjaga amanah." Ujar Syidah mendekati kedua beranak itu. "Terima kasih,Da. Aku terhutang budi pada kau sekeluarga."
Datin Maria mengajak sahabatnya itu sekeluarga masuk.
"Nia harap mama izinkan Nia untuk terus tinggal dengan Ummi. Mama jangan risau Nia akan tetap balik ke sini. Nia kan study kat sini.Bila Nia di sini, Nia akan pulang ke rumah mama. Cuti semester Nia akan pulang ke kampung berjumpa abah dan Ummi. Bolehkan, mama?"
Datin Maria mengangguk.Dia bersyukur kerana anaknya yang pernah hilang satu masa dulu kini kembali ke sisinya.
***
Ashraff merenung wajah di hadapannya itu yang jauh tenggelam dalam lamunan. Entah ke mana fikirannya melayang. Nasi goreng hanya sedikit sahaja terusik.
"Nia!" Panggil Asyraff. Hanya setelah tiga kali barulah Danya kembali ke alam nyata. Asyraff mengangkat kening bila Danya yang baru tersedar dari lamunan itu memandangnya. Ada masalahkah dia?, fikir Asyraff. Danya dilihat selalu saja termenung sejak akhir-akhir ini. Dan pernah sekali Danya tertangkap berkhayal di dalam kelas ekonomi. Kesudahannya Danya di beri amaran oleh Puan Aida.
"Aku tengok kau selalu termenung. Ada masalah? Storylah, aku sudi pinjamkan telinga aku. Kalau kau nak pinjam bahu aku pun tak apa. hihihi" Ujar Asyraff sambil tersengih. Danya hanya mencebik. Asyraff dan Danya rapat sejak sekolah menengah. Mereka berempat sebenarnya. Nani dapat memasuki UKM sementara Syahmi bekas pelajar terbaik sekolah kini sedang menyambung pelajaran di Rusia dalam bidang kedoktoran. Asyraff dan Danya kebetulan sama-sama dapat memasuki UiTM. Perbezaan kursus membataskan masa untuk mereka selalu berjumpa namun itu tidak merenggangkan hubungan baik antara mereka. Begitu juga dengan Nani. Hanya Syahmi yang hanya sesekali mengutus poskad untuk bertanya khabar.
"Oii mak cik. Sempat lagi kau sambung balik berangan." Marah Asyraff. Danya tersengih menyedari kesilapannya.
"Kenapa dengan kau ni. Pelik aku. Tak selesai lagi ke masalah keluarga kau?" Asyraff cuba meneka. Danya pernah memberitahunya tentang masalah keluarganya namun tak diterangkan dengan jelas. Asyraff tidak mahu memaksa jika Danya belum sedia membuka cerita. Dia akan menunggu dengan sabar.
" hehehe...Kau ni aku nak berangan jumpa putera raja pun tak senang." Jawab Danya masih lagi tersengih macam kerang busuk.
"Hah dari kau berangan nak anak raja baik kau ambil aku. Handsome ada, duit pon tak ada lah sengkek sangat. Takat belanja kau tiap-tiap hari kat cafe tu insyaAllah tak jadi hal." Balas Asyraff. Geram kerana dia tahu Danya sengaja berkata demikian mengelak untuk berterus terang padanya.
"Nasi goreng tu bila nak habis? Tak nak lah aku belanja kau lagi kalau kau tak habiskan." Asyraff berpura-pura serius.
" Yelah aku nak makan lah ni. Membebel ngalahkan nenek tua." Danya menyambung kembali suapannya yang tergendala kerana melayan perasaan.
2
Masuk bulan ini genap 6 bulan Syahmi menyepikan diri. Mungkin dia tengah sibuk menghadapi peperiksaan sepertinya, fikir Danya. Dia menghalau fikiran-fikiran jahat yang cuba meracuni kotak fikirannya. Syahmi tentu sahaja akan setia dengannya. Dia teringatkan janji Syahmi sehari sebelum berangkat ke Rusia. 'Mi akan selalu tulis surat atau poskad pada Nia. Nia janji akan tunggu Mi tau.' Itulah kata-kata terakhir Syahmi sebelum mereka berpisah. Dan dia masih setia berpegang pada janji itu.
Hubungan cinta mereka sengaja dirahsiakan daripada rakan-rakan termasuklah Nani dan Asyraff. Mereka malu andai dijadikan bahan usikan. Status Syahmi yang merupakan pelajar terbaik sekolah dan juga Ketua Pengawas menghalangnya dari membuka kisah cinta antara mereka. Syahmi yang begitu terkenal dirasakan tidak sepadan dengan dirinya.
"Raff, Nani ni aku kenalkan mama dan papa aku. Ummi dengan abah aku kau dah kenal kan. Em ni bodyguard dua orang ni abang-abang aku.Along aku, Damian dan Angah, Darwish." Danya memperkenalkan Asyraff dan Nani pada ahli keluarga kandungnya. Dia terasa lucu melihat muka sahabat baiknya yang kebingungan. Mereka berdua saling berpandangan dan sedikit blurr!
Danya yang tidak mahu lagi menyeksa fikiran dua orang teman baiknya itu akhirnya membuka cerita sebenar. Barulah keduanya mengangguk-angguk kepala memahami keadaan sebenarnya. "Kelakar gila tengok muka tenuk korang tadi." Danya berkata sambil menahan tawa. Mama dan papanya hanya mampu menggeleng kepala melihat karenah Danya.
Danya sengaja mengajak Nani dan Asyraff ke rumahnya untuk berkenalan dengan keluarganya kandungnya. Sengaja dia tidak memberitahu ke mana tujuan mereka. Asyraff yang memandu kereta hanya mengikut arahan daripadanya memandangkan dia sendiri tidak tahu kemana tujuan sebenar mereka. Danya mahu sahaja ketawa melihat wajah keduanya bila mereka tiba di hadapan banglo mewah milik orang tuanya. Macam muka ayam yang menunggu masa untuk disembelih. Ehh iya ke?? Entahlah tak sempat nak buat eksperimen.
Nani kaku dan hanya memandang wajah Asyraff bila Danya menarik tangannya untuk masuk.
Pucat dan takut.
"Aku dah panick gila. Aku ingat nak pusing masuk dalam kereta dan blah. Ya lah sepatah haram kau tak cerita tup tup dah ada depan banglo sikit punya besar. Kalau kena tangkap kata aku nak mencuri ke apa ke tak ke haru." Luah Asyraff. Nani hanya diam masih terkejut dengan gimik yang dicipta oleh Danya.Danya ketawa. Berjaya juga dia mengenakan rakan-rakannya tanpa perlu bantuan krew-krew Wakenabeb ataupun Bang Bang Boom!
"Sorilah kawan. Macam ni baru lah gempak. Ini kenangan kita sebelum grad. Lepas ni tentu kita dah susah nak berjumpa lagi." Ujar Danya.
"Gempak kau kata. Aku dah nak luruh jantung takut salah ceroboh rumah orang. Nia Nia betullah kau ni gila." Luah Nani geram. Danya masih lagi ketawa. Kerinduannya pada Syahmi sedikit terubat dengan kehadiran Nani dan Asyraff.
"Tapi,kenapa baru hari ni kau cerita pasal famili kau? Aku tengok kau dengan famili kau baik saja. Habis tu yang kau asyik monyok kenapa?" Tanya Asyraff mengingatkannya kembali pada hal itu. Danya gelak lagi."Saja nak bagi kau risau. Nak tengok kau tak care tak kawan kau ni!" Ujarnya selamba cuba menutup hal sebenar.
"Ada pulak macam tu. Kita kawan dah lama takkan kau tak yakin ngan kitorang. Buat sesak nafas orang sajalah dia ni." Balas Nani.
"Nia, ajak kawan-kawan masuk sayang. Mak Mah dah siapkan makan tengahari." Panggil mamanya. Danya mengajak kedua temannya itu masuk dan menutup perbualan mereka.
"Aku sayang pada kau lebih daripada seorang kawan, Nia. Namun aku tahu kita takkan mungkin bersama. Sebelum aku pergi, aku mahu kau tahu kau istimewa di dalam hati aku." Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia tidak menyangka Asyraff menyimpan perasaan padanya selama ini. Sejak di SMKTM lagi.
Danya duduk di atas batu besar itu sambil pandannganya jauh ke tengah lautan. Tempat itu menjadi 'markas' mereka berempat untuk melepaskan tekanan setelah penat mengulangkaji bersama. Dan batu besar itu juga menjadi saksi cintanya dan Syahmi. Cinta monyet mungkin lebih tepat. Dan kini dia kembali lagi ke situ. Sendirian. Asyraff sudah berpindah! Itu berita yang diterimanya bila dia ke rumah Asyraff setelah dia tiba di kampungnya pagi tadi. Syahmi sudah lama menyepi. Dan kini Asyraff pula menghilang daripadanya. Nani kini bekerja di utara Malaysia. Walaupun agak jauh dari kampung halaman namun yang penting pengalaman kata Nani.
"Best la tempat ni. Boleh along join?" Danya berpaling. Damian mengambil tempat di sisinya. "Jadi inilah 'Markas' yang Ummi maksudkan. Hmm best. Boleh tenangkan jiwa." Ujar Damian berpaling memandangnya.Pandangan along seakan tahu dia sedang memendam sesuatu. Ahh along memang amat memahaminya.
"Sudi ceritakan pada Along? Telinga along sedia mendengar. Kalau nak pinjam bahu Along pun tak apa." Kata-kata alongnya mengingatkannya pada Asyraff. Dia mengalihkan pandangannya ke lautan yang terbentang luas di hadapannya.
Setelah melepaskan satu keluhan berat, dia akhirnya menceritakan segala yang terjadi. Danya melentokkan kepalanya ke bahu Damian.
Dari jauh, sepasang mata menyaksikan segalanya. Dengan perasaan yang berbaur, dia melangkah pergi.
3
Danya kembali ke tanah air setelah 4 tahun berada jauh di perantauan. Kini, sudah sampai masanya dia membalas budi papanya yang sanggup menghantarnya ke UK semata-mata untuk merealisasikan impiannya untuk belajar di luar negara. Dan kini dia pulang bersama segulung ijazah.
"Apa kata Nia kerja dengan papa?" Usul Papanya ketika sedang menikmati minum petang di luar. Danya mengangguk setuju. Papanya telah membantu merealisasikan impiannya dan kini sudah tiba gilirannya untuk membantu papa dan angahnya di syarikat.Dia setuju akan mengikut papanya ke pejabat selepas 2 minggu. Dia mahu merehatkan fikiran setelah penat memerah otak belajar.
"Esok angah cuti. Jom keluar. Dari Nia duduk rumah tak buat apa-apa baik teman angah keluar."Ajak Darwish.
"Angah ni Nia nak manja-manja ngan mama pun tak senang. Angah ajak awek angah temankan angah." Balas Danya.
"Dia outstation la." Jawab Darwish pendek. Serentak tiga pasang mata memandang ke arah Darwish membuatkan Darwish tersedar dia telah membongkar rahsianya sendiri tanpa sengaja.
"Ops. Kantoi." Darwish tersengih menyedari silapnya."Oleh kerana disebabkan Nia angah dah terkantoi depan mama papa jadi Nia kena temankan angah keluar esok." Sambung Darwish cuba mengelak persoalan tentang kekasihnya.
"Mama tak nak cakap banyak. Nanti dah sedia ajak makan di rumah. Jumpa mama dan papa." Ujar mamanya pada angah.
Darwish hanya mengangguk setuju dengan permintaan mamanya. Lagipun dia memang merancang untuk mengenalkan teman wanitanya pada keluarganya. Hanya menunggu masa yang sesuai.
*****
Syahmi baru selesai memeriksa seorang pesakit baru. Dia bertanya lanjut tentang permasalahan sakit yang dihadapi beserta segala tanda dan gejala yang berlaku. Pemeriksaan yang perlu dilakukan dan dia kemudian mencatat segala keputusan ke dalam fail laporan pesakit tersebut.
"Dr Syah, pesakit katil 16 masuk untuk complete 6th cycle of his chemo." Jururawat yang memakai tanda nama Fatimah itu menghulur Fail bernombor 16 kepadanya.
"Thanks kak." Ujar Syahmi dan menuju ke katil yang dimaksudkan oleh jururawat tadi.
Pesakit ini tentu adalah pesakit tetap wad itu kerana dia datang untuk melengkapkan pusingan rawatannya.
"Assalamualaikum, En Asyraff." Syahmi membiasakan dirinya memberi salam atau mengucap selamat kepada pesakitnya. Dia terkejut bila pesakit itu berpaling kepadanya.
"Raff!" Panggilnya. Dan lelaki di hadapannya itu membalas dengan lemah.
"Syahmi. Ops Dr Syahmi."
Syahmi terus memeluk lelaki itu. Beberapa tahun berlalu dan dia sedikit tidak menyangka berjumpa kembali sahabatnya itu.
"Aku sangka aku takkan jumpa kau lagi, kawan." Ujar Asyraff.
"Kau yang tak nak berjumpa. Tapi aku tak faham. kemana kau menghilang? Aku balik Malaysia untuk jumpa kau tapi aku dapat tahu kau dah pindah. Aku tanya Nani tapi dia sendiri tak tahu kau kemana. Kau seperti mengelak dari kami. Kenapa?" Syahmi meluahkan persoalan yang menghantui benaknya sejak beberapa tahun.
"Aku tak mahu korang risaukan aku." Jawab Asyraff lemah.
"Dr Syah, Dr Damian is on the phone now. He wants to talk to you regarding this patients." Syahmi mengangguk. Dia meminta diri daripada Asyraff untuk menjawab panggilan.
Syahmi bersemuka dengan Dr Damian, pakar onkologi yang bertanggungjawab merawat Asyraff. Dia perlu tahu segalanya tentang Asyraff.
"Dr Syahmi? And you are a close friend of Raff?" Tanya Dr Damian. Syahmi mengangguk.
Dr Damian ternyata masih mengingatinya sekalipun mereka baru berjumpa sekali.
"Okay, lets clear everything. I am Danya's brother. And i am prefer to be called Along since you also Danya's bestfriend." Syahmi ternyata terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Danya, nama itu kembali menghuni mindanya setelah bertahun dia cuba melupakannya. Dia tidak mahu memikirkan tentang nama itu. Setidaknya bukan sekarang. Asyraff yang menjadi keutamaan.
"Aku tahu kau sukakan Nia. Aku gembira kalau kau dengan dia. Aku harap kau jaga dia sebaiknya." Kata-kata Asyraff bertahun dulu kembali terngiang di telinganya. Ketika itu Danya mahu merahsiakan hubungan cinta antara mereka namun Asyraff dapat juga menghidunya. Dan kini setelah bertahun masa berlalu, dia terkesan sesuatu dalam kata-kata Asyraff. Adakah benar apa yang difikirkannya?
4
"Raff, bila nak keluar dari persembunyian ni? Along rasa Nia perlu tahu keadaan ini. Along tahu dia rindukan Raff. Sesekali bila Along balik, Along perasan dia kadang-kadang termenung. Kamu kata kamu kawan baiknya. But I don't think this is how a friend should be." Damian tahu Asyraff perlukan sokongan teman-temannya selain daripada kaum keluarga saat ini. Syahmi hanya membisu di sisinya. Damian tahu semangat Asyraff semakin pudar setelah mengetahui keadaannya semakin merisaukan. Damian tidak mahu Asyraff berputus asa kerana itu hanya akan memburukkan keadaan."Syahmi, i need to talk to you." Syahmi akur dan mengekori Damian.
"As I told you before, the prognosis is getting bad. The cancer cells already metastasize to the CNS. But I need you to convince him to continue to the plan. It's for him. And I am thinking of taking Danya in. She have to know and I don't want her to be sorry when the time is too late. Really late. I want you guys to be on his side and give him support which is he needs the most right now." Damian tahu apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan semua. Dia tidak mahu ada kekesalan di kemudian hari dan baginya masa adalah perkara paling penting buat masa ini. Masa yang ada perlu digunakan sebaiknya.
****
Danya pertama kali melangkah ke pejabat Alongnya. Dia hairan kerana Damian tiba-tiba menyuruhnya ke situ. Damian tahu dia takut dengan suasana hospital jadi selalunya dia yang akan datang ke tempat Danya. Tetapi kali ini berlaianan. Namun begitu Danya tetap akur.
"Along." Danya masuk setelah mengetuk pintu pejabat yang tertulis nama Dr Damian
Dahlan. Dia terkaku di situ bila terpandang seseorang yang ada bersama Damian. Danya masuk dan mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
Danya ternyata terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Damian. Terlalu banyak kejutan yang diterimanya. Leukemia? Kesuntukan masa?
Danya memandang wajah Alongnya dan beralih pula kepada Syahmi.Tiba-tiba ada air hangat mengalir ke pipinya. Damian merapatinya dan sekelip mata dia berada dalam pelukan Damian.Damian menasihatinya supaya kuat. Dia harus kuat dan memberi kekuatan kepada Asyraff.
"Kenapa Along. Kenapa Along rahsiakan hal ni?" Tanya Danya dalam esak tangis. Damian melepaskan satu keluhan berat. Dia menjelaskan segalanya kerana menghormati permintaan Asyraff."Nia, Raff dapat tahu his leukemia relapses seminggu sebelum graduation.Along ambil kesnya daripada kawan Along yang akan ke US untuk buat PHD.Masa tu Nia dah ada di UK. Raff minta along rahsiakan if not he won't comply with the treatments." Jelas Damian.
"Patutlah dia menghilang. Last Nia jumpa dia masa graduation day. Dia bagi CD tu dan terus lenyap." Danya mula faham kenapa Asyraff pergi setelah meluahkan perasaan hatinya.
"Nia nak jumpa dia, Along." Rayunya.Damian mengangguk.
"Tapi Along tak nak Nia jumpa dia dalam keadaan macam ni. Nia kena kuat and Along tahu you can do that. For Raff." Danya Mengangguk dengan kata-kata Damian.
5
Dia hanya melihatnya dari jauh. Dia merasa bersalah kerana terlalu lama menyepi. Dan kini dia tidak mampu menemani gadis itu menghadapi masa-masa sukar kehilangan sahabat yang amat penting dalam hidupnya.
"Don't you think your place is right on her side now? Along tak rasa kamu datang sini semata-mata untuk melihatnya dari jauh."
Syahmi berpaling kepada Damian. Entah sejak bila Damian berada di sebelahnya. Tumpuannya hanya kepada Danya yang berada di atas batu besar itu sedang bersedih.
"8 tahun dulu, di atas batu besar itu Along temankan Danya. Dia mengadu pada Along. Orang yang dia sayangi sudah melupakannya. Dan sahabat yang paling dia sayangi pula meninggalkannya. Dia menangis kerana kamu berdua. Dan sekarang, dia menangis sama seperti 8 tahun lalu. Bezanya kini dia sendirian." Ujar Damian.
Syahmi memandangnya Damian. Dia terfikir sesuatu bila mendengar kata-kata Damian.
"8 tahun dulu, saya balik untuk berjumpanya. Niat asal untuk memberi kejutan padanya. Tapi setelah ternampak dia dengan seorang lelaki, begitu mesra jadi saya membuat keputusan untuk berundur.Salah saya kerana terlalu lama menyepi." Luah Syahmi. Damian memandangnya dan tiba-tiba ketawa.
"Lain kali jangan terburu-buru. Itulah masalah orang muda sekarang. Suka buat sesuatu terburu-buru dan tak selidik betul-betul kejadian sebenar." Ujar Damian menggeleng kepala.Syahmi tidak mengerti.
"Along pinjamkan bahu Along untuk Danya. Salah kah tindakan Along?" Damian menjungkitkan keningnya.Syahmi mengerutkan dahinya dan tiba-tiba...
"Jadi, lelaki itu...yang saya nampak...itu.. adalah Along?" Tanya Syahmi seperti orang bodoh. Damian tersenyum dan mengangguk. Dia faham akhirnya. Segala yang terjadi hanya kerana sedikit salah faham. Dan silap faham itu adalah berpunca daripada dirinya.
***
"Salah faham? Hanya kerana Mi tersilap Mi tinggalkan Nia sendirian. Raff mengaku ssayangkan Nia tapi sama macam Mi, dia tinggalkan Nia. Kenapa semua orang nak tinggalkan Nia?" Danya semakin geram setelah mendengar penjelasan Syahmi. Geram kerana sikap terburu-burunya.
"Mi minta maaf. Mi tak sanggka Mi tersilap. Mi tak tahu tentang keluarga kandung Nia." Jelas lelaki itu. Danya mengesat air mata yang semakin laju turun ke pipinya.
"Jadi, Nia yang salah sebab tak ceritakan pada Mi segala yang berlaku?"
Syahmi menarik nafas dan melepaskannya.
"Nia tak salah. Mi yang salah. Mi gagal jadi seorang kekasih yang baik. Mi juga gagal jadi seorang kawan yang baik untuk Nia dan arwah Raff. Tapi Mi harap Mi dapat tebus salah Mi yang dulu.Mi sanggup lakukan apa saja asalkan Nia sanggup maafkan Mi."
Ujar lelaki itu. Danya tahu hatinya masih milik lelaki itu. Walaupun setelah bertahun dia ditinggalkan tanpa sebab dan alasan.
"Mi mahu bersama Nia sampai akhir hayat Mi. Mi mahu berada di sisi Nia saat suka dan duka. Mi mahu pinjamkan bahu Mi bila-bila masa Nia perlukan.Mi..."
"Nia tak mahu Mi banyak berjanji..cukuplah Nia nak Mi janji takkan tinggalkan Nia lagi dan hanya Nia di hati Mi." Ujarnya memotong kata-kata Syahmi.
"Nia!" Panggil Syahmi lembut. Dia berpaling.
Syahmi melutut di hadapannya."Nur Danya Dahlan. Saya, Syahmi Fikry Ahmad berjanji akan menyayangi Nur Danya Dahlan sepenuh hati sehingga akhir hayat dan hanya Nur Danya Dahlan di hati saya sampai bila-bila."
Danya akhirnya tersenyum.Syahmi gembira melihat senyuman yang sekian lama di rinduinya itu. Syahmi berdiri di hadapannya."I love you,Nia forever.Dan sekali lagi batu besar ini menjadi saksi cinta kita." Ujar Syahmi seraya menyapu sisa air mata di pipi Danya.Tangan Danya digenggam erat dan mereka bersama-sama memandang ke lautan yang luas.Menikmati pemandangan matahari terbenam yang begitu indah.Seindah taman hati mereka yang kini dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang mekar untuk selamanya.
salam
ReplyDeletebg tajuk!!
best2
ngee
wehh
ReplyDeleteak jugek suda gile osamu mukai
mai ama...
ni sume lepas tgk post2 mu psal osamu mukai, pastu tgk atashinchi no danshi
terus suke...
sssuke2!!!
haha
haha..
ReplyDeletecute kan dia..ahaks
hmmm tajik x pikir sebenornyer kalo ader idea bagi la
hmmm ingat nak try anto kat majalah remaja. ahaks saja test uhuks
hik hik hik k tq coz sudi baca.
yo!
ReplyDeletebest pe..cite ni best dh...
ak link kt blog ak.kalo ade org bce naseb ah.gahahahha.
ehemmm,tp kan dlm cite ni jge la sket pergaulan,
ermmm mcm hlovate nye cite.
mcm danya org yg baek2 la menjage batas2 pergaulan.
baru dapat bg contoh teladan.
gahahaha
hanya cadangan.
try reading 5 tahun 5 bulan u'll understand what i mean by this.
--neway gaaa nk tgk osamu lg~ haha--
--cite baru: maki,L death note ngan YUYA TEGOSHI!!!!!.gaaaa cant wait2--
mm ok
ReplyDeletennti aku postkn gmbar2 mukai byk2
errr citer per tu??
L?? cam nk tgk gak jew
gagahahaha
ReplyDeletecite dareka ga watashi ni kisu wo shita.
filem
release kt japan march.
xsampai msia ag
ak tgh tunggu kuar kt tenet.
ngeeee