Salam...
Tanggal 29 July 2009 adik kawan aku pergi untuk selamanya. Aku pergi melawatnya sehari sebelum pemergiannya bersama rombongan Staf Uitm Johor. Entah kenapa aku rasa sebak. Aku terfikirkan keadaan mak cik dan eikin. Semoga mereka berdua kuat dan tabah hadapi dugaan ini.
Pemergiannya adalah terbaik kerana Allah itu MAHA TAHU dan mengasihinya. Semoga dia bersama orang beriman di sana.
Aku khabarkan hal itu pada mak dalam perjalanan ke rumah eikin. Jenazah arwah tiba pada pagi itu. Mak sebak dan menangis. Dia x kenal arwah tapi dia kenal eikin. Aku turut sedih mendengar mak menangis.
Aku khabarkan pada semua rakan ku akan pemergian arwah. Walaupun tidak mengenali arwah namun doa yang dititipkan itu yang penting.
Malam aku pergi untuk majlis tahlil. Aku risaukan eikin namun aku tak tahu macam mana nak luahkan. Aku adalah insan yang paling lemah dalam hal untuk mengutarakan sesuatu. Kadang-kadang aku lebih suka berdiam diri, pendam segala ketidakpuasan hati namun bila terlalu lama akhirnnya ia menjadi sesuatu yang lebih teruk.
Aku doakan agar mereka sekeluuarga tabah menghadapi dugaan ni.
******************************************************************
Petang tadi aku dan beberapa rakan kerja dan bos bercakap tentang masa yang cepat berlalu. Katanya tengok anak dan ibu kita. Anak cepat membesar dan ibu kita pula semakin tidak kuat. Macam mana kalau suatu hari nanti ibu kita tiada? Aku diam je. Aku tak nak komen. Aku pernah beberapa kali trfikir perkara itu. Dan aku tak sanggup nak fikir kemungkinan itu walau aku tahu hal itu pasti akan terjadi. Cuma cepat atau lambat. Dan siapa dulu. Aku takk sanggup kehilangan kerana aku pernah merasainya sekali dulu. Dan aku menyesal kerana aku bukan anak yang baik untuk arwah ayah. Aku tak pandai nak tunjuk aku sayang ayah. Dan aku tak sempat bagi ayah rasa hasil titik peluh aku. Aku tak sempat buatkan ayah sebuah rumah yang selesa.
Mak. Ya, aku nak mak hidup senang dan tenang. Mak ada DM & HPT. Kencingg manis dan darah tinggi. Namun aku respek mak kerana mak prihatin dengan kesihatan dirinya. Mak pantang makan. Aku nak cuba contohi mak. Hmm my mom is great. Mak i love u....
Esok nak balik jumpa mak. Aku rindu mak!!!!!
No comments:
Post a Comment