Pages

Wednesday, July 8, 2009

Mak...

Salam...

MAK, IBU, MAMA @ ape saja panggilannya...
Mak, aku rindu sangat denganmu. Walaupun baru sekjap tadi aku berbual & bergelak ketawa dgnmu tapi kini aku mula rindu. Aku ingin berada di sampingmu Mak. Bercerita segala hal yg berlaku dan bertanya pendapatmu akan sesuatu yg aku rasa keliru dan buntu...

Mak,
Rindu lah... Sabtu nanti aku kan pulang berjumpamu.. tak sabar rasanya. Alangkah baiknya kalo mak tinggal denganku. Tentu aku xkan rindu semacam ini. Tiap2 hari aku boleh tgk wajah cute mak. hihiihhii...

Mak,
Aku paling takut bila mata aku bergerak2. Org kater klo belah kiri ader sesuatu buruk akan berlaku klo kanan plak sesuatu yg baik. Tapi aku tetap risau walaupun mata kanan yg bergerak2. Aku risau keadaan mu mak. Sebab Mak x der depan mataku. Aku risau...

Mak,
Selalu kalo aku mahu berpergian ke mana2 aku selalu tak mengkhabarkan padamu. Maaf Mak tapi aku x mahu kau risau. Aku akan jaga diriku. Cuma satu pintaku kau restuilah segala yg aku lakukan selagi tidak salah pada matamu dan agama kita.

Mak,
Aku selalu katakan pada mu aku nakkan seorang yg hensem, kaya dan baik. Hmmm dan kau akan mula menggelabah. Risau andainya aku benar2 maksudkan hal itu.. Aku minta maaf Mak. Aku hanya ingin menyakatmu. Aku tahu kau risau sekiranya 'dia' org senang dan tak dapat menerima org susah macam kita. Aku tahu itu. Mak, jangan risau aku masih sendiri. Tiada org kaya menjadi temanku kerana aku sendiri tak yakin untuk berdampingan dengan org sebegitu.

Mak,
Doakan aku ya Mak. Doakan agar suatu hari nanti aku berjaya menghantarmu ke tanah suci. Doakan aku agar dapat memberimu sebuah rumah yg selesa. Doakan agar aku berpeluang menyambung pelajaranku. Doakan agar kau dikurniakan menantu yg dapat menerimamu seperti ibunya sendiri. Dan aku, anakmu akan selalu doakan kesejahteraanmu, kesihatanmu dan segalanya. Doaku agar kita sekelurga nanti berada bersama org beriman di dalam Syurga Allah S.W.T.

Mak,
Last but not least.... i miss u so much!! Love u...
Hmmm pas operation nnti dok umah Ti tau. Let me take care of u Mak.

No comments:

Post a Comment