Pages

Wednesday, December 2, 2009

Nu Kitts On Da House!!

Huhu
im not alone
I have company
2 lil' cute kittens...in my house
n of cos in my life...

Momo n Bobo... -Welkam to My Life-

U Drive... Me Crazy!!!

30 Nov 09

Aku tolak balik ke segamat. K.sue n a.nizam yg hantar.
Hmm ingatkan best la balik x payah drive....
Tapi hampeh sehampehnyer....

Citer ni ok jer stat dr umah mak. Tp bila sampai kemaman abg ipar aku da ngadu pnat la ngantuk la. nak tido la...ntah paper la
then dia suh aku drive..
????? Giler??? aku x pnah bawak kete manual. takat anta mak pg surau yg dekat sejengkal tu
ada la.
So nak x nak K.sue yg kna. K.sue bawak slow jer but tau jer la x biasa bawak n some more k.sue
rabun malam plus silau lagi. So nak jadik cerita k.su da langgar red light dgn x sengaja. She tot da dkat so dia speed up la rupanya jauh lagi.Dia brek but wat happen is dia berhenti kat tengah2 traffic light tu. Fuh sib baik x der kete. A.nizam da angin. Tukar driver.
Hmm pastu bermula la episod kecut perut aku yg diam membisu kat belakang nih. Seat belt aku pakai. keselamatan! Dia bawak bukan macam hantu lagi dah...aku rase hantu pon surrender. Potong kiri jgn cakap tu kicik punya hal. Kat jalan kijal tu jammed cos jalan rosak. Masa tu jalan tu dia buat macam dia yg punya. thanx to him aku dapat experience naik keta lawan arus. Hon?
Dia peduli aper org hon. Fuh lega yg amat bila da pass through jammed tu.

Aku cakap ngn k.sue pasni biarla aku drive chevy aku jer. Aku balik sendiri jer. Serik aku!!

Alhamdulillah aku sampai gak segamat. Jam 7 pagi cos beberapa kali bhenti tido. Huhu...

Tuesday, October 27, 2009

Dah lamer....

Salam...

Hmmm da lamer x tulis blog. hihihi...
Biar la x ader orang nak bace pon. Sajer nak exercise jari jemari nih. hehehe

Hmmm da lamer x jalan petang2 kat kawasan sekitar kampus nih. Balik keja aje terus berkurung dalam rumah.

Hmmm da lamer aku tak kuar jalan2 makan angin. Bukan la makan angin ke mana pon. Paling jauh aku pi KL umah kawan aku. Pastu kitorng hang out kat memane. Window shopping ker.

Hmmm da terlalu lamer rasanya aku x pegi tengok wayang. Yer la sejak solo n available ni...
Dulu time berdua ada gak tengok wayang. semua jnis wayang aku sebat. katun, batman, robot... Sampaikan citer ntah paper pon aku boleh tengok. Giler agaknyer aku masa tuh. hihihi

Hmmm da lamer ex BF aku x msg aku. da baper bulan eh? Last ramadhan ada aku msg dia tapi no reply. Hmm agaknya busy or takut awek dia marah kot. Hmm sukati lag babe. x kisah pon.

Hmmm da lamer aku x layan novel. Kalo dulu aku boleh layan novel x ingat dunia. Tapi skang ni rasa cam malas nk belek novel tuh. nak carik novel baru???? mintak ampun ler...

Hmmm da lamer aku dok ngadap komputer nih. sampai sakit mater n lenguh belakang aku nih. jadik aku rasa aku berenti dulu lah.... huhuhu bubhyee!!!!

Sunday, August 16, 2009

Quotes Of The Day...

Salam....

One's fisrt love is always perfect until one meets one's second love.
Elizabeth Aston


Just because you love someone doesn't mean you have to be involved with them.
Love is not a bandage to cover wounds.

Hugh Elliott

Love all, trust a few. Do wrong to none.
W. Shakespeare

Sunday, August 9, 2009

Tak mungkin kerana Sayang...


Aku rindu dia nih!!!!

hihihi malunyer...


So i dedicate dis song to him...


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh
Jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda
Kau menjelma kembali....

Saturday, August 8, 2009

huuhu

Sweet words are easy to say
Sweet things are easy to buy
But sweet people are difficult to find
Life ends when you stop dreaming
Hope ends when you stop believing
Love ends when you stop caring
Friendship ends when you stop sharing

To love without condition
To talk without intention
To give without reason
And to care without expectations
Is the heart of a true friends

Life is short
Follow rules all da time
And break them sometimes
Forgive quickly
Love trully
Laugh and
Never regrets things dat make
You smile....

Friday, August 7, 2009

Tido....

Jam skang 11.11 pm.

Ngantokk daa...
gud nitezzz

zzZZZzzz...

RiNdu...

Tetiba aku rindu kat dia...
aku tak tau dia rindu aku x.
And ak pun x tau dia masih ingat aku x.
Klakar kan?
Masa ada kita x kesah
Layan lebih kurang jer
Bila dah hilang baru la nyesal...
Time tu la nak ingat2..

Cinta...

Tau x persamaan cinta n arak??
Buat kita jadi mabuk
Buat kita hilang kawalan
Buat kita hilang kesedaran
Buat kita rasa di awan awangan

TAPI beza di antaranya.....
Cinta itu HALAL n Arak itu HARAM!!!!

Cinta boleh butakan yang CELIK
Dan mencelikkan yang BUTA

Tapi aku wonder lah...
Apa yang di katakan cinta..
Dan apa itu CINTA SEJATI...
Penting ke cinta dalam menyatukan dua insan??
Cinta x semestinya berakhir dengan perkahwinan...???
Cinta adalah pengorbanan?? Kalau da berkorban @ terkorban
Ada Apa Dengan Cinta???

Cinta Oh Cinta

Thursday, July 30, 2009

Sayonara...Mamat

Salam...

Tanggal 29 July 2009 adik kawan aku pergi untuk selamanya. Aku pergi melawatnya sehari sebelum pemergiannya bersama rombongan Staf Uitm Johor. Entah kenapa aku rasa sebak. Aku terfikirkan keadaan mak cik dan eikin. Semoga mereka berdua kuat dan tabah hadapi dugaan ini.
Pemergiannya adalah terbaik kerana Allah itu MAHA TAHU dan mengasihinya. Semoga dia bersama orang beriman di sana.
Aku khabarkan hal itu pada mak dalam perjalanan ke rumah eikin. Jenazah arwah tiba pada pagi itu. Mak sebak dan menangis. Dia x kenal arwah tapi dia kenal eikin. Aku turut sedih mendengar mak menangis.
Aku khabarkan pada semua rakan ku akan pemergian arwah. Walaupun tidak mengenali arwah namun doa yang dititipkan itu yang penting.

Malam aku pergi untuk majlis tahlil. Aku risaukan eikin namun aku tak tahu macam mana nak luahkan. Aku adalah insan yang paling lemah dalam hal untuk mengutarakan sesuatu. Kadang-kadang aku lebih suka berdiam diri, pendam segala ketidakpuasan hati namun bila terlalu lama akhirnnya ia menjadi sesuatu yang lebih teruk.

Aku doakan agar mereka sekeluuarga tabah menghadapi dugaan ni.

******************************************************************

Petang tadi aku dan beberapa rakan kerja dan bos bercakap tentang masa yang cepat berlalu. Katanya tengok anak dan ibu kita. Anak cepat membesar dan ibu kita pula semakin tidak kuat. Macam mana kalau suatu hari nanti ibu kita tiada? Aku diam je. Aku tak nak komen. Aku pernah beberapa kali trfikir perkara itu. Dan aku tak sanggup nak fikir kemungkinan itu walau aku tahu hal itu pasti akan terjadi. Cuma cepat atau lambat. Dan siapa dulu. Aku takk sanggup kehilangan kerana aku pernah merasainya sekali dulu. Dan aku menyesal kerana aku bukan anak yang baik untuk arwah ayah. Aku tak pandai nak tunjuk aku sayang ayah. Dan aku tak sempat bagi ayah rasa hasil titik peluh aku. Aku tak sempat buatkan ayah sebuah rumah yang selesa.
Mak. Ya, aku nak mak hidup senang dan tenang. Mak ada DM & HPT. Kencingg manis dan darah tinggi. Namun aku respek mak kerana mak prihatin dengan kesihatan dirinya. Mak pantang makan. Aku nak cuba contohi mak. Hmm my mom is great. Mak i love u....
Esok nak balik jumpa mak. Aku rindu mak!!!!!

Sunday, July 19, 2009

Friday, July 17, 2009

Kawanku!!!!!!!!!!

Salam...

Semalam aku g umah kwn sekolah dulu, Norli. Aku pg ngn I-syah. Da bper tahun x jumpa. Hm anak dia sorg n umo setahun 4 bln. Lbih kurang la... Lamer gak aku dok umah dia. Dkat kol 8 mlm baru aku balik.Huhuhu....

Norly sajest nak wat reunion @ umah dia.. mm ok gak tu. Reunion kami2 jer. Raya nanti kot. InsyaAllah...

Kawen????

Bab ni mesti timbul.. Bila? Soalan tu memang susah nk jawab sbb aku x tau bila aku akan kawen. Calon?? Itu salah satu masalah aku.

Jawapan aku:
:) Ingat senang ke nak kawen. Kna pikir da ready ke bila dapat anak nnti?? mner nak bangun buat susu, tkar lampin. Sok nak bgn pagi siapkan anak n suami n nak g kja. huhuhu byknyer nk pikir tu!!!
Kwn aku jawab:
:( Hmm aku dulu x pnah pikir pon camtu!!!!(Nada suara dia slow jer...erk??)

Opss!!!! Jgn la dia terambik ati ngn kata2 aku?? Sori la kwn... Aku just maksudkan myself jer. Aku yg x ready!!!!

Dis evenin, my best buddy dtg umah. G-ta came n asked me to da Pasar Malam. Hmm aku bli sate. Huhu aku klo blik kg camni lah. Makan jer aku reti..huhu

Esok??? Per plan 4 2morroe???
I-syah asked me to da town but rase cam malas plak... Hmm tgk la caner esok!!!!!!!

************ C'est La Vie*************

Thursday, July 16, 2009

Kerapu Oh Kerapu!!!!


Salam...


Kerapu... Semalam abang aku ader bagi seekor ikan kerapu. Besar gak ikan tu. Terer gak abang aku mancing. hihhii pernah sekali dia dapat kerapu seberat 3 kg. Dia jual!!

Mmm balik tu pas rehat2 badan aku kerjakan ikan tu. Susah giler nak siang ikan tu!!! Hmm terpikir gak aku caner la org yg kja @ restoran ikan bakar tu. Tiap2 ari kna siang ikan besar2 bagak camtu. hihihi alah bisa tegal biasa kot!!! Aku klo bagi ikan kecik2 no hal tapi klo ikan besar cam siakap, patin, kerapu tu memang aku fail. huhuhu Ops tambah ikan sungai cam keli n haruan tu. Hui mntak maap la!! Tengok ikan tu 'tergedik-gedik' caner nak siang??? huhuhu lagi pon aku 'geli' sket ngan ikan keli. Bertambah la x makan bila kawan aku cakap kepala dia cam ular.. Ular??? Snake??? huhuhu ampun aku x nak!!!!


Aku da cari resipi lam intenet caner nak buat ngan kerapu tu. Hmmm sweet sour. ok x?? Hihi aku yg kna masak nih. Caner la rasa ikan tu nanti. Huhuuhu

Wish me luck wit my cookin k.. da kol 10.35 nih. huhuhu aku masak lambat baik aku chow ke dapur dulu. Klo x ader yg puasa mak aku ari nih. huhuuhu

Wednesday, July 15, 2009

Cutezz nyer!!!

15 July 2009

Salam....

Todayz Mak disscharge from hospital. Balik!!! Yuhuuu... Aik??? Aku plak yg terlebih hepi. hihihi.. Post eye op, so Mak kna pkai spek itam. Fuyyo cam org muda. hee hee hee.. f/up is on 21st july- in a weeks time. Jadik tadi aku call n mntak extent my leave til 22nd july. Lucky me my boss gave his permission. huhuhu thanx boss!!

Hmm see dis lil' baby boy??? Hihhihi comel kan dia. Putih n gebu lak tu! kui kui kui. Dia ni x banyak ragam. Sesaper nak pegang pon dia x kisah. Dia dok ralit tengok gelang itam kat tangan aku mase aku amik gambar dia. hihihi suka bila org snap gambar dia!!!
Eii geram lah tengok baby nih. Comel giler... Namer dis baby Fahmi tapi aku salu tersilap nak panggil Syahmi. hihihi nasib baik mak dia x dengar. Actually baby Fahmi anak jiran merangkap kawan baik akak ipar aku. Tadi aku singgah umah akak ipar aku, tu yg jumpa si Fahmi ni. Ni 1st time aku tengok dia sejak lahir. Dia dah 7 months old. Hmm badan dia semangat.

Tengok Fahmi ni reminds me to someone. Ntah aku pon x tau naper. Nak kater wajah dia iras cam x mungkin.. Entah2 aku jer yg perasan.huhuhu

Tapi yg pasti baby Fahmi memang comel, cute, gebu n ntah la x tau dah nak cakap per lagi. Cayang baby Fahmi...Muah2

Ok dah pasal Fahmi, skang Iman plak. Iman ni anak abang aku yg paling bongsu. Walaupon gelap tapi anak buah aku ni memang comel n cute. Tapi pemalu. Adoi Iman Iman... Ko bukan anak dara Iman oiii... Dia dah setahun lebih. Mungkin dekat 2 taun kott. Ntah la mak cik lupa nak nanya.huhuhu....

Anak2 Abg Mad aku ader 5 org. Nursya-14 thn, Nurin-11 thn, Aiman-10 thn, Alia-7 thn n Iman.

Hmm taun ni aku x tau nak bagi aper kat dorg nih. Nak bli baju raya dorg da ader hmmm mungkin duit raya jer kot. Tapi berapa erk??? Banyak2 kang mak cik dia plak yg kopak!! kui kui kui x baik cakap cmtu kan? Cam x iclas jer...hihihihi...
Note MeiWazz: Erm x sabar tunggu Ramadhan Al-Mubarak n Aidil Fitri....

Tuesday, July 14, 2009

@ HosPitAL...

!4 JuLy 2009

Salam...
Alhamdulillah mak da selesai op. Lega? Erm ya kot. Tapi risau gak. Mak x le wat itu ini. Banyak pantang larang takut aku terlupa. Mata Mak di tutup ngn eye shield. 2 weeks Mak kna solat duduk n x le wat kja berat selama 2 months. Hmm Mak kna rest jer.

Tadi petang lam kol 1.45 pm abang aku datang nengok Mak. Borak nyer borak sampai 2.30 pm baru dia balik sambung kja. hihihihi waktu melawat patutnya sampai kol 2 jer tapi x per la terlajak sket. hihiiihii...

InsyaAllah esok Mak discharge. Abang aku da pesan tadi suruh singgah umah dia jap. Nak bagi ikan kerapu yg dia dapat masa mancing. huhuhu best tu!! Hmm cakap pasal mancing, abang aku nih memang gila laut. kalo x kja dia boleh x tido malam g mancing lah, g menjala lah. Hmm passion dia la tu!! Candat sotong pon dia ikut. Abang aku ni memang anak laut. Dia lahir n besar di chendering jadi laut memang da sebati ngan kehidupan dia. Arwah Ayah pon x semacam dia. Arwah ayah dulu ke laut jugak tapi kjap jer. Kehidupan nelayan x sesuai dengan dirinya.
Aku?? Hmm passion aku alam. Laut n pantai tu pon termasuk sekali arr. Aku klo pg umah abang aku mesti nak g ke pantai yg x jauh dari umah dia tu. Best giler!!! Permandangan di waktu malam adalah yg paling best. Tapi klo nak pg kna abang aku teman sebab kawasan tu x selamat. Org cakap situ port budak2 jahat n dadah. So aku pon kna pikir banyak kali klo nak lepak kat tepi pantai tu. Tapi aku pernah la lepak situ. Ditemani abang aku. huhuuu abang aku sporting kan. Dia lah yg jga kami adik beradik sejak dulu sampai la arwah ayah da x de. Mak salu pesan jangan lupa budi Abang Mad pada kami adik beradik. InsyaAllah Mak kami x kan lupa!!!!!

Hospital KT ni aku suka sebab tepi laut tapi service aku kurang sket.But dis time aku leh terima walaupon ader la hal kcik2 yg jadik. x per lah at least kebanyakan staf ward 5B ni baik n ok. Emm thanx a lot wat semer cik misi 5B!!!
Dulu aku pernah warded kat spital ni. Tahun 2005 klo x silap. Alergic ubat yg teruk!! Masa tu aku banyak x puas ati. Ader ke patut di biarkan jer sorg nenek tua tu makan sendri. Padahal nenek tu x boleh makn sendri. X nampak or x larat nak bangun. Aku pon da lupa. Anak cucu dia plak dok jauh kat Dungun sana susah nak datang. Yer la yg kja, kja lah yg blajar pon x kan nk ponteng kan. Kesian tengok nenek tu nasib baik mak aku ader n dia la tolong suap klo x lapar la nenek tu!! At dat time ader student practikal. Tapi hampehhh dorg pon samer cam satff nurse wad tu. Biar jer nenek tu.!!!
**hihihi sedap jer aku kutuk. Padahal aku pon nurse gak.huhuhu tapi aku rasa hal camtu x patut jadik kan???

Erm Mak jumpa 2 lagi kawan dia kat wad ni. X sangka kan?? Sorang tu dok sebelah kampung sorang lagi Mak knal masa menoreh getah dulu. Kawan Mak sebelah kampung tu sebenarnya bau2 bacang ngan kami n salah sorg anak dia tu kawan baik aku maser sekolah rendah, Idan.
Tapi la ni biase je lah. Jumpa pon just ko tengok aku tengok. X la 'mesre' cam dulu. huhuu tu semua zaman dak sekolah dulu. hihihiii

Monday, July 13, 2009

Hospital & Mak ...

!3 July 2009

Salam Kekawan...

Aku skang der kat Hospital Sultanah Nur Zahirah @ Hospital Kuala Terengganu. Aku dok neman mak aku kat cini. Esok Mak aku nak wat eye operation. Mak suh aku balik takut aku bosan tapi aku cakap x per la.. Memang aku bosan tapi aku x nak biar Mak sengsorang kat cini. Dulu masa aku warded aku mati2 x nak bagi Mak balik. Cian arwah ayah datang nak jmput Mak balik tapi aku x bagi. Soriii..

Aku tau Mak ader gak rasa takut tapi Mak x nak tunjuk. Aku pon x nak tanyer sebab nnti Mak lagi risau. Biarlah Mak fikir bnda2 lain. Mak, InsyaAllah x de ape.

Aku cam lapar tapi cam malas nak turun. Bukan aper Pas Pelawat aku x der.Tadi aku g mntak dorg tgh sibuk n nurse cakap skang waktu melawat dik boleh kuar masuk lagi. Tunggu.. Hmm sudah nyer sampai ke tgh malam aku da segan nak g mntak. Yer la aku pon x tau bila masa dorg tu free. Dkat2 kol 8 da sibuk nak wat preparation nak tukar shift. Mlam ader yg nak wat ubat la aper lah.. Aku x tau lahhh... Aku pon nurse gak tapi aku dulu kat swasta. Aper org nak aku bagi jer. x kira lah masa tu busy or x. Aku dulu sampai lupa makan minum bila kerja. Sebab tu dulu kecik skit. La ni aku betul2 balas dendam... Tu yg badan jadik ala2 belon tuh..

Org sekeliling aku ader yg kater aku gemuk tapi ntah lah nak wat caner badan aku ni plak spesis cepat naik. Klo da naik tak reti2 nak turun. Tu yg jadik ala2 tong drum tu. hihihii tapi takat ni aku hepi wit my life. Org nak kater??? Ahhh lantak dorg lahh. Bukan aku nyusahkan dorg. Bukan aku mntak duit ngan dorg pon kan. huhuhu

Ader gak yg cakap nnti x de org nak. Ermmm klo da tersurat jodoh aku ngan sipolan bin sipolan caner tembam pn aku kan kawen gak ngan mamat tu kan. Hmmm bagi aku klo lelaki tu suka aku yg macm ni maknanya dia ikhlas. x pandang pada luaran n kecantikan. Aku bukan nak cakap aku ni baik. Aku x la alim warak.

Hmm mak da tido. Bila mak nak sihat??? X nak mak sakit. Doktor da cakap mak kna solat duduk pas op(operation) nnti. Mak x le wat kja berat. Aku risau nak tinggalkan mak kat umah. Dia bukan reti dok diam. Ader sajer nak di buat.. mntak2 la esok segalanya lancar Ya ALLAH.Amiiin!!!

Akku da cakap ngan mak masa mak g op esok aku balik umah jap. Mandi n tukat baju pas tu datang balik. Mak ok jer. Mak risau ker??? Aku x tau nak cakap caner ngan mak nih. huhuhuhu..

Bila Ayah JAdi Ibu...

Salam y'all....

Hmm entry aku dis time pasal lelaki n famili. 1 mlm tu aku rase cam x ngantuk jadi aku layan tv. Tertengok la citer ni. Tajuk dia kat atas tuh tajuk entry aku. Ako Mustafa n Noor Khiriah berlakon. Aku suka tgk Ako lam citer tu. Papa yg hensem n bertanggungjawab. Huhu idaman semua wanita abad ini. wakakakakak!!!

Tengok citer tu wat aku terfikir. Selalu org sekarang bab kahwin laju jer. Tapi dorg da ready ker nak pikul tanggungjawab??? Da ready nak jaga anak same2 pas kawen nanti. Jgn nak part yg best jer part yg kna bangun malam wat susu, tkar lampin anak tu semua bini buat. Agak klo camtu gaya baik jgn kawen. X pon kawen boleh jgn buat anak. Sanggup ker???? Hmm sendri pikir lah...

Aku paling menyampah bila a guy cakap nak kahwin tapi bab duit tu, mula lah terhegeh2 mntak org tua support. Dey saper yg nak kawen nih?? Guy macam tu x layak wat laki. Kawen pon bersupport caner nak support anak bini nanti??? Adui mntak simpang jauh2....

Aku rasa kaum aku nih (Kaum Hawa) bukan lah demand sesangat. Kami ni nakkan jaminan jer. Korg ingat barang2 branded jer kna ader warranty bagai tu???

Tapi aku syukur sangat sebab dalam hidup aku ni selalu jmpa guy yg ok. Takat ni aku x pnah jumpa guy yg kerek giler, kedekut tahap gaban, kaki ngongkong... Alhamdulilah... Tapi nak wat caner x de jodoh...

Hehe baliik pada tajuk asal, aku rasa aku jatuh cinta lah ngan Ako Mustafa dalam citer "Bila Ayah Jadi Ibu" tu. Dah la hensem, specky lak tu. Huh mmg taste aku tuh. huhuhu...

Thursday, July 9, 2009

Bosan....zzzz...('.' ) Sleep tite!!!

9 JuLy 2009

Salam y'all..

Jam skang tepat ke pkul 9.09 pm. Aduh bosan nyer. Aku tak tau nak wat aper nih. Malam ni aku x gi men futsal. Perut aku sakit lgi. Tadi pas jer solat maghrib aku tertido. Ni baru la ok sket. Penat nyer... x tau ape yg buat aku raser penat giler. Ari ni kja x la banyak pon. Biase jer!!
Beberapa mnit lpas kawan aku I-syah call. Dia da dapat kja. Alhamdulillah. And Along da amik motor baru dia tadi. Aku nak g servis keta nih. Biler??? Esok jer la masa yg ader.Sabtu da nak balik kg.

Aper aku nak buat??? Hmmm bacer novel??? Semua yang ader ni aku da bacer la. Aku suka bacer novel tapi kadang2 tgk mood gak.
Novel paling digemari Pergillah Sepi-Fauziah Ashari. Syafiq dan Afiqah.

Aku suka kan kesunyian malam. Bulan & bintang!!

Aku paling alergic kalo orang tipu aku!!! Hiiii geram sesangat. Bertambah geram klo aper yg di klentongkan tu x logic langsung....Haiyya lu punya otak dkat mana wooo...

Aku boleh putus kawan klo kawan aku cakap aku sombong!!! Pernah jadik sekali...huhuhu Klo org lain aku x kisah tapi kawan sendiri yg sepatutnya memahami kita cakap camtu..memang x de makna lagi la nak kawan....

Aku suka berkawan...Kawwan biar seribu Berkasih biar satu!!!!

Kadang2 aku ok kadang2 aku moody. X tau knaper...mood swing!!! Aikkk macm org datang bulan jer tu..!!!hihihii

Aku manja..?? No komen 4 dis.

Aku dak nakal?? Bole tahan lah. Setelah di tambah tolak dan bahagi aku rasa aku dak baik. huhuuu..

Kawan baik aku??... korang tau2 sendiri lah erk!!!!!

Lelaki baik???... Hanya utk gadis yg baik!!

Cinta??? Orang kata cinta buta...aku, no komen.

Music?? Beri ketenangan dan damai di hati..

Tido?? Pengubat di kala bosan tahap gaban melanda...

so, nitezzz y'alll

*Ops jgn lupa bacer doa seblum tido... Amiin!!!

Futsal...

9 JuLy 2009
Salam y'all

Nampak kan ganbar kat sebelah tu?? Hmm tu lah gambar mase lawan inter- department uitm johor.. men futsal. Aku baru stat men futsal. Erm tapi selalu bila aku cakap ngan orang nak g men futsal mesti org pandang aku semacam.. Naper?? Big person cannot play futsal isn't it?? Hihiihi aper pon orang cakap i dont really care. As long as im happy wit my life. And i dont think dat me playing futsal is giving other people trouble. Err ader ke??

Malam tadi lawan team bebudak sekolah kat Kg Tengah. Perut aku senak siott kna penangan dak Kg Tengah tu. Huhuhu x pnah kna camtu bleh tahan gak ar sakit. Huhuhu. Tapi adat lah tu kalo main mesti ader injury kna sepak la tendang la.
Aku balik kg sabtu or Ahad. Sabtu klo sempat balik pas game @ Taman Yayasan tu. Hmm cakap pasal game dis saturday. Aku cam seram gak ar nak lawan ni. Giler ar jadik keeper ni. Susah beb! Aku ni bab fokus memfokus ni tgk mood. Kekadang ok kadang KO . Yang aku reti fokus bila jumpa mamat hensem jer. Kui kui kui....
Nak plak mamat tu muka cam hero drama Korea. X tido malam aku!! hihihiihii..
Hmmm korang!!!! Doakan la kjayaan kami Team Futsal Uitm Segamat.
Huhuhu Ganbatte Kuddasai...

Wednesday, July 8, 2009

Mak...

Salam...

MAK, IBU, MAMA @ ape saja panggilannya...
Mak, aku rindu sangat denganmu. Walaupun baru sekjap tadi aku berbual & bergelak ketawa dgnmu tapi kini aku mula rindu. Aku ingin berada di sampingmu Mak. Bercerita segala hal yg berlaku dan bertanya pendapatmu akan sesuatu yg aku rasa keliru dan buntu...

Mak,
Rindu lah... Sabtu nanti aku kan pulang berjumpamu.. tak sabar rasanya. Alangkah baiknya kalo mak tinggal denganku. Tentu aku xkan rindu semacam ini. Tiap2 hari aku boleh tgk wajah cute mak. hihiihhii...

Mak,
Aku paling takut bila mata aku bergerak2. Org kater klo belah kiri ader sesuatu buruk akan berlaku klo kanan plak sesuatu yg baik. Tapi aku tetap risau walaupun mata kanan yg bergerak2. Aku risau keadaan mu mak. Sebab Mak x der depan mataku. Aku risau...

Mak,
Selalu kalo aku mahu berpergian ke mana2 aku selalu tak mengkhabarkan padamu. Maaf Mak tapi aku x mahu kau risau. Aku akan jaga diriku. Cuma satu pintaku kau restuilah segala yg aku lakukan selagi tidak salah pada matamu dan agama kita.

Mak,
Aku selalu katakan pada mu aku nakkan seorang yg hensem, kaya dan baik. Hmmm dan kau akan mula menggelabah. Risau andainya aku benar2 maksudkan hal itu.. Aku minta maaf Mak. Aku hanya ingin menyakatmu. Aku tahu kau risau sekiranya 'dia' org senang dan tak dapat menerima org susah macam kita. Aku tahu itu. Mak, jangan risau aku masih sendiri. Tiada org kaya menjadi temanku kerana aku sendiri tak yakin untuk berdampingan dengan org sebegitu.

Mak,
Doakan aku ya Mak. Doakan agar suatu hari nanti aku berjaya menghantarmu ke tanah suci. Doakan aku agar dapat memberimu sebuah rumah yg selesa. Doakan agar aku berpeluang menyambung pelajaranku. Doakan agar kau dikurniakan menantu yg dapat menerimamu seperti ibunya sendiri. Dan aku, anakmu akan selalu doakan kesejahteraanmu, kesihatanmu dan segalanya. Doaku agar kita sekelurga nanti berada bersama org beriman di dalam Syurga Allah S.W.T.

Mak,
Last but not least.... i miss u so much!! Love u...
Hmmm pas operation nnti dok umah Ti tau. Let me take care of u Mak.

Tuesday, July 7, 2009

AkU vs DiA....Siapa???

Salam Y'all...

Aku x tau nak tulis per ari ni.Tapi aku bosan giler nih!!Hmm k la... Its about love and frenship. Semalam aku dapat tau 1 berita sedih. 1 of my fren x jadik nikah.And today plak aku dapat tau yg 1 of my good fren da break up n x jdik tunang. Aku x tau nak cakap caner. Erm x de jodoh itu yg selalu org akan cakap. Tapi cukup ke stakat ayat tu nak cool kan ati seorang kawan??? I've no idea...

Skang ni salu dengar org break la, cerai la, pisah la.... Kenapa semua tu leh jadik?? x der persefahaman?? Aikk x kan lah!! Abis mase nak ngorat dulu tu boleh plak faham??

Aku kadang da serik cintan cintun nih!! Senang2 jumpa jer a guy yg rase ok terus jer kahwin. X payah nak cintan cintun nih. Lagipon org tua kater bercinta pas kahwin lagi baik. Yer la mase tu segalanya dah halal. Nak pegang tangan, nak dok dekat nak peluk pon x der org nak marah. Klo ader pon org meluat jer. Huhuhuu...

Orang kater lbih baik sayang org yg sayang kita bkn yg kita sayang.. Tapi bagi kes 1 of my fren nih... samer jer. Dia terima mamat tu sebab da lamer mamat tu sayang dia. Aku ingat dorang akan hepi ever after lah. Tup tup jadik camni plak. Jadik kesimpulan aku ari ni dan saat ni ayat tadi tu pon x le pakai jugak.
Benda jodoh pertemuan ni semua ni di tangan Yang MAHA KUASA. Aku pon bab jodoh nikah kahwin ni aku serah pada DIA je. Bukan x nak cari tapi biarlah jodoh tu datang sendiri. Aku just harap aku dapat yg beriman & bertanggungjawab. Aku pon bukan baik sangat. At least dapat yg camtu boleh la tolong betulkan aper yg patut. Nak memilih sangat aku ni bukan la macam Erra Fazira ke Maya Karin ke. Cukup lah sekadar seorang jodoh yg baik. InsyaAllah!!!!

Hmm skang ni teman aku satu ni jer lah.. my dearest chevy.
Dia ni senang. Bila aku perlukan dia sentiasa ader. hihihi...

Skang ni aku nak sibukkan diri ngan futsal n benda lain. Kalo x lagi bosan hidup aku. G kja balik kja pastu tido... Tu jer la tiap2 ari. Ari minggu plak lepak dpan tv. Dulu time der pakwe leh gak jalan2 makan angin huhuhu...

Eyda...my best pren!!!Hhmm dia da nak kahwin bln 9 nih. Pasni aku x tau bila lagi aku le kuar ngan dia. Da jdik bini org x kan aku nak angkut dia ke hulu ke hilir agi. Nak kna sekeh dek Shahrul... hui carik pasal...
Paper pon aku akan salu doakan kebahagiaan kedua2 kawan aku tuh....
Hihihi nanti dorg dapat anak mesti comel. Mak bapak samer lawa samer hensem...!!!!


Ok la... aku da x tau nak merapu rapik aper lagi...
Aku doakan kawan aku, Ms N akan jumpa Mr Right dia nanti. Cik Eyda akan selamat berkahwin ngn En Shahrul n semua org bahagia!!!! InsyaAllah...

Sunday, July 5, 2009

Kursus....

Salam y'all..

Pekabo?? Hihihi.. ari ni aku baru balik dari kursus. huh 5 days! Tapi masa aku nak balik tadi aku sakit ati botul ngan sorang minah nih. Aku betul2 hangin. Asyik nak kita dengar cakap dia. Cam la dia tu boss. Geram siottt!!! Klo dengar cakap dia leh nyenangkan kerja aku, lagi nambahkan kerja, sakit hati dan jiwa raga. Huuhu sabor jer lah...

Aku tau dalam masa aku tengah bengang tu ader orang yg x bersalah turut kna tempiasnya. HUhuHu nak wat caner. Sometimes klo aku bengang yg teramat aku dah xleh kawal aper yg aku cakap or buat. Sebab tu lah aku ni x ramai kawan baik. huhuhuhu... Berangin... moody... baran.. Huh pakej lengkap tu aku rasa.

Tapi bukan aku x rasa pape klo terkadang tu org lain yg d marah org len plak yg tkena. Aper pon aku bole mintak maap jer lah. buat kekawan aku sumer... paham2 je lah bila aku dah marah tu..

baik jgn tanyer paper!!!!



Aku bukan x nak ubah bad temper aku nih... Aku pon x nak lah asyik baran jer.. Hui parah camtu...

Hmm nampaknyer aku kena carik jalan nih.. takkan aku nak selamanya cam ni. X bertambah lah kawan aku nanti...huhuhuu x nak jadik geng ngn kera sumbang... huhuhu mak tulun2...

Monday, June 29, 2009

Its HoLidAy!!!!!!!

29 June 2009

Hari ni besday kak sue. malam tadi dah wish da. hmm ari ni aku sepatutnya ader kat seremban ngn kak sue, keira, na n akeem.. yer la dorg nak plan nk g mkn2 tapi aku plak kna keja. so x dapek la den nk join. x po lah u all have fun k. Muahhhh


Malam tadi aku hantar kes ke hospital. A fem teenager whos newly diagnose wit DM(Diabetes Mellitus). She had a drug prescribed but she refuse to take it. Act her mom asked her not to becos her mom afraid once she took da meds she'l b depending on it 4 eva. Da mom who also had DM dont want her daughter to b like her. i did little explanation on how to control the sugar if she dont want the antidiabetic drugs but then she cried. i knew she must b depressed 2 know dat she had DM @ d age 0f 18. I bet anyone would also hv dat reaction. huhu silap ari bulan terjun bangunan beb...REaSOn???? Tak le terima hakikat. klo aku pon tkezut beruk + mawas...tapi x la nk bunuh diri huhuhu Ingat ALLAH itu MAHA TAHU!!!!.huhuhu kna lah jaga kesihatan diri InsyaAllah selamat...


Sunday, June 28, 2009

Ari MiNgGu oOhh WeEkenDer...


28 JuNe 2009
SaLam SeMua...
HeNseM x BaLak Aku kaT sEbElaH ni??
JaNGan nk Kem2 SaLam.... KaNg aDe aKu SeKeH kAnG!! HIhIHI -GaRanGnyER Mak NgAh Ari ni.
EsOk BirRthDaY aKak aKu.. 29 June. Yg Ke bRapEr akU poN x TaU..hui hui -Ini ker AdiK MiThaLi???IsK IsK!

Q & A Bout IsLaM...

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa?
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.

Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.

Saturday, June 27, 2009

Its Holiday..But its really bored!!!!


27 June 2009



Hari ni betul2 membosankan. Im home alone. Aku teringin nak balik seremban but i can't. Sebab esok aku kja huhuhu... Uhh tension lah camni. Hmm nampaknyer knalah aku layan tengok tv jer.And chatting....
Gambar love and a perfume.
Aku pon tak tau knape aku ltak gambar ni
hihihi....
Erm korang rasa aper maksud dua benda nih??
Aku bagi korang bagi opinion korang....
hihihihihi..... macam lah ada ramai benor follower yaang nak ngomen...huhuhu

Tuesday, June 23, 2009

BTN - Kursus Kenegaraan

23 June 2009

Semalam aku dapat tahu aku terpilih untuk hadiri kursus BTN. Me n 4 more of my fren kat Uitm Johor nih. Kak Dila Kak Ros Hamzah n Aziz... Kitorang sumer ni akan bertolak ke Gunung Pulai, Kulai on 1st July @ 10 am. InsyaAllah. Hmm teringat masa dolu-dolu. Huhuhuhu
Dulu masa student ader gak gi camping kat hutan nih. Erm salah satunya kat Ayer Keroh Melaka. Masa tu part 3... Kesatria. Kat situ best gak la. Kitorang dok lam Chalet. Xtvt.... hmm aku had chance to do semua halangan yang ada. Aku rasa tak seorang pon terkecuali. Rasanya lah aku pon da lupa. Aku berjaya buat monkey rag tu, pnjat kubu, em semua pass. Aktiviti malam plak ada men "burung hantu". Aku ni takut gak tapi malam tu aku leh survive lah. Alhamdulillah..
Second camping ni masa aku join kesatria gak. Kitorang pg kat Pasir Panjang, PD. Time kat sini aku wat hal sket masa turn Burung Hantu Game. Aku mati2 x nak join. At last Ketua aku bagi gak aku keluar sebab masa tu aku da nangis. Aku pon hairan kenapa aku sampai boleh nangis. Tapi malam tu aku memang not really stable. Aku x yakin pon aku boleh bertahan. Actually aku da rasa lain macam sejak siang lagi tapi aku cool lagi. Relax..
Aku betul2 rasa lega yang teramat sangat yang aku x join game tu malam tu. Sebab lpas jer game tu habis ader budak kena kacau. Aku masa tu rasa lega sangat sebab aku x join. Syukur sangat!! Bila kitorang dah balik Kampus, mulalah masa tu semua cerita keluar. Ada nampak itu ini tapi buat x nampak lah. Ader jugak yang sampai pengsan. Hmm pandai dorang sorok supaya x kecoh kat dalam hutan tu. Huhu!!!

Persediaan untuk BTN, tadi aku da beli t-shirt long sleeves 1 n 2 more track bottom. Lain2 dah ok la kot. Cuma baju putih nak kna carik sau lagi lah. Takkan nak haruk yang satu tu jer. Hmm caner erk?? Ok la.. Nak pikir Dulu....

Sunday, June 21, 2009

What A Girl Wants????




21 June 2009
Hmm aku tengok movie lama. Hmm citer pasal dak remaja yang nak jumpa ayah dia. Aku suka citer nih. Aku tak tau ni kali ke berapa aku tengok citer ni yang pasti setiap kali tengok aku tak pernah rasa jemu... HUhuHU... Aku suka Colin Firth. Dia berlakon best. Hehe couple paling best mestilah Amanda & Oliver... Hensem arr mamat tu. Boleh wat awek2 sumer cair n x lena tido. kukukui...
















Ari ni kan Fathers Day. So i wanna wish "Heppi Fathers Day" to all fathers in da world. Wat anak-anak sumer hargailah bapak, papa, daddy, bak, baba, pa, appa, walid, abi, pok, or watever u called ur dad. Walaupun ayah aku tiada di sisi aku, tapi aku takkan pernah lupakan lelaki yang paling bermakna dan penting dalam hidup aku. Aku akan selalu doaakan kesejahteraan ayah di sana. Semoga dia di tempatkan bersama orang-orang beriman di dalam syurgamu YA ALLAH, Lindungilah dia dari azab kubur dan api neraka, dan limpahkanlah rahmat dan nikmat kepadanya. AL- FATIHAH buat my dearest ayah. Amiin..

Cakap pasal ayah ni aku harap satu hari nanti aku akan jumpa seseorang yang boleh jadi ayah yang baik untuk anak-anak aku. InsyaAllah. Baik, Beriman, Bertanggungjawab, dan Penyayang.



10 May 2009


Hari yang bertarikh 10-5-09 ni adalah hari IBU. Ibu, mak, mama, ma, mummy, amma, ummi, chek, bonda, mek, mami, omma(korrean), dan wan. Inilah antara panggilan yang aku tahu. Mak, hepi mothers day. Semoga mak sentiasa sihat dan ceria, panjang umur, murah rezeki... Aku bagi gelang yang kawan aku dr sabah bagi. Jabbar, thanx 4 da bracelet. Cantik! Hajat aku supaya mak dapat hidup senang. Aku nak buat rumah yang selesa untuk mak. Entah bila hajat aku yang satu ni nak tercapai. Aku pasti akan jadikan ianya kenyataan. Itu azam aku!!!!!

Ehh aku lupa nak cakap. 2-5-09 tarikh hari lahir mak aku. esoknya hari lahir abang aku. Hepi besday mak n abg zaid.. semoga panjang umur n bahagia sokmo!!

Sunday, June 14, 2009


Hmm hari minggu... hari minggu aku berlalu macam biasa. Tiada apa yang best pon. Emmm lupa plak. 12 jun kawan baik aku, Eyda bertunang. Selamat Bertunang kawan. Wish you all da best. Then 14 jun sepasang kawan induksi aku kahwin. Wahh akhirnya ke jinjang pelamin jugak. Tahniah Azura & Fairuz. Semoga bahagia ke akhir hayat.

Ni gambar aku ngan Eyda masa student dulu. Hihi gambar was taken masa dak2 klass kitorg bercuti kat Pangkor Island

Tuesday, June 9, 2009

BesDay Aku...


8 June 2009


Selamat Hari Lahir... Untuk diriku..

hmm ari ni genaplah umurku 24 tahun.. da tua ker?? hihihihihi aku rasa muda lagi nih.

hmm bukan tua tapi sepatutnya makin matang lah.

Alhamdulillah ramai jugak orang yang ingat dan wish birthday aku walaupun besday dorang aku terlambat wish.. terlupaaa...

Cuma aku ralat kerana orang yang aku harapkan untuk wish ayat pendek "hepi besday" tu tidak melakukannya. Aah lagipun aku bukan lagi saper2 dalam hidup dia. aku adalah masa lalunya yang memang sepatutnya dilupakan.

erm besday aku ni aku x sambut pon. no cake nothing.. aku x kisah pon. lagipon aku da nak bertolak balik segamat malam ni..

aku dah puas hati dengan ucapan dan ingatan memasing tu..


Erm on my birthday, korang tau aku wat per?? tengok DVD citer yang aku suka. " LoVers in Prague"

Aku memang suka citer ni. aku beli DVD ni pon masa aku kat Shah Alam lagi. Terubat rindu aku dengan Choi Sang Hyun, my dearest detective. hmm citer ni buat aku kagum dengan usaha Yoon Jae Hee, heroinnya seorang diplomate n also a President's Daughter. Memang hebat lah cabaran Sang Hyun sebab kekasihnya bukan orang biasa. Citer ni mengingatkan aku pada satu kata-kata...

" Bila seorang perempuan berjumpa seorang putera, dia dikira bertuah. Tetapi jika seorang lelaki berjumpa seorang puteri, dia di anggap penuh muslihat."


Petang...

dalam kol 4 pm adik aku hantar aku tunggu bas. aku naik bas dari kg aku untuk ke bandar KT. malam ni kol 9 pm aku nak amik bas ke segamat. Kenapa pergi awal??? sebabnya tiada sesaper yang boleh hantar aku malam ni. Na, dah kja kat Skudai. Along baru dapat lesen L motor. Bahaya! Adik ngan Chah, lagi bahaya. No license!!!! jadik knalah aku naik bas jer. tak apalah ...
bersusah dahulu bersenang kemudian...
Harapanku semoga apa yang aku harapkan jadi kenyataan..
Semoga mak selamat n berjaya with her eye operation... Ya Allah selamat lah ibuku..
Tenangkan lah roh ayahku di SANA... Sejahterakan dan lindungilah aku dan semua ahli keluargaku dari segala malapetaka dan musibah serta perasaan hasad dengki orang...
murahkanlah rezeki kepada kami. kurniakanlah kami rezeki yang halal.. Selamatkan lah kami di dunia dan di akhirat.. Amiiiinnn!!!