Aku sendiri tak pasti apa yang aku cari. aku sentiasa merasakan apa yang aku miliki masih banyak yang kurang berbanding orang lain. Benar lah kata orang manusia takkan pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Aku seharusnya bersyukur walau serba kekkurangan aku masih punya keluarga yang bahagia. Aku punya adik beradik yang memahami, menyayangiku, yang sentiasa ada di saat suka dan duka, sentiasa bersama dan saling membantu. Aku harus menghargai apa yang aku ada kerana tidak semua orang amat bernasib baik seperti aku. Masih ada yang lebih susah hidupnya. Dan ada yang kaya harta benda namun papa kasih sayang.. ada juga yang melalui hari-harinya sendirian tanpa ditemani insan tersayang. Aku seharusnya amat bertuah kerana Allah S.W.T memberiku keluarga ini. Aku bersyukur...
Aku seharusnya sentiasa positif dan optimis. Aku seharusnya berusaha untuk maju ke depan. Hidup takkan sunyi daripada masalah.. Dugaan itu adalah tanda Allah S.W.T itu menyayangi kita. DIA tidak akan menguji kita dengan sesuatu ujian yang tidak mampu untuk kita hadapinya. Sesungguhnya DIA MAHA TAHU...
Alangkah bagus jika aku selalu dapat berfikiran positif seperti ini sentiasa. Ya Allah kuatkanlah hati dan semangat ku...Amiinn!!
Assalamu'alaikum..
ReplyDeleteWaalaikumussalam
ReplyDelete