Pages

Monday, June 29, 2009

Its HoLidAy!!!!!!!

29 June 2009

Hari ni besday kak sue. malam tadi dah wish da. hmm ari ni aku sepatutnya ader kat seremban ngn kak sue, keira, na n akeem.. yer la dorg nak plan nk g mkn2 tapi aku plak kna keja. so x dapek la den nk join. x po lah u all have fun k. Muahhhh


Malam tadi aku hantar kes ke hospital. A fem teenager whos newly diagnose wit DM(Diabetes Mellitus). She had a drug prescribed but she refuse to take it. Act her mom asked her not to becos her mom afraid once she took da meds she'l b depending on it 4 eva. Da mom who also had DM dont want her daughter to b like her. i did little explanation on how to control the sugar if she dont want the antidiabetic drugs but then she cried. i knew she must b depressed 2 know dat she had DM @ d age 0f 18. I bet anyone would also hv dat reaction. huhu silap ari bulan terjun bangunan beb...REaSOn???? Tak le terima hakikat. klo aku pon tkezut beruk + mawas...tapi x la nk bunuh diri huhuhu Ingat ALLAH itu MAHA TAHU!!!!.huhuhu kna lah jaga kesihatan diri InsyaAllah selamat...


Sunday, June 28, 2009

Ari MiNgGu oOhh WeEkenDer...


28 JuNe 2009
SaLam SeMua...
HeNseM x BaLak Aku kaT sEbElaH ni??
JaNGan nk Kem2 SaLam.... KaNg aDe aKu SeKeH kAnG!! HIhIHI -GaRanGnyER Mak NgAh Ari ni.
EsOk BirRthDaY aKak aKu.. 29 June. Yg Ke bRapEr akU poN x TaU..hui hui -Ini ker AdiK MiThaLi???IsK IsK!

Q & A Bout IsLaM...

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa?
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.

Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.

Saturday, June 27, 2009

Its Holiday..But its really bored!!!!


27 June 2009



Hari ni betul2 membosankan. Im home alone. Aku teringin nak balik seremban but i can't. Sebab esok aku kja huhuhu... Uhh tension lah camni. Hmm nampaknyer knalah aku layan tengok tv jer.And chatting....
Gambar love and a perfume.
Aku pon tak tau knape aku ltak gambar ni
hihihi....
Erm korang rasa aper maksud dua benda nih??
Aku bagi korang bagi opinion korang....
hihihihihi..... macam lah ada ramai benor follower yaang nak ngomen...huhuhu

Tuesday, June 23, 2009

BTN - Kursus Kenegaraan

23 June 2009

Semalam aku dapat tahu aku terpilih untuk hadiri kursus BTN. Me n 4 more of my fren kat Uitm Johor nih. Kak Dila Kak Ros Hamzah n Aziz... Kitorang sumer ni akan bertolak ke Gunung Pulai, Kulai on 1st July @ 10 am. InsyaAllah. Hmm teringat masa dolu-dolu. Huhuhuhu
Dulu masa student ader gak gi camping kat hutan nih. Erm salah satunya kat Ayer Keroh Melaka. Masa tu part 3... Kesatria. Kat situ best gak la. Kitorang dok lam Chalet. Xtvt.... hmm aku had chance to do semua halangan yang ada. Aku rasa tak seorang pon terkecuali. Rasanya lah aku pon da lupa. Aku berjaya buat monkey rag tu, pnjat kubu, em semua pass. Aktiviti malam plak ada men "burung hantu". Aku ni takut gak tapi malam tu aku leh survive lah. Alhamdulillah..
Second camping ni masa aku join kesatria gak. Kitorang pg kat Pasir Panjang, PD. Time kat sini aku wat hal sket masa turn Burung Hantu Game. Aku mati2 x nak join. At last Ketua aku bagi gak aku keluar sebab masa tu aku da nangis. Aku pon hairan kenapa aku sampai boleh nangis. Tapi malam tu aku memang not really stable. Aku x yakin pon aku boleh bertahan. Actually aku da rasa lain macam sejak siang lagi tapi aku cool lagi. Relax..
Aku betul2 rasa lega yang teramat sangat yang aku x join game tu malam tu. Sebab lpas jer game tu habis ader budak kena kacau. Aku masa tu rasa lega sangat sebab aku x join. Syukur sangat!! Bila kitorang dah balik Kampus, mulalah masa tu semua cerita keluar. Ada nampak itu ini tapi buat x nampak lah. Ader jugak yang sampai pengsan. Hmm pandai dorang sorok supaya x kecoh kat dalam hutan tu. Huhu!!!

Persediaan untuk BTN, tadi aku da beli t-shirt long sleeves 1 n 2 more track bottom. Lain2 dah ok la kot. Cuma baju putih nak kna carik sau lagi lah. Takkan nak haruk yang satu tu jer. Hmm caner erk?? Ok la.. Nak pikir Dulu....

Sunday, June 21, 2009

What A Girl Wants????




21 June 2009
Hmm aku tengok movie lama. Hmm citer pasal dak remaja yang nak jumpa ayah dia. Aku suka citer nih. Aku tak tau ni kali ke berapa aku tengok citer ni yang pasti setiap kali tengok aku tak pernah rasa jemu... HUhuHU... Aku suka Colin Firth. Dia berlakon best. Hehe couple paling best mestilah Amanda & Oliver... Hensem arr mamat tu. Boleh wat awek2 sumer cair n x lena tido. kukukui...
















Ari ni kan Fathers Day. So i wanna wish "Heppi Fathers Day" to all fathers in da world. Wat anak-anak sumer hargailah bapak, papa, daddy, bak, baba, pa, appa, walid, abi, pok, or watever u called ur dad. Walaupun ayah aku tiada di sisi aku, tapi aku takkan pernah lupakan lelaki yang paling bermakna dan penting dalam hidup aku. Aku akan selalu doaakan kesejahteraan ayah di sana. Semoga dia di tempatkan bersama orang-orang beriman di dalam syurgamu YA ALLAH, Lindungilah dia dari azab kubur dan api neraka, dan limpahkanlah rahmat dan nikmat kepadanya. AL- FATIHAH buat my dearest ayah. Amiin..

Cakap pasal ayah ni aku harap satu hari nanti aku akan jumpa seseorang yang boleh jadi ayah yang baik untuk anak-anak aku. InsyaAllah. Baik, Beriman, Bertanggungjawab, dan Penyayang.



10 May 2009


Hari yang bertarikh 10-5-09 ni adalah hari IBU. Ibu, mak, mama, ma, mummy, amma, ummi, chek, bonda, mek, mami, omma(korrean), dan wan. Inilah antara panggilan yang aku tahu. Mak, hepi mothers day. Semoga mak sentiasa sihat dan ceria, panjang umur, murah rezeki... Aku bagi gelang yang kawan aku dr sabah bagi. Jabbar, thanx 4 da bracelet. Cantik! Hajat aku supaya mak dapat hidup senang. Aku nak buat rumah yang selesa untuk mak. Entah bila hajat aku yang satu ni nak tercapai. Aku pasti akan jadikan ianya kenyataan. Itu azam aku!!!!!

Ehh aku lupa nak cakap. 2-5-09 tarikh hari lahir mak aku. esoknya hari lahir abang aku. Hepi besday mak n abg zaid.. semoga panjang umur n bahagia sokmo!!

Sunday, June 14, 2009


Hmm hari minggu... hari minggu aku berlalu macam biasa. Tiada apa yang best pon. Emmm lupa plak. 12 jun kawan baik aku, Eyda bertunang. Selamat Bertunang kawan. Wish you all da best. Then 14 jun sepasang kawan induksi aku kahwin. Wahh akhirnya ke jinjang pelamin jugak. Tahniah Azura & Fairuz. Semoga bahagia ke akhir hayat.

Ni gambar aku ngan Eyda masa student dulu. Hihi gambar was taken masa dak2 klass kitorg bercuti kat Pangkor Island

Tuesday, June 9, 2009

BesDay Aku...


8 June 2009


Selamat Hari Lahir... Untuk diriku..

hmm ari ni genaplah umurku 24 tahun.. da tua ker?? hihihihihi aku rasa muda lagi nih.

hmm bukan tua tapi sepatutnya makin matang lah.

Alhamdulillah ramai jugak orang yang ingat dan wish birthday aku walaupun besday dorang aku terlambat wish.. terlupaaa...

Cuma aku ralat kerana orang yang aku harapkan untuk wish ayat pendek "hepi besday" tu tidak melakukannya. Aah lagipun aku bukan lagi saper2 dalam hidup dia. aku adalah masa lalunya yang memang sepatutnya dilupakan.

erm besday aku ni aku x sambut pon. no cake nothing.. aku x kisah pon. lagipon aku da nak bertolak balik segamat malam ni..

aku dah puas hati dengan ucapan dan ingatan memasing tu..


Erm on my birthday, korang tau aku wat per?? tengok DVD citer yang aku suka. " LoVers in Prague"

Aku memang suka citer ni. aku beli DVD ni pon masa aku kat Shah Alam lagi. Terubat rindu aku dengan Choi Sang Hyun, my dearest detective. hmm citer ni buat aku kagum dengan usaha Yoon Jae Hee, heroinnya seorang diplomate n also a President's Daughter. Memang hebat lah cabaran Sang Hyun sebab kekasihnya bukan orang biasa. Citer ni mengingatkan aku pada satu kata-kata...

" Bila seorang perempuan berjumpa seorang putera, dia dikira bertuah. Tetapi jika seorang lelaki berjumpa seorang puteri, dia di anggap penuh muslihat."


Petang...

dalam kol 4 pm adik aku hantar aku tunggu bas. aku naik bas dari kg aku untuk ke bandar KT. malam ni kol 9 pm aku nak amik bas ke segamat. Kenapa pergi awal??? sebabnya tiada sesaper yang boleh hantar aku malam ni. Na, dah kja kat Skudai. Along baru dapat lesen L motor. Bahaya! Adik ngan Chah, lagi bahaya. No license!!!! jadik knalah aku naik bas jer. tak apalah ...
bersusah dahulu bersenang kemudian...
Harapanku semoga apa yang aku harapkan jadi kenyataan..
Semoga mak selamat n berjaya with her eye operation... Ya Allah selamat lah ibuku..
Tenangkan lah roh ayahku di SANA... Sejahterakan dan lindungilah aku dan semua ahli keluargaku dari segala malapetaka dan musibah serta perasaan hasad dengki orang...
murahkanlah rezeki kepada kami. kurniakanlah kami rezeki yang halal.. Selamatkan lah kami di dunia dan di akhirat.. Amiiiinnn!!!